Wednesday, February 11, 2015

Hipstahhh cafes


Tetiba rasa nak berbelog hari ni.

Hari ni nak buat review sikit pasal kedai-kedai hipster ataupun boutique cafe yg makin banyak kat Ipoh ni.

Few things yang aku noticed pasal kedai-kedai macam ni:

  • mesti ada menu yang menjadi identiti pada kedai tersebut.
  • kebanyakannya menyediakan western food lebih banyak daripada local food.
  • decoration memang buat kita nak bergambar je sambil tunggu makanan sampai. Yang kaki selfie konfem setalam gambar dia amik.
  • food yang disaji kekadang hanya indah pada rupanya.
  • harga dah tentu mahal daripada kedai-kedai biasa.
  • start buka daripada waktu petang hingga ke malam (kebanyakannya, tak semua).
  • lokasi di bangunan yang sudah agak dimamah usia tapi diberi nafas baru.
  • a few je ada aircond, yang lain lebih berkonsep hirup udara tepi jalan haha. 


Aku bukan anti atau pun pro kedai hispter ni pulak. Jangan salah faham hehe. Aku pergi, makan dan nilai.

Tapi ada yang aku tak berani cuba sebab kurang pasti halal atau tidak.

Okey lah... sini aku share sikit review about the last 4 cafes that I went to. Totally based on my personal experiences. Masing-masing punya bahagian.

Karat Kafe (24 Dis 2014)

Karat Kafe ni terletak bersebelahan dengan Thumbs Cafe. Taktau lah satu owner ke hape. Konsep lebih kurang sama, rumah tradisional Melayu. Open air, takde aircond. Tapi tak lah panas sangat untuk puteri lilin cam aku ni.

Masa aku datang tu kafe ni baru buka. Masa kami sampai pun, no customer was there. Macam masuk rumah orang la pulak. Aku suka deco kafe ni sebab tak keterlaluan dan kawasan dia agak luas. Macam-macam jenis kerusi/sofa disediakan. Pilih lah ikut berat dengan muatan anda lol.

Servis ok. Takde masalah. Anak-anak muda yang serve. Food wise.. mm.. I ordered bihun briyani kot namanye (RM8).. Bihun dia texture ok, tak keras, lembut je. But I wished the cook spent a few more minutes stirring till all the ingredients thoroughly combined. Kejap masin, kejap tawar lidah aku merasa. Rencah dah ok. Tapi tak rata!

Untuk air, aku order Fresh Orange (RM5). It was delicious. Tak terlalu manis. Just nice. But maybe slightly thin. Air Lemon Grass dia pun sedap. Orang cakap lasagna dia sedap. I didn't try. Perhaps you can. Hehe.

Overall the food was okay. Cuma kena perbaiki yang mana aku komen tu lah. Parking memang takde masalah. Luas tempat nak park kereta.

Address:
135, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30450 Ipoh, Perak.

Baru bukak, dah lunyai menu nya haha.





Lamb rack

Deep Fried Chicken Burger.



Thumb's Cafe (8 Jan 2015)

Thumb's Cafe ni famous juga sebab dia antara butik kafe Melayu yang terawal di Ipoh ni. Harga yang ditawarkan agak murah berbanding kafe-kafe lain tapi jangan expect portionnya banyak la. Grilled lamb di Simpang Tiga boleh dapat 3 ketoi, tapi di sini seketul je.. Harga pun tak jauh beza compared to the quantity and quality of the food that we get.

Dari segi servis, taktau la kalau waitress was on PMS that day, senyum pun tidak. Bila tanya soalan sikit, jawabnye "Tak tahu." Sampai aku nak kena suruh dia pi masuk dapur and ask lah.

I ordered lamb chop (or whatever they called it). Brown sauce dia memang sedap. Small portion. Daging liat. But since the price is not so expensive, I couldn't complain much, right?

Buka jam 6 petang. Kami pergi jam 6.30 petang camtu. Aku nak try local cuisine. Tapi waitress tu cakap "Budak yang masak menu Melayu tak ready lagi."

Tengok bahasa lah. You shouldn't label him as "budak" in front of your customers kot. Korang kan sama-sama kerja situ? Dan waitress ni pun budak juge lagi. Meh. Secondly, helo!! Ko masuk keje kul berapa? Kafe bukak pukul berapa??

Anyway, disebabkan aku tak suka bad service, maka tak berapa sudi lah aku nak ambil gambar kafe ni sangat.

Kafe ni juga berkonsep open air.. takde aircond. Waiter/waitress pun anak-anak muda. Just like most Malay boutique cafes. Sini yang famous aku rasa meatball dia.

Address:
133 Jalan Sultan Abdul Jalil, 30450 Ipoh, Perak.
Opening Hours : 6pm – 1 am.  Tuesday – Sunday.  Closed on Mondays.






Chor's Cafe (23 Jan 2015)

Chor's Cafe ni kami pergi malam hari.. dalam pukul 10.30pm.

Tertarik nak pergi sebab kebetulan dekat dengan area kami berada masa tu. Dan nampak macam sempoi la daripada luar.. sarat dengan dekorasi. Orang pun macam ramai je.

Kami pun masuk lah..

Panas. Sungguh panas dalam kafe tu. No wonder ramai duduk luar. Tapi sebab kat luar meja-meja dah penuh, so kami pun duduk lah kat dalam.

Aku tengok kiri kanan atas siling penuh dengan dekorasi yang berat. Basikal-basikal kot! Kreatif. Tapi terlampau sarat. The cafe is not that big. Tapi dekorasi terlampau padat dan nampak berhabuk. Aku tengok kaunter dia penuh dengan barang-barang. Belakang kaunter pun tak kemas. Bersepah.

Ada satu kereta antik dalam kafe yang kecik ni. Bayangkan segala jenis besi dilonggok dalam kereta antik tu. Dah macam kedai besi buruk pulak. Sesuai ke dengan environment sebuah kafe? Aku dah mula terbayang-bayang dapur macamana rupa agaknya.

Tapi sebab kawan aku ni dah lapar, order je lah dengan harapan sedap lah kot (sebab ramai orang). Cari menu tak jumpa, so pergi kat kaunter sebab ada satu notis ni suruh order kat kaunter. Makcik kaunter suruh pergi cari menu kat depan. WOW!

Last-last aku suruh seorang budak (yang ni betul budak lagi) yang kerja kat situ untuk carikan menu. So order lah. Aku order burger RM3. Murah!

Lama tunggu. Mungkin sebab ramai. Bila makanan sampai, fuh.. dia punya burger.. Memang RM3 punya rupa. Hahahaha. The patty was so dry. Ni mesti bila masak tu, dia pegi press, press and press patty tu... Macam biasa kita tengok orang jual burger buat dulu. But itu lah yang menyebabkan jus daging tu keluar... dan akhirnya kita dapat patty yang kering dan nipis.

I couldn't finish it of course. Sos dan mayonis dia banyak but still it was not tasty at all. The mushroom soup was also disappointing.

Address:
28, Hala Taman Meru 11, Pusat Komersial Meru 2B, Jelapang Ipoh, 30020, Ipoh, Perak.




Menahan bahang kepanasan.




Konda Kondi Cafe (10 Feb 2015)

Ok the latest one I've been to. Baru semalam!

Newly opened. First day operation dia tak salah aku Isnin lepas (9 Feb). Kami pergi lepas kerja. Sampai je kafe ni, tiga meja penuh dengan gadis-gadis perawan yang berlainan geng. Pergh gwa rasa macik sangat dah masa ni.

Juga konsep open air. No aircond. Yang serve juga lelaki-lelaki muda.

Takde lah lama sangat menunggu. Kira ok lah sebab selain kami, ada meja lain yang belum dapat order. Aku sangat suka meja dia. Cantik. Guna pallet kayu. Ada chalk art di dinding. Sangat cantik. Dekorasi yang pelbagai tapi tak merimaskan mata. Memang orang yang deco ni ada seni dan citarasa yang bagus.

Air aku order black coffee (cold) atau orang Melayu panggil kopi o ais. Disebabkan aku biasa dinner lewat petang dan sedang kelaparan, aku order the only Malay dish yang ada iaitu Nasi Ayam Hitam. Dah minum kopi, ayam pulak hitam. Mulanya aku order Carbonara tapi takde katanya.

Food wise, ok je kot. The nachos... Wasn't like what I expected. Call me fussy if you may. Berdasarkan harganya, aku expect nachos macam dekat Chekodok Raggae, atau macam aku buat kat rumah. Nachos yang diselimuti dengan cheese, tomato yang didadu kecil, or perhaps some capsicum kalau rasa olives tu mewah sangat, dan sedikit tomato puree... but no. Hanya kepingan nachos yang dihidang bersama dengan sos cheese as its dip. It's still nachos anyway. But harganya terlalu mahal untuk nachos versi 'bogel' macam tu.

Nasi ayam aku pulak.. nasi nya kurang rasa dari segala segi. Chicken was slightly undercooked. Should've let it set for a few more minutes. My sister's chicken chop was okay except the mashed potato. Masam. Apesal ek? Samada ada bubuh susu tapi dah masam atau pun olahan sendiri letak yogurt..? I dunno. Takut nak dimakan kang sakit perut pulak naya.

Mashed potato senang je dik... Kentang, garam, susu, keju, dry herbs. Dah. Taknak bubuh dry herbs pun takpo aihh.. jangan taknak bubuh kentang je dah lah. Haha.

Another menu you can try is tacos. Bagi aku daging dia sedap!

Address:
183, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak. (berhadapan dengan SOS Club)

Menu simple macam ni memang best!





Nasi Ayam Hitam

The drinks.

Nachos

Tacos



Semua pandangan ni memang solely atas penilaian aku. Dari segi makanan, memang aku agak fussy sebab some of the menu tu aku biasa buat sendiri or at least I know the recipes or sememangnya aku cerewet hahaha. So minta maaf lah sesangat. Hehe.

So far kalau aku teringin nak makan western food, aku akan pergi ke Restoran Simpang Tiga di Greentown. InsyaAllah sedap. Yang aku perasan diorang selalu improvise the menu dari segi side dishes nya. Contoh macam grilled lamb or salmon, side dish dia akan tukar-tukar or presentation-nya berubah wajah.

Orang kata Simpang Tiga ni mahal, tapi bagi aku puas hati. Mungkin lauknya kot yang mahal. Aku makan kat situ memang order western je.

Nasi minang dia RM9++ je rasanya. Sedap ok! Puas hati lah.

Nah aku belanja gambar grilled lamb dan coconut shake yang menjadi kesukaan aku.




Sekian! ^_^








4 comments:

indahhiasan said...

assalamualaikum...
suke blog ayu...tips pergi bercuti yang paling best..... gamba2 makanan kat ats semua cantik... mcm pakai dslr..

@yU said...

Waalaikumsalam.

Alhamdulillah terima kasih. Terharu saya.

Gambar-gambar pakai henfon je hehe. Need a little editing.

Ada beberapa percutian tak sempat nak share kerana kekangan masa. Huhu.

AidE said...

Assalamualaikum sis.
1st time usha blog sis coz td duk cari review cafe konda-kondi.
Bila tgk sis review thumbs+chor cafe sy dah mula "hmmm..."(mulut flat) coz dah pernah terkena nasib yg sama, hahaha.
Apepun blog sis ni mmg thooorbaek la.
Kipidap !!

@yU said...

Waalaikumsalam Aide,

Ada dengar cerita Konda Kondi dah improved dari segi food quality dia. Maybe Aide boleh try. :)

About thumbs cafe and chor's cafe, wallahualam. Dah tak pergi sejak kali pertama try.

TQ Aide for your feedback. Sangat hargai ^_^