Tuesday, January 05, 2010

She's still 17 no matter how many years passed by.

[photo removed]


Happy birthday, dear sis.
Thanks for being such a great friend to me.
Thanks for sharing.
 Thanks for listening!!


I Love You so very much.

Please take care.. *hugs*


Monday, January 04, 2010

Daily Life.



Things happened to me recently.

1. Involved in a road accident in JB along with my bbs, sha and fieza. A lorry hit us from the back. No injuries. Alhamdulillah. Tapi kesian dekat Fieza, boot kereta remuk dan cermin belakang pecah. Kereta Honda City baru lak tu.. Wu wuuu~~~

2. Selamat menjadi pengapit buat pasangan newly weds, Fauziah dan Bern untuk kedua-dua belah pihak. Satu di Temerloh, satu di Johor. Tapi ada dugaan tersendiri la time ni.. Di Temerloh, kena gi hospital lepas kena asthma attack. Akakak. Di JB, eksiden, malam tu terus demam panas. Mungkin kalau nak jadi pengapit, kena ada baca-baca dulu kot? Buang sueyy~ ahaha.

3. Kini bergelar student UiTM, Shah Alam. Alhamdulillah lepas macam-macam dugaan (you've no idea), dapat jugak further study. Wuu.. berkat dorongan dan restu ibu bapa kot. Tak pernah plan nak buat Masters sebenarnya.. tapi ini lah dikatakan rezeki dan ketentuan Allah agaknya. Semoga dapat grad dengan jayanye. Amin!

4. Just found out another medication that I'm allergic to. Painkiller jugak. *tepuk dahi* Al-kisah jumpa doktor sebab tak tahan backpain (maybe due to the accident), doktor memang tak boleh nak bagi painkiller tapi agaknya sebab dia kesian sangat tengok aku yang macam berusia lapan po tujuh tahun ni, dia kasik painkiller jenis lain. Tapi dia suh makan ubat anti-allergy sesiap. Haha. Tapi naik jugak alergik aku but it wasn't that bad at all. Maka aku dinasihatkan untuk berjumpa pakar alergi kerana aku akan menghadapi kesulitan untuk menjalani pembedahan di masa akan datang. Masih dalam proses, my mom asked her friend who's a doctor so he'll try to get me an appointment untuk aku jumpa pakar tu. Eeeepp.. brapa banyak pakar la aku kena jumpa.

5. Does anyone notice my blog is now SIX years old? Bravo! *throws confetti*

6. About my blood problem.. I don't have to do regular check ups with hematologist anymore. Yeay! But I've to come down to the hospital for an annual check-up for monitoring purpose. Wokey no problem.. once a year is so much a good news to me. Alhamdulillah. And oh, aku kena sambung balik follow-up on my asthma pulok. Hah. Tak kuasa. Ever since my doctor told me, "Asma awak kekal sampai mati.", seriously I don't think I give it a damn anymore.

7. Banyaknye penyakit aku. Sshhssss~~

8. My department's Xmas Gift Exchange Day berjalan lancar. I was so busy on the weekends, I didn't have time to do any preparation at all. Tu sedih sikit tu. But everyone seemed to be happy with their gifts so okay la tu. Dapat pulak makan free, bos organize sekali terus untuk team lunch on that day. Masakan kambeng dia memang terbaek siott~~~~

9. I bought one item from my new year wish list which is Samsung Portable HDD 500gb. Yeeehaaawww~~ One down, nine more to go! (nak mampos?)

10. Someone from the office told me I have multiple images. She said, "You punya muka lain-lain..I tak boleh cam wo. Without the specs, you lain. Masa Raya Dee Moon, I didn't recognize you. Masa Annual Dinner, also I couldn't recognize you. You ini banyak imej la!" Ha-ha-ha, I just laughed.

Ok I gotta hit the sack. Kena tidur awal.. Esok kena gi UiTM. My registration was incomplete. Memang selamba badak, gi registration hari tu, apa pun tak bawak! Aku bawak offer letter dan payment slip je. Medical report pun takde. Wakakaka. Dah lah kena submit banyak kaunter. Maka, dengan bijak pandainya, aku memulakan kelentong di setiap kaunter..

"Semalam saya eksiden dekat JB (which is true). Kereta tu memang remuk la.. (which is also true). Dokumen-dokumen saya semua dalam kereta tu.. Tak dapat nak amik.. (which is so not true). So macamana ek?"

Muka seposen abis.

"Takpe.. Submit kemudian."

Cayalah, Ayu! Sep bontot sket.








Sunday, January 03, 2010

It's plain and simple.


Stop being such a hypocrite.

You're not noble. At all.

You're dirty. And hypocrite.

Oh, I hate you.


Friday, January 01, 2010

two zero one zero



Alhamdulillah kita semua dipanjangkan usia dan kini menganjak ke tahun 2010.

To be frank sekali fikir, macam takde achievement dalam 2009 ni tapi bila fikir elok-elok.. ada jugak la. Alhamdulillah..

2009 mengajar aku jadi lebih berdikari.. Kekadang terlampau berdikari sampai kena marah. Contoh macam kes gestrik teruk pukul 2 pagi, tapi pikir tanak nyusahkan sesiapa.. drive la sesorang ke klinik di Dengkil.. siap singgah ofis on the way tu sebab emergency nak gi toilet. Dah la gelap.. Pikir-pikir balik, memang tak elok.

2009 juga mengajar aku lebih dalam tentang persahabatan. Bergolaknya sebuah persahabatan itu kerana sayang.. Kerana kepercayaan.. Kerana setia. Yang bertukar menjadi dendam. Menjadi salah faham. Menjadi satu kemarahan. Baru nampak siapa yang lebih mahu memelihara persahabatan itu, dan siapa yang langsung tidak mencuba mempertahankannya. Aku akui kadang-kadang aku sendiri dah letih nak menyelamatkan sesuatu hubungan tu. Hati aku ni fragile.. susah nak menanggung dugaan-dugaan bersahabat ni. So kadang-kadang dalam rela tu, terpaksa aku lepaskan je. Sebab dah tak larat..

Sebenarnya perjalanan 2009 tak banyak bezanya dengan tahun-tahun yang sudah. Cuma ada lah kenangan yang tersendiri untuk aku simpan dan untuk aku buang jauh-jauh.

Antara kenangan yang unik dalam 2009 ni, di mana aku disyaki menghidap kanser darah. Alhamdulillah.. turned out bukan kanser..atau belum lagi menjadi kanser? Apa yang pasti segalanya aku dapat tahu secara kebetulan sahaja. Syukur, semua ni ketentuanNya. Walaupun aku perlu membuat check-up sampai bila-bila, tapi mudah-mudahan segalanya ok.

Bercakap soal kesihatan, tahun ini juga menyaksikan aku mendapat alahan ubat yang paling banyak dan so far aku dah ada 6 jenis ubat yang aku alah.. dan pastinya akan bertambah lagi.. Ni pun satu kes jugak, doktor bagitahu aku akan mendapat kesulitan untuk menjalani sebarang pembedahan. Aku dinasihatkan untuk jumpa pakar alergi. Seriously aku pun tak tahu celah mana nak cari!

Pasal kerjaya.. sudah hampir 2 tahun jugak la aku kerja di Prudential ni. Menyaksikan projek go live.. menyaksikan orang datang dan pergi meninggalkan company ni.. Ada suka dan duka di PSA ni.. Aku suka kerja di sini tapi kadang-kadang tensyen jugak lah. Tapi aku rasa company ni not bad sebenarnya.. Sampai bila aku nak kerja di sini? Wallahualam.. Sebolehnya aku mencari peluang kerja di Ipoh tapi aku tau bukan senang.. So, tengok lah macamana..

Lain-lain,
Kenal kawan-kawan baru... Rapat dengan kawan-kawan baru... Belajar benda-benda baru seperti swimming, online shopping dll.. hehe.. Dan semakin masa berlalu, aku rasa makin rapat dengan family.. Alhamdulillah..

Tahun 2009 adalah tahun yang solo bagi aku seperti kebiasaannya. Yang berkenan, tak berkenan kat aku.. Yang berkenan kat aku, tak boleh pulak nak menerima.. Hahaha.. sungguh komplikasi. Jadi, bab ni tiada pembaharuan mahupun kelainan.. Mungkin 2010 nanti? Tengoklah..

2009 juga menjadi sejarah bagi pemergian ahli saudara dan kenalan yang kembali ke Rahmatullah. Semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Tak lupa juga ramai kawan-kawan yang mendirikan rumah tangga dan tak kurang juga yang menerima cahayamata.. Lantas juga memberi peluang kepadaku menimba pengalaman buat pertama kali menjadi pengapit. Tahniah ye, masing-masing.


Bagi tahun 2010 pula.. bakal ada sejarah-sejarah tersendiri yang bakal aku ukir. Antaranya kembali bergelar pelajar universiti. Kali ni IPTA pula. Aku menyambung belajar untuk Masters di UiTM Shah Alam. Semoga dugaan yang mendatang dapat aku tangani sebaik mungkin. Dan kemungkinan aku ingin bercuti ke luar negara samada dengan rakan-rakan atau family.. Tengoklah.. target destinasi dah ada.. cuma kena betul-betul buat research dan survey dulu.

2010 bakal menjadi tahun yang sibuk untuk aku. Jadi kemungkinan untuk aku mencari komitmen hati itu mungkin tidak kot.. kecuali ia datang tak diduga. HAHAHAHA.

Oklah.. ngantuk dah ni.

Akhir kata, selamat datang 2010. Jadilah tahun yang terbaik untuk ku. Amin.