Alhamdulillah kita semua dipanjangkan usia dan kini menganjak ke tahun 2010.
To be frank sekali fikir, macam takde achievement dalam 2009 ni tapi bila fikir elok-elok.. ada jugak la. Alhamdulillah..
2009 mengajar aku jadi lebih berdikari.. Kekadang terlampau berdikari sampai kena marah. Contoh macam kes gestrik teruk pukul 2 pagi, tapi pikir tanak nyusahkan sesiapa.. drive la sesorang ke klinik di Dengkil.. siap singgah ofis on the way tu sebab emergency nak gi toilet. Dah la gelap.. Pikir-pikir balik, memang tak elok.
2009 juga mengajar aku lebih dalam tentang persahabatan. Bergolaknya sebuah persahabatan itu kerana sayang.. Kerana kepercayaan.. Kerana setia. Yang bertukar menjadi dendam. Menjadi salah faham. Menjadi satu kemarahan. Baru nampak siapa yang lebih mahu memelihara persahabatan itu, dan siapa yang langsung tidak mencuba mempertahankannya. Aku akui kadang-kadang aku sendiri dah letih nak menyelamatkan sesuatu hubungan tu. Hati aku ni fragile.. susah nak menanggung dugaan-dugaan bersahabat ni. So kadang-kadang dalam rela tu, terpaksa aku lepaskan je. Sebab dah tak larat..
Sebenarnya perjalanan 2009 tak banyak bezanya dengan tahun-tahun yang sudah. Cuma ada lah kenangan yang tersendiri untuk aku simpan dan untuk aku buang jauh-jauh.
Antara kenangan yang unik dalam 2009 ni, di mana aku disyaki menghidap kanser darah. Alhamdulillah.. turned out bukan kanser..atau belum lagi menjadi kanser? Apa yang pasti segalanya aku dapat tahu secara kebetulan sahaja. Syukur, semua ni ketentuanNya. Walaupun aku perlu membuat check-up sampai bila-bila, tapi mudah-mudahan segalanya ok.
Bercakap soal kesihatan, tahun ini juga menyaksikan aku mendapat alahan ubat yang paling banyak dan so far aku dah ada 6 jenis ubat yang aku alah.. dan pastinya akan bertambah lagi.. Ni pun satu kes jugak, doktor bagitahu aku akan mendapat kesulitan untuk menjalani sebarang pembedahan. Aku dinasihatkan untuk jumpa pakar alergi. Seriously aku pun tak tahu celah mana nak cari!
Pasal kerjaya.. sudah hampir 2 tahun jugak la aku kerja di Prudential ni. Menyaksikan projek go live.. menyaksikan orang datang dan pergi meninggalkan company ni.. Ada suka dan duka di PSA ni.. Aku suka kerja di sini tapi kadang-kadang tensyen jugak lah. Tapi aku rasa company ni not bad sebenarnya.. Sampai bila aku nak kerja di sini? Wallahualam.. Sebolehnya aku mencari peluang kerja di Ipoh tapi aku tau bukan senang.. So, tengok lah macamana..
Lain-lain,
Kenal kawan-kawan baru... Rapat dengan kawan-kawan baru... Belajar benda-benda baru seperti swimming, online shopping dll.. hehe.. Dan semakin masa berlalu, aku rasa makin rapat dengan family.. Alhamdulillah..
Tahun 2009 adalah tahun yang solo bagi aku seperti kebiasaannya. Yang berkenan, tak berkenan kat aku.. Yang berkenan kat aku, tak boleh pulak nak menerima.. Hahaha.. sungguh komplikasi. Jadi, bab ni tiada pembaharuan mahupun kelainan.. Mungkin 2010 nanti? Tengoklah..
2009 juga menjadi sejarah bagi pemergian ahli saudara dan kenalan yang kembali ke Rahmatullah. Semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
Tak lupa juga ramai kawan-kawan yang mendirikan rumah tangga dan tak kurang juga yang menerima cahayamata.. Lantas juga memberi peluang kepadaku menimba pengalaman buat pertama kali menjadi pengapit. Tahniah ye, masing-masing.
Bagi tahun 2010 pula.. bakal ada sejarah-sejarah tersendiri yang bakal aku ukir. Antaranya kembali bergelar pelajar universiti. Kali ni IPTA pula. Aku menyambung belajar untuk Masters di UiTM Shah Alam. Semoga dugaan yang mendatang dapat aku tangani sebaik mungkin. Dan kemungkinan aku ingin bercuti ke luar negara samada dengan rakan-rakan atau family.. Tengoklah.. target destinasi dah ada.. cuma kena betul-betul buat research dan survey dulu.
2010 bakal menjadi tahun yang sibuk untuk aku. Jadi kemungkinan untuk aku mencari komitmen hati itu mungkin tidak kot.. kecuali ia datang tak diduga. HAHAHAHA.
Oklah.. ngantuk dah ni.
Akhir kata, selamat datang 2010. Jadilah tahun yang terbaik untuk ku. Amin.
3 comments:
haa kan best
laju la sikit nk baca blog kakyu
sbb dalam BM! muahaha
happy new year
thanks fr everyting
loveee.
selamat tahun baru 2010 ayuuu....semoga segala impian dan harapan akan menjadi kenyataan..:)
inot;
ye lah lepas ni kakyu akan memperkayakan lagi bahse ops bahasa ibunda kita.
fezal;
hepi new year to you too.
insyaAllah.. terima kasih.
Amin.
Post a Comment