Blogger sekarang ni sering disebut-sebut oleh orang ramai dan pihak media sebab dah makin ramai yang berlagak macam wartawan bertauliah, tak pun macam pengkritik politik terhebat.
Aku dah mula menyampah bila mana orang mula menggunakan blog sebagai platform menabur fitnah dan mengecam pihak-pihak tertentu yang diorang tak suka.
Yang paling baru, pasal adukataruna yang hilang pertimbangan menulis entry mengutuk Almarhum sultan Johor. Pada dasarnya, perlakuan mencela orang yang dah tiada tu memang sungguh terkutuk dan keji. Inikan pula Almarhum sultan.
Mujur aku bukan orang Johor. Kalau kena kat sultan negeri aku, mahu aku maki kat blog dia. Alangkan masa Nizar dan Karpal cari pasal dengan Sultan Perak tu pun aku rase nak lempang terajang je. Aku pun tak faham apsal makhluk biadap macam ni masih ada penyokong. Nasib baik aku bukan Sultan. Kalau tak, HUKUM PANCUNG!! HAH!
Itu pun blog AT dah penuh dengan cacian dan makian orang ramai. Itu lah bila menulis tak guna otak. Ikut perasaan, ikut nafsu. Menuntut kebebasan bersuara konon.. Apsal tak mintak kebebasan bersuara kat Tuhan bila ko nak mencarut, memaki dan menabur fitnah?
Yang pembangkang politik pun satu. Hak masing-masing lah nak pilih bendera mana. Aku takde la pro government membabi-buta tapi satu sebab aku benci gila parti pembangkang sebab penyokong-penyokong yang terlampau taksub. Bila bercakap tu serupa macam tak pernah Bismillah.
Blog dulu adalah satu medium orang guna untuk menulis sebagai journal dan apa-apa penulisan yang berunsurkan peribadi, umum mahu pun ilmiah. Tapi bila blog sekarang lebih dikenali sebagai tempat memaki, aku menyampah sungguh!!
Silap-silap, kemudahan blogging ni kena block dengan kerajaan Malaysia, macam China block facebook.
Saturday, January 30, 2010
Macam najis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Tu diaaaa... Ayu has spoken he7
Post a Comment