Thursday, January 23, 2014

Letting go.


2014!

Who would have thought.. I am still single by this year.. HAHAA!

Selamat tahun baru rakan-rakan, kenalan, sahabat, saudara mara semua lah.

Walaupun blog ni dah nyawa-nyawa ikan.. tak berapa nak update sekarang ni, tapi aku masih belum terasa nak bersara dari persada blogging ini. 

Eventhough readers pun maybe dah takde. LOL.

Facebook pun kawan-kawan bukan makin ramai, tapi makin kurang. Minta maaf lah pada yang terpaksa aku remove. Kebanyakannya sebab dah tak kenal kot. Maybe masa mula-mula buka FB, aku main accept je friends. Dah tak ingat la betul ke tak but some of the people in my FB memang aku rasa cam tak kenal langsung. 

When you're getting older, you don't count how many friends you have. You just need those real friends in your life. Tak perlu ramai pun. True friends are hard to find. Those yang boleh tegur cara baik demi kebaikan kita. 

And I don't really socialize anymore. I'm still considered as young though! Tapi entah ler.. homey type maybe? *muntah hijo*

This year... still planning where to travel to. Latest plan is to Pangkor.. domestik dulu lah kamon kamon! Haha. Duduk Ipoh tapi rasanya tak pernah pergi Pangkor lagi. Sape nak joinnn? Hehe.

Ada plan nak gi jauh sikit tahun ni untuk ke luar negara tapi tengoklah pada rezeki kan. Tapi tak lah sejauh tahun lepas. Ikut kemampuan aje! 

Anyway, I'm selling my Sony SEL16F28 16mm f/2.8 Wide-Angle Lens (E-Mount) because I no longer own my Sony Nex camera. It has been stolen recently so no point keeping the lens. I might try other brand after this. Insyaallah kalau ade rezeki ler.

This lens is still in a good condition. Good as new because I rarely used it. I really love the lens. Gambar cantik.. maklum lah wide angle, sesuai untuk pemandangan. Gambar-gambar di bawah adalah contoh gambar yang diambil menggunakan lens ni (jenuh cari! sebab jarang guna). 









Ok ni gambo lens..





Retail price is about RM900. My price is RM650.

So kalau berminat, boleh email ke fieda84[at]yahoo[dot]com.

Kalau nak berkenalan pun, email yang sama ye. EH?

Ok daa!









Tuesday, December 31, 2013

2013 final entry


Lama tak update blog huh! Bukan tak minat nak berblogging. Tapi kat rumah memang tak mengadap komputer.

Since today is the last day of 2013, I think I have to write an entry.

I would like to share a few photos taken this year and the story behind it.

1. Vege here and there and cheap cheap!



This photo was taken during my short vacation to Cameron Highland somewhere in January. Cameron dgn Ipoh tak jauh mana pun so kalau ke sini anytime boleh. Balik hari pun boleh. Masa ni belum ade kes banjir tanah runtuh segala tu la hehe. Gambar ni masa kami di Big Red Strawberry Farm, Brinchang. Mencabar sket nak naik ke farm ni kalau kereta manual sebab bukit dia curam sikit. Tapi yang dah biasa bawak tu, insyaAllah takde masalah pun. 

Ni kami tengah seronok memilih green coral lettuce. Hanya RM2 sejambak besarrr tu. Puas hati! Kami insist nak pilih sendiri yang mana kami nak, so mamat ni dengan sabarnye melayan aje lah karenah kami. Nampak tak muka gelojoh aku, nampak takk? Haha.

Di sini ada macam-macam jenis sayuran, so pada yang baru ada peluang nak pergi Cameron, don't miss this place hehe. Boleh lepak-lepak minum kat kafe dia. 

Visit their website for more info. (takde banyak info sangat. banyak part tak siap haha. Bak sini la aku siapkan :P )


 2. Pagi menguning, kami menyeghongin! (dialek perak, sorry. hehe)



Ni di rumah kenalan kami yang telah berpindah ke Pulau Pinang. Masa tu sawah padi tengah menguning. Memang lah sangat cantik! My short trip to Penang was really fun. Loved it. Penang has a lot to offer (or sebenarnye aku a little underestimate this state LOL ). Ni bukan first time ke Penang tapi dah bertahun-tahun tak pergi. Don't worry, pacat takde time ni haha.


3. Si Ben yang Besar.


I guess everyone can tell where is this place.Our vacation to Europe is truly memorable and we enjoyed every second of it. London memang cantik tapi rasanya tak boleh beat scenery yang ada di kawasan pergunungan, tasik dan kampung seperti di Switzerland dan Holland. Masa ni London tak sejuk sangat. Just a little chilly yet windy. So sedap-sedap je bila nak keluar shopping semua tu.


4. Istana empunya si Kellie.


Baru balik kenduri kahwin di Bagan Datoh, so singgah kejap lah di Kellie's Castle dah alang-alang lalu. Maklum lah anak kelahiran Perak sendiri pun tak pernah pergi. So mesti lah nak stop kejap. Masuk berbayar, so aku amik gambar dari luar je lah. Entrance fee rasanya RM3 untuk dewasa. Kalau tak silap lah. But if you're bringing camera inside for photoshoot, they'll charge you even much higher. That's what I heard. Maklumlah tempat ni hot spot untuk wedding photoshoot. Even time kami pergi pun ada wedding couples bergambar kat sini.


5. Not just a drawing.


I was assisting a doctor at my office and he sat next to me while waiting for me to check on something. Kebetulan hari tu aku baru kebah daripada demam, so masih ada flu yang agak teruk. Suddenly he asked for a pen and paper so I handed him the stuff without thinking about his intention. Tengah duk mengadap laptop tu, aku perasan dia duk guna pen dan kertas tu but aku takde lah tengok betul-betul. Then dia hulur kertas tu kat aku and with a blank mind I stared at the drawing. Ape ke bende nye ni. It looked funny to me and the first thing that crossed my mind was an Indian face.

Pastu dia explained, dia suruh aku picit dengan kuku kat tiga area bertanda dan gesel-gesel banyak kali. It will help to ease the blockage in my nose. Dia nak buatkan but I was not comfortable sebab muka agak oily time tu hahahahah so I said I'd do it myself. Yes, I did tapi tak lama sebab sakit hahaha. Yelah gesek pakai kuku kott.. Kena kuat pulak tu. Kalau korang buat yang belah tepi hidung tu, korang akan rase ade tulang kat situ. Tenyeh la tulang tu ye. Sakit kot! Haha. 

Try lah bila hidung tersumbat =)


6. Mee Hailam Parit


Demikian lah namanya kerana lokasi kedai mee ni adalah di Parit, Perak. Mee ni sangat terkenal di sana. Tapi aku tak familiar kawasan sana, so tak reti nak bagi exact location. Yang aku tau dia dekat medan selera. Hehee.

Rasanya? Aku order yang jenis dry dan setakat ni itu lah mee hailam terbaik yang aku pernah rasa. Memang sedap. Time taip ni pun dah kecur air liur hahaha.


7. Ching ka Ching!


*cough* Ehem *cough*. Poyo sikit yang ni. Ni second time aku menggayakan sari. Saje suke-suke nak menembak gambar dengan kawan-kawan di Taman Dr Seenivasagam. Gambar aku tak banyak sebab aku lebih suka memegang kamera. Banyak jugak lah mata yang memerhati. Yelah kami ni semua bukan figure seorang model. Tapi bukan main lagi berbalut sari, berposing peluk pokok kan. HAHAHA.


8. The cyst


Tahun lepas kesihatan aku sangat memberangsangkan. Tapi tahun ni kembali merasa tidur di katil hospital disebabkan ketumbuhan sebesar bola ping pong yang perlu dibuang sebab dah infected and growing. Mula-mula tu susah nak percaya haha. Tapi nak taknak kena buang jugak dengan kadar segera. Dah lah nak puasa masa tu. Pastu ade komplikasi kecil pulak lepas operation. Hadeh. Merasa lah sahur sorang-sorang atas katil. Sedih noks! Dugaan juga di bulan puasa tapi berjaya gak puasa seperti biasa. Alhamdulillah.


9. I love you, you love me..we are happy family!


This is actually my arwah pak ngah's family. Those little kids are his grandchildren. Aku dan adik saja datang join breakfast sama-sama dengan diorang di Padang Polo. I love the kids so tu yang rajin sket nak bangun pagi mengadap diorang tu hehe. Time ni diorang tengah main game nombor yang bom-bom tu. Seronok sebab kanak-kanak sampai yang dah tua pun join sekali. Memang kelakar. Aku just duduk tengok je sambil kunyah mini burger. LOL.

I miss arwah Pak Ngah so much. The best uncle we ever had. Al-fatihah.


10. Sukan staf UniKL


I don't play sports to compete. I just don't like to compete even in stage performances. Tapi entah macamana boleh terjebak sukan pingpong secara mee segera lantas mewakili kampus untuk pertandingan tu. I have to admit my passion in sports is not in competition so I think this is the first and the last sports competition I'd ever joined. Kecuali lah sukan bowling yang setakat peringkat dalam kampus je. Hehe. It was a great experience and I lost weight due to the intensive training. But takde lah kot nak join dah.


11. The breathtaking view.


I just have to share this to let you know how much travelling means. Melihat keindahan ciptaan Allah itu besar kesannya pada hati. Menyedarkan diri betapa kita ini kerdil, nothing! Nobody! Bersyukur diberi peluang untuk melihat sendiri betapa sempurnanya bumi ni. Mungkin negara kita pun boleh jadi cantik begini kalau tak kerana pembangunan yang tak terancang dan sikap manusia yang kurang peka dengan alam sekitar. Gambar ni masa dalam cable car menuju ke puncak gunung Titlis. My first experience seeing and touching the snow. Alahh.. macam ais kepal tu je! Tinggal nak letak sirap je.



12. Switzerland, I love you.


Another favourite photo of mine in Switzerland. Cantik view dia, kekawan. Rasa taknak balik je. Hehe. Sejuk masa ni. Esoknya lagi sejuk sampai berasap mulut. Would love to come here again someday. InsyaAllah. Semoga ada lagi rezeki untuk ke sini. Tasik dia ni even kat bandar pun masih jernih lagi.


13. Keep swimming.. keep swimming!


Gambar ni diambil ketika snorkeling di Pulau Mabul. Menarik sangat pulau ni. Air pun jernih. Tapi kalau nak tengok coral yang lebih cantik, sila lah ke Pulau Tioman hehe. Esoknye, kamera aku masuk air. Jahanam. Haha. Terpaksa hantar servis, kena dalam RM150. Tapi sekarang dah takde kamera tu. Habis dah rezeki aku bersamanya. Telah dicuri.


Ok tu je setakat ni. Hehe.


Happy New Year, everyone!








Tuesday, October 29, 2013

Love when this happens.


*Wakes up in the middle of the night*

Me: Please don't be 6 am.

*Checks phone*

"1.43 am"

OW YEARGGHHHH!


*Shoves face back into pillow*







Monday, September 16, 2013

Lemon Oreo Cheesecake

Sebenarnya tengah backing up files dalam laptop ni. Disebabkan bosan menunggu, aku update lah blog dengan resepi terbaru yang aku telah cuba. (Maklumlah baru nak berjinak-jinak dengan baking.)

Resepi ni olahan daripada resepi tempatan dan juga luar negara. 



Bahan-bahan

For the crust
2 bungkus Oreo - buang cream, dan kisar halus. 
1/3 unsalted butter, dicairkan. (pakai salted butter yang biasa tu pun boleh)

For the cheesecake
250g cream cheese
1/2 cawan gula (kurangkan jika lebih suka kurang manis)
2 biji telur
2 sudu perahan jus lemon (takde lah muak sangat cheesecake tu nanti)
1/2 sudu besar esen vanila
5-6 keping biskut Oreo - coarsely chopped 


Cara-cara

For the crust
1. Cairkan butter. 
2. Tuang butter ke dalam Oreo yang telah dikisar halus. Sebatikan. 
3. Grease your baking pan with butter, atau letak parchment paper. 
4. Rata dan mampatkan Oreo tadi pada dasar loyang.
5. Bake for 5 - 10 minutes. Suhu oven kira-kira 160 darjah Celcius. 



For the cheesecake
1. Pukul cream cheese sehingga lembut (kira-kira 2 minit camtu). 
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis. 
3. Masukkan telur perlahan-lahan, kemudian masukkan perahan jus lemon dan esen vanila. 
4. Kalau pakai mixer, stop beating then masukkan coarsely chopped Oreos dan gaul dengan lembut menggunakan spatula / senduk. 
5. Tuang adunan ke dalam loyang tadi dan bakar kira-kira 40-50 minit. Suhu oven kira-kira 160 darjah Celcius. 

Tapi aku bake pakai microwave oven, so dah ade program untuk cake. Senang keje den. Setengah jam dah masak. 




Setelah masak (when the edges are set but the middle still jiggles slightly, its good enough), biarkan sejuk pada suhu bilik kira-kira sejam gitu, then baru masukkan ke dalam fridge. Best kept in fridge for at least 3 hours. So do make sure you have plenty of time to bake this cheesecake before you can actually serve it. 

Besides slicing the cake the way people always do, you can slice it up into bars.