Thursday, September 30, 2010

You never know how strong you are until being strong is the only choice you have.


(I've to backdate this entry. It was written yesterday.)

Malam kelmarin aku tak boleh tidur. Mungkin sebab masa berbuka puasa, aku makan serawa so perut jadi kembung semacam. Then stay up buat take-home test sambil minum nescafe. Otak jadi ligat berfikir kan bila minum nescafe lewat malam?

Susah gila test tu. No wonder kena bawak balik. Langsung tak faham apa dia nak. Adoi. I spent my whole night doing the first question only. Tu pun tak tahu lah betul ke tak.

I stopped doing the homework around 1 am and decided to go to bed. But my stomach was already bloated at that time so I couldn't sleep. Asyik terjaga je. Setiap jam terjaga and I felt the night was too long. Pergi toilet few times and around 5 am when I was actually sleeping, I was awoken by an SMS ringtone. My ex housemate back in Seri Kembangan had just lost her fiance due to cancer.

Another loss.

Innalillahiwainnailaihirojiun..

Seketika aku termenung. Mencari-cari memori bersama arwah. Jika ada pun, sekelumit cuma. We never talked much with each other. Tapi selalu terserempak cause arwah rajin datang rumah bawa tunangnya makan. Arwah looked fine.. badan dia sihat. Takde nampak dia tu sakit.. I bet he didn't know about it too..

Masa nak Raya wish kawan aku tu.. pesan juga, kahwin jangan lupa jemput. Di situ lah baru dapat tahu arwah sedang menjalani chemotherapy. Terkejut juga aku.

I hope she's strong. Losing someone who is so close to us is really one of the hardest things to deal with.

Semoga roh arwah sentiasa di bawah payung lindunganNya dan moga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin.


Al-Fatihah.







Credit : MrCool

Monday, September 27, 2010

I see stars.

Di office..

Tapi,

Tak boleh fokus, tak boleh fokus..

Sebab?

Kekenyangan yang melampau.

Apa je aku makan? Spageti sikit.. mee wantan sikit.. nasi impit... sate 4 cucuk.. dessert.. Tak makan sekaligus, makan sejak pukul 12..

Sekarang pukul 2.30.. masih terasa kenyang yang susah nak digambarkan. Haha.


Actually hari ni department aku buat 'open house'.. aku malas nak masak masakan Melayu so masak je lah benda yang dah biasa masak.. carbonara spaghetti dan mashed potato.

I wish I had my late Iphone now so I could snap some photos.. :(

Makanan dah habis dah pun by now. Alhamdulillah.. Seronok tengok orang makan.

Ok lah.. tak leh tulis panjang-panjang lah. Kenyang sangat. Relevant ke? Haha.


Thursday, September 23, 2010

The gifts and the loss.


Bukan senang saya nak tulis entry ni.. Bercakap mengenai kehilangan. Mengenai kesedihan. :)

Sekarang dah dapat kekuatan sikit.. boleh la kot nak share barang seperenggan dua.

Tapi mari cerita hal happy dulu.

Raya kali ni ada kenangan tersendiri.. susah nak lupa. Dan tak banyak berjalan sangat.. Pergi rumah saudara area Perak je. Itu pun tak sampai ke Bota, Parit, Lambor, Chemor.. Paling jauh pun ke Lumut.

Cousin lelaki selamat bertunang. Alhamdulillah. Dia muda dua tahun dari aku. Tapi jodohnya sampai dulu kot. :) Masa dia sekolah dulu, dia pernah bagitahu aku, dia tak nak solo lama-lama. Nak cepat kahwin. He's 24 years old now. Sesuai lah kot? Bagus kan macam mana sesetengah orang tu boleh determine and reach their target as they wanted?

Dan Alhamdulillah juga kerana abangku selamat menghantar rombongan merisik berjumpa dengan keluarga sang kekasih hati. Kampung girlfriend abang aku tu cantik wo.. tepi sawah. Best. Untuk anak-anak bandar macam kami, agak excited sikit lah bila sampai tu. Mula lah mulut mengomel..

"Alongg.. kalau photo shoot kahwin kat sini lawa ni, Long!"

Tiba-tiba biawak besar gila melintas tengah jalan..

"BIAWAK!!!"

Biawak pun jakun. Biawak tu tak jakun pun tengok kitorang.

Adik-adik girlfriend abang aku comel.. Jambu. Haha. So ketika discussion, pada mulanya tarikh pertunangan ditetapkan pada 23 October. Pastu aku yang dengar dari jauh ni rasa macam aku tak free je. Pastu teringat aku ada kelas kat Uitm. Aku pun sms ibu, cakap aku dan adik aku ada kelas/exam.

Mak aku yang duduk sekali dengan mereka yang tengah berbincang tu pun bagitahu hal tu.. So diorang anjak ke 30 October. Aku tak sure pulak la time ni aku still ada kelas ke tak. So aku diam je.

Esoknya baru teringat nak check, rupa-rupanya aku ada presentation pulak. Takkan nak minta pihak perempuan tunda lagi kan? Macam tak manis la pulak..

So entah lah.. Looks like I've to skip the presentation.

Then masa sarung cincin.. actually ingatkan takde upacara menyarung cincin ni.. Bukan selalunya pihak lelaki pass je ke cincin tu kat family perempuan? Time discussion nak habis, perut aku memulas-mulas. Kacau betul. Bila dah tak tahan, terus tanya kakak si perempuan, "Err.. toilet kat mana ek? Nak tumpang boleh?"

Time aku tengah syok dalam toilet tu lah.. diorang sarung cincin. Aku cam dengar sayup-sayup bunyi orang baca doa. "Eh, dah habis ke?" aku duk terfikir sorang-sorang. Terus sudahkan apa yang perlu, then bergegas keluar.. sambil main-main mata sikit dengan adik dia (haha).. Diorang dah nak start makan dah pun. Wu wuu I missed the moment. I was supposed to be the one who took the photos. Aishh.

Anyway aku minta nak incharge hantaran. Sebab aku tengok cousin aku punya hantaran tak best. Haha. Too 90's. So sebelum mak-mak sedara interfere, baik aku take over. :P

Ok masuk cerita sedih pulak.

Al-kisah saya kehilangan Iphone 3Gs yang baru saya beli 3 bulan sudah.

Hilang dekat kedai runcit. Malas pulak nak cerita detail. Menyakitkan hati. Apa pun yang pasti aku pun tak tau apa yang berlaku. Tiba-tiba je handphone tiada di tangan bila aku dah masuk kereta on the way nak balik rumah. Kedai tu dekat je dengan rumah, seminit sampai. Pastu kebetulan dah dekat dengan rumah, aku terus masuk porch, parking dan cari henfon. Sekali takde. Aku cam eh, jatuh ke? Apa lagi tunggang terbalik aku cari.

Tak jumpa.

Lari masuk rumah, terus call nombor sendiri. Bila dengar ada ringing tone, letak gagang atas meja. Terus lari keluar ke kereta. Memang saya berlari ok. Sambil tu cari telefon sambil dengar kot-kot ada ringing tone.

Takde.

So masa ni aku ala-ala dah pasrah dah lah. Tapi tak nak give up lagi so aku pecut balik gi kedai tu. At the same time, kawan-kawan on the way ni nak datang beraya. Aku tanya kedai tu.. of course la dia cakap takde kan. Standard lah. Tapi tokei dia mintak no fon aku. Dia try call then dia cakap, "Masuk voicemail. Itu orang sudah ambil lah tu."

Wah.

Aku pun balik sambil dalam hati mengucap je. Baru je sampai rumah, kawan-kawan pun sampai. Pergh.. kelam kabut lah aku. Laksa tak celur lagi.

Agak sugul dan selekeh la aku masa tu. My mind was so distracted but glad friends cheered me up.

So hilanglah ribu-ribuan sms ku.. dan gambar sebanyak 800+ di mana 90% tak sempat transfer.. dan nombor rakan-rakan..

Ok next.

Kawan aku hilang kereta hari ni.

Ok seterusnya.

Kepada kamu.. (eventhough you don't understand Malay very well.. I don't care :P )

I hope you stay strong for what happened. Nyatanya Allah itu lebih sayangkan dia. I do feel your loss.. so much it touched my heart. :(

Semoga Allah terus kurniakan kamu dan famili kekuatan dan kecekalan hati. Saya selalu doa itu. It's not an easy thing to deal with, losing our parent. Apa kamu lalui itu sesungguhnya sangat berat nak dipikul.

I will always be here for you, trying hard to be the best friend you ever had. You know that, right?

Begitu juga kamu, twin.. be strong.. I'm always here if you need someone to talk to.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Beri mereka kekuatan, ya Allah..



Al-Fatihah.






Wednesday, September 15, 2010

Eid Mubarak


 Too lazy for words. Enjoy the photos. Selamat hari Raya, everyone. Have a blessed Syawal! ^_^


 Pre-Raya Photo Shoot. Sengal habis.

  

 

 

 
[photo removed]

[photo removed]
Ye..Saye memang tak pandai ambil gambar serius2 ni.


 Raya Dua Ribu Sepuluh.

[photo removed]
Selepas solat Raya Aidilfitri.

[photo removed]
Antara kanak-kanak yang datang beraya. Sangat comel mereka ini! ^_^
Si kecik : Cantiknye bajuu..
Saya : Haha.. Terima kasih.
Si kecik : Kenapa akak tak datang rumah saya hari tu?
Saya : Hari tu belum raya lagi, dik.. Macam mana akak nak datang.
Si kecik : Ish.. Saya sunat lah!
Saya : Hahahaha.. *gelak tanpa henti*

Kemudian Mak Long datang.. 

Saya : Mak Long, tadi yang kecik ni cerita dia baru sunat..
Mak Long : Ohh iye ke? Baru sunat? Ha mana.. nak tengok betul ke dah sunat.. (seloroh saje)
Si kecik : Nihh.. (lalu dia lucutkan seluar depan Mak Long)
Mak Long : Ohhh.. betul lah dah kudung!
Saya : Hahahaha.. *gelak tanpa henti*

[photo removed]
Siblings.


[photo removed]
Along sengal unta.


[photo removed]
With my one and only brother.


[photo removed]
Danial yang menjadikan saya alas tilam untuk beliau melakukan terjun junam berulang kali.