Anjakan Paradigma?
Hoyeah~ Bertuka skin lagi. Skin sbelum ni ok. Tp ramai complaint. Diorang kata, susah nk view. Susah nak scroll gak. Kadang-kadang gambar background tak kua. Hurm.. so aku tuka la. Aku pun memang terase kali ni nak pakai skin simple jer. Tak serabut sangat. Tp taktau la sampai bile kekal. Hehe.
Erm..exam tak abis lagi. Tinggal satu lagi paper.. Jumaat ni. Baru study sikit. Tadi sempat pi window shopping kat Alamanda lagi tu. Hehe. Nak pi jejauh, takut lama sangat. Kang sampai sudah tak study.
Cuti dua bulan nanti tak tau ape nak buat. Gemukkan badan lagi la kot. Bebaru ni housemates sibuk hal nak jadi cikgu sementara kat SK cyberjaya.. Best jugak jadi cikgu ni.. hehehe.. Dulu masa darjah tiga, penah gak aa bercite-cite nak jadi cikgu. Pastu masuk skolah menengah, kekawan ckp kalau aku pakai bj kurung, ada gaya cikgu. Adey. Aku ade tanye ibu, kot-kot aku leh keje kat skolah die. Muehehe. Then kebetulan die cakap ade satu kosong... Cikgu Maths. Uish..
Aku rase cam berat jer nak pikul. Hehe. Kang ranap aa kelas tu aku kerjakan. Aku ni bukan reti seriyes sangat. Kang tak pasal-pasal aku suh bebudak skolah tu nyanyi lagu CT ke.. main sep sep tum tum ke.. main mak-mak ke.
Pas exam sibuk nak kemas barang pulak. Next sem duk rumah baru. Pindah apartment Cyberia. Jenuh ah nak angkat barang. Aisey. Jom aa tulong aku pindah. Nanti aku blanjer mercun pop pop.
Kelmarin, mungkin kesan drpd tensyen mengadap accounting, aku pi potong rambut. Sependek mungkin. Shortest hair I've ever got. Balik je umah, semua housmet terkejut. Ade yg melopong tutup mulut. I am so satisfied with my new hair cut. Kali terakhir aku berambut pendek.. darjah enam dulu. Sebelum tu rambut aku mencecah punggung tuu.. gile panjang. Pastu bila dah bertudung, tak larat la nak simpan pepanjang. Ah, can't wait to go home. Mesti family aku terkejut jugak.
Dua bulan cuti ni.. tak sure aku akan update blog atau tidak. Tengoklah kalau ade cerita nak dikongsi. Ok lah.. bed time. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment