Friday, April 15, 2005

Pindah



Hoyeah lagi~! Alhamdulillah.. Exam dah habis. Skang pulun nak kemas barang pulak. Next sem pas cuti panjang, aku pindah apartment dekat-dekat ni dengan tiga lagi housemates aku. Pas exam, pi teman Sha lunch.. then balik terus packing mana yang patut. Cam terlebih semangat pulak. Malam semalam tido 3 jam je tapi sampai skang mata leh tahan lagi. Takde pulak die nak buat hal. Bagus-bagus.

Ahhh tak sabanye nak balik umah. Skang tgh sibuk packing barang sampai mata aku merah dan bersin tak berhenti. Perghh.. tak larat siot.

Ok lah.. tibe-tibe blank tak tau nk cite ape.. Ni ade 3 buah sajak hasil nukilan kenalan aku, Retho (bukan nama sebenar). Thehehe.. Enjoy~


Bila Kamu Menangis

Bila PM menangis
Pakcik-pakcik dan Makcik-makcik Menteri pun menangis
Bila pelakon dalam filem menangis,
Maka penonton pun ikut menangis
Bila Si Rumie menangis
Si Julie-nya turut menangis ( ...sebak )
Tetapi bila kamu menangis ...
Siapa yang peduli??
Siapa yang simpati??
Hanyalah seekor kucing tua
Yang sesekali mengiau
Tanda simpati ...
Terima kasih sang kucing
Kerana sudi mengerti




Pada Kerdipan Matamu

Pada kerdipan matamu
Terpancar sinar pelangi
Menusuk halus ke dalam sanubari
Mengejutku dari khayalan yang panjang
Kilauan matamu
mengalunkan irama kelembutan
Yang membisikkan nada-nada gemersik
menakluki seluruh jiwa ini
Ditiap hembusan nafasku
Ada namamu
Pada tiap denyutan nadiku
Menjerit-jerit namamu
Datanglah
Bersatulah
Bersama-sama Kita
Menelusuri jalan keindahan
Duhai dua jiwa yang tulus
Senyumanmu terlalu indah
memukaui mata pandangan
Matamu yang ayu
Membuat lidah ini kelu Untuk mengungkapkan sebuah kata
Sebuah kata yang terlalu sukar buatku
Untuk dilafazkan
Kuharap hari esok
Kilauan matamu terus bersinar
Menyinari jiwaku yg kegelapan
Dan dihadapanku terlukis raut wajahnmu
Tersenyum untuk seribu tahun lagi




Puteri Alam Pesona

Kecantikan dan keindahanmu
Membakar jiwa sanubari ini
Kelembutan dan keayuanmu
Memukau tiap mata memandang
Siapakah gerangan puteri
Yang bertudung biru itu
Kedengaran angin sepoi-sepoi berhembus
Menyapa kedatangan pagi yang ceria
Sang Mentari tersenyum didada timur
Sedang asyik menghirup nikmat ciptaannya
Puteri Alam Pesona
Sambutlah tangan ini
Bawalah kuterbang bersama sang helang
Begitu gagah di atas sana
Menebarkan sayap tanpa ragu
Kuingin bebas terbang di angkasa
Menerjah langit yang biru
Menggapai awan yang kelabu
Bersaksikan sahabat alamku
Mari senandungkan lagu keindahan
Walau rentaknya berbeza
Namun kutahu
Ianya tetap satu
Patrikan dalam setiap jiwa
Semoga ia kekal subur selamanya

No comments: