Saturday, July 30, 2005

Midterm Break



Cuti seminggu dah start, tp aku still kt bumi Cyberjaya ni. Buhsan jgak.. aku jarang balik lambat.. Salu abis je klas, zupppp~ terus blah. Kekadang, klas lom abis pun, aku dah selamat sampai kat rumah. :P Tapi kali ni, terpakse tunggu sampai Ahad. Parents aku nak datang sini.. diorang ada hal kt KL. Yang bagusnye, takyah susah-susah aku balik sendiri. Tadi bangun, terus call ibu. Suara pun tak keluar. Ibu gelak je. Dah paham sangat perangai anak dia yang suke bangun lambat. Rasanye ni la first time aku call ibu dalam sem ni. Salu ibu yang call. Aku sms atau miskol jer. Haha.

Semalam training silat, berlagak macam dah fully recovered. Sudahnya kaki aku yang injured ni dua kali tergeliat, sekali kekejangan tersalah urat. Padan muke. Dah elok2 kurang rasa sakit, skang ni rasa sakit tu mcm dah permenant pulak.. sentiasa sakit. Strain kot, semalam banyak sangat movement. Dua tige ari lepas dah bley drive, skang ni tak mampu kot. Dem.

Aku memang stubborn. Membe2 semua lecture. Aku mana penah injured. Dan sakit2 ni aku tak pernah amik serius. Sebab aku dah biase sakit [sakit lain].. Aku penah asma selama lima hari berturut-turut.. aku sanggup suffer tak pi spital. Dah lama baru aku terpikir, dalam tempoh tu, aku boleh mati bila-bila je. Aku pernah dua kali disyaki radang peparu. Tapi aku tak buat rawatan lanjut pun. Malas. Aku tau aku sakit, tapi aku tanak tau detail.

Khamis lepas, ade Ritma Riaksmey kat kampus. Majlis apresiasi untuk team MMU melaka yang pi Kemboja tak lama dulu. Best jugak pegi tengok. Nak-nak VVIP adalah Tun Dr Siti Hasmah. Tak ramai yang datang sebab tempat limited. So majlis tu tak dipublisitikan sangat. Nak tengok gambar2, klik SINI.

Okey laa.. nak kua jejalan pi OU. Ade sesape nak kirim apa-apa? Hehe. No Mike Shinoda pls, Sha!

Wednesday, July 27, 2005

Saye dan Doktor



Alkisahnyer di satu malam yg hening..

"Erm.. siang td, saye tergeliat. Tp sakit tak ilang-ilang. Pastu mcm bengkak. Just nak mintak cek kot-kot ade internal injury ke.."

(ketawa kecik) "Memang ade.. sure ade," kate dia sambil picit-picit buku lali kiri.

"Sakit?"

"Sakit~" sambil kaki terjengket akibat tindakan refleks.

"Ni bengkak sebab ade pendarahan kat dalam. Ligamen awak... tau ligamen?"

"Tau.." Tibe2 tringat subjek Bio. Lantas dlm hati terus menjawab, "..yg menyambungkan sendi-sendi tulang... mcm kt lutut.. buku lali...dan.."

"Aa..mase awak tergeliat tu, ligamen awak terkoyak."

"Ha? Oo..ok." Jawab dgn blur skali, antara percaye atau tidak.

"Ni bengkak bukan sebab masok angin ke?" Main hentam je tanye.

"Bukan. Ade pendarahan kat sini (sambil sentuh bawah buku lali).. so darah terkumpul, jd bengkak lah. Jgn urut.. kalau urut lagi bengkak.."

"Ok, no wonder..."

"Pakai bandage, yek? (Angguk) Ade gestrik?"

"Ade.."

"Oh.. macam tu, saye tak boleh bagi pain killer (lupe nama ubat tu). Saye bg ubat sapu je. Tahan je lah ye? Sikit je kan?"

"Ntah." Rase nak ckp peha dah strain gile babas akibat unaccustomed exercise [faci punye pasal la ni :P], tp terdiam seribu language.

"Erm.. bape lama kene pakai bandage ni?" tanya aku sambil tgk doktor yg ensem membalut kaki. Eheee~

"Awak punye tak serius sangat. Dulu saye penah kene yg teruk, berbulan2 jugak la nak recover. Awak tak perlu pakai lama sangat. Dua minggu je-"

DUA MINGGU??

Terdiam. Baru plan lusa nk buang bandage. "Errm.. saye ade kelas silat tiap-tiap minggu-"

"Oohh.. ni sebab silat la ni?"

"Eh bukan-"

"Bis tu, nak MC?"

Ish doktor ni.. aku lepuk kang. Kasik la aku habis cakap dulu.

"Bukan. Tanak. Boleh ke saye pi silat?"

"Eh.. (ketawa sambil geleng) tak boleh, tak boleh! Awak kene rest at least 2 minggu."

Demm.


Dah masuk ari ketige kaki berbalut.. tp kat umah aku salu bukak. Rimas. Dan terase poyo. Ni semua gara2 terseliuh mase program Santai2 2005 anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi MMU CJ. Peha dah perit gile akibat riadah yg berlebihan dan mengejut.. bile turun bukit, jln pun dah tak stabil.. so, tergeliat la.. ape lg. Igtkan seliuh biase, so buat bodo jer.. siap daki bukit .. buat rempuh halangan mane yg mampu.. naik titi gantung.. dan flying fox. Tp balik tu, buku lali mcm dah bengkak dan keras. Pas kene lecture dgn beberape 'lecturer' tak bertauliah.. baru la pi klinik. Dan ni lah hasilnye..



Smalam pi tgk demo silat. (Sape nk gmbr, sile msg) Sronok tgk demo martial arts ni. Pastu pi makan.. azabnye turun naik tangge... sampai ade org offer nk dukung. :)) Takpe lah wei, kang ligamen ko lak putus dedua. Ekekek~



Okei la.. mula igt nk celoteh pasal program Santai Bantai tu.. tp malas laks. Apepun, overall program tu memang best. Cuma rugi ade xtvt yg tak dpt nak buat sbb kesuntukan mase. Alangkan bas pun datang lambat.. mane tak suntuk.

Bile ditanye, next year nak join lg ke tak.. errr... Wallahualam.

Monday, July 18, 2005

# Sudut Mari Merenung #



Daripada Anas RA, berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.


    1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

    2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

    3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

    4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

    5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

    6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan orang mempelajarinya.

    7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh iaitu anak yang selalu diajar ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.




Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga perkara iaitu sedekah yang berjalan terus, ilmu yang berguna dan diamalkan serta anak yang soleh yang mendoakan baik baginya."

Saturday, July 16, 2005

Harry Potter and the Half Blood Prince





Grab fast!





    Format:
    Hardcover

    Main Category:
    Teen Reader

    Sub-Category:
    FANTASY STORIES

    Price:
    RM 99.90





It is the middle of the summer, but there is an unseasonal mist pressing against the windowpanes. Harry Potter is waiting nervously in his bedroom at the Dursley' house in Privet Drive for a visit from Professor Dumbledore himself. One of the last times he saw the Headmaster was in a fierce one-to-one duel with Lord Voldemort, and Harry can't quite believe that Professor Dumbledore will actually appear at the Dursley's of all places. Why is the Professor coming to visit him now? What is it that cannot wait until Harry returns to Hogwarts in a few weeks' time? Harry's sixth year at Hogwarts has already got off to an unusual start, as the worlds of Muggle and magic start to intertwine ...


From the Publisher
Harry Potter and the Half-Blood Prince by J.K. Rowling, the sixth book in the bestselling series, has been scheduled for release on July 16, 2005 in the United States, Britain, Canada and Australia.

In the fifth and most recent book, Harry Potter and the Order of the Phoenix, the last chapter, titled "The Second War Begins," started:
'In a brief statement Friday night, Minister of Magic Cornelius Fudge confirmed that He-Who-Must-Not-Be-Named has returned to this country and is active once more.

"It is with great regret that I must confirm that the wizard styling himself Lord - well, you know who I mean - is alive among us again," said Fudge.'




p/s: Ahhh.. tak saba siot nak beli.



Credits : MPH and Chapters Indigo

Assalamualaikum...



Yeah~ Mase untuk membebel!

Aku tak merepek lagi untuk sem baru ni eh.. Sem kali ni best sket aa.. Subjek best2.. Aku amik koko this sem.. yaitu, Ghazal.. O yeah~ Mule igt takmo heboh2.. saje tanak dorang tgk aku time show ujung sem nanti. Hehe. Tp rasanye ramai dah tau secare tak sngaje bile nampak aku kt klas Ghazal. So dgn tak malunye aku menjemput, nanti dtg aa tgk aku yer. Tapi aku tak nyanyi la.. Kali ni bawak lagu org laki, Pak Ngah Balik. Tak tau aa sape nak nyanyi. This sem klas Ghazal agak kritikal la.. x ramai students. Maybe sbb sem satu, so ramai amik subjek berat. Ye aa.. koko kan pemes sem dua. Tp aku sngaje amik sem ni.. rugi blaja koko sem dua, kejap sgt.. baik blaja pepuas.. Hehe.

Pastu aku amik subjek Mandarin. Major aku wajib amik daa subjek bahase. Tp takpe la.. tak kisah pun. Ade byk choice.. Russian.. Mandarin.. Arabic.. Japanese.. ape tah lg.. Aku amik Mandarin sbb aku suke la blaja bahse ni. Aku pun tatau apsal. Dari skolah rendah gi aku da sebok2 nk blaja Mandarin. Tp pressure gak ni.. every 2 weeks ade kuiz tulis tulisan Cina tu.. kalu x study, kire mmg leh kene cirit birit ketike menduduki peperiksaan tersebut la. Td dah lepas kuiz 1. Aderh.. susah gak a...tak leh salah satu stroke pun. aku score 26/30 je.. konon berangan nak full marks. Haha.

Agak terkezut jugak la.. this year, budak Beta major aku tujuh orang je. Hapo nih.. Isk isk.. Kronik da ni..

Tadi training silat.. makin lama makin besh lak. Dah lama aku nak masuk silat.. sejak Alpha.. tp atas masalah tertentu, time nk jumpe guru die tu laa aku tak dpt pi.. frust sey. Klu tak, dah lama aku tamat. Ni dah Delta baru nk masuk. Takpe la.. janji masuk. Tapi tadi blaja buah baru.. keletak keletuk gak aa pinggang. Sblom ni salu gak aku buat stretching kat umah.. sambil2 tgk tv ke. Takde ar perit sgt. Tapi sbb dah lama tak buat stretching, kire keletuk gak aa bunyi pinggang aku td. Haha. Sedap tu. Sian partner aku, ntah bape kali terseliuh.

Minggu depan ade program Santai2 organized by Persatuan Silat Cekak Hanafi MMU CJ. Mule aku tak terpk pun nak pi.. tade geng aah. Kang aku memalu daun semalu kang.. tak besh lak. Tp bile dah asyik dipromotekan program tu.. sbb ramai taknak pi.. lelama aku rase nak pi jgak. So InsyaAllah, tade aral melintang, diizinkan Allah.. aku pi la.

Arh..lupe nak cite.. bulan lepas di awal sem, aku pi Genting dgn kekawan. Uish sonok sey.. dah la aku jenis suke naik mende2 gile tu. Paling best, of coz la Space Shot..atau dulu nama die Solero Shot kot. Ala.. yg naik tinggi ke langit pastu jatuh hempas ke bwh tu. Mase tgh queue tu, aku asyik ckp kt Sha, "Sha, am I doing the right thing?" Time tu Genting sejuk sbb baru pas ujan.. Kire mmg bile org yg naik tu ade kat tmpt paling atas..mmg tak nmpk diorang aa sbb kabus tebal. Tp tangan aku lagik sejuk dr besi tempat queue tu. Huh.. Mase kene hempas tu, mmg rase nak terkeluar nyawa. Huhu.. tp best. Then naik Corkscrew, pastu naik balik mende tu. Hahahahah~ Damn exciting.

Satu lagi yg besh, Flying Coaster. Kene bayar aa RM10. Ala2 Superman laa naik mende tu. Macam rollercoaster tp kene baring.. Weeee~ Best tp memule cuak. Takleh amik gambar sbb dah ade servis gmbr kt situ. Sempat tunjuk peace, pastu jerit ahh~!


Kat sini aku tunjuk sket gmbr.. sket dah lah.. Gambar huduh2 belaka.

[photos removed]

[photo removed]



Ok la.. sampai sini jer. Gusi bengkak la.. eksiden ketike memberus gigi gara2 kelam kabut nak study utk kuiz. Hamik ko. Bye. Assalamualaikum.

Sunday, July 10, 2005

If God was a Woman...



1. Farts would smell of roses.

2. Babies would come from vending machines.

3. There would be no cellulite.

4. All food would be fat free.

5. Foreplay would last more than two minutes.

6. Sex would smell of chocolate.

7. There would be no queueing for the toilet.

8. All clothes would be made of non-iron fabric.

9. Everyone would receive equal pay.

10. Parking spaces would be bigger!



HAHAHAHAHA~!

Tuesday, July 05, 2005

Konsert AF3 ke-5


Aku berkesempatan pegi ke konsert AF3 yg berlangsung kt Putrajaya Sabtu lepas. Aku pegi agak awal.. so aku takde masalah nak carik parking dan carik tempat duduk yg bes. Lagi pun, kemudahan semua cukup.. tempat letak kete, polis trefik, toilet dan tempat sembahyang. Aku pegi berdua je dgn Icun.. dan aku rase tak rugi laa aku pegi.. memang puas hati.. nak2 bile dapat tgk secara live. Cuma frust takde kamera. Pulak tu, due pelajar tersingkir kali ni..heheh.. Byk aa adegan2 yg korang tak dapat tengok kat tv.. Ok la.. aku summarize kan je laa ape2 yg aku ingat spanjang konsert tu. Malas nak perah otak tulis ayat proper sgt la. Hehe..


  • Keadaan malam tuu sangat selesa.. tak berhimpit.. windy, dan takde nyamuk!

  • Cikgu AF3 pertama yg muncul, Linda Jasmine. Yes, she is beautiful. Dan sgt friendly..terus lari kat peminat yg berebut nak salam.

  • Setengah jam sebelum konsert, Aznil dah muncul untuk entertain audience. Sempat tanya sesapa ade cekodok pisang atau burger, sebab dia tengah lapar.

  • Sebelum hari gelap, kitorang diminta angkat banner dan sorak ramai2 sbb photographers dr macam2 majalah nak amik gambar.

  • Surprisingly, hanya ada banner dan sepanduk Mawi!!

  • Ade gerai2 makanan dan minuman yg dibukak melabel makanan diorang dgn macam2 nama AF.. satu je yg aku igt, "Aiskrim Goreng 'World'"

  • Ramai beli tag 'We Support Mawi' tak kire laki pompuan, tua dan muda. Lawaknye.

  • Sebelum konsert, krew Astro buat pengumuman ade budak kecik ilang. Pastu, bila mak budak tu turned up, semua orang sorak dan tepuk tangan. Dah macam Jejak Kasih pulak.

  • Johnny, cameraman kesayangan Farah AF2 pun dpt perhatian peminat.

  • Sebelum mula konsert, cameraman gatai duk fokus kat pompuan2 yg lalu lalang kat situ. Kitorang dpt tgk kat skrin besar. Kelakar la.

  • Marsha sangat2 cantik! Tp dia nampak tak selesa dgn baju die yg seksi tu. Gitu jugak Amy tapi dia nampak chubby sket.

  • Idayu tak lah se'chubby' dalam TV.. dia biase je!

  • Ketiga2 pelajar yg tersingkir [Elliza, Idayu n Fuad] memang friendly.. tapi Fuad tak byk interact, byk senyum je. Tapi dia nampak lebih kiut kat luar dr dlm tv.

  • Time iklan, semua pelajar2 AF masuk belakang stage.

  • Mulanya kerusi Mawi ade problem.. cam patah dan jadik pendek dr kerusi2 yg lain.

  • Aku rasa aku sorang je kot sorak untuk Amylea. Dia tu bagus ape? Hisk!

  • Performance yg aku paling suka, Ekin, Amylea, Kefli, Mawi dan Marsha.

  • Ekin nampak sangat konfiden malam tu. Tp dia lost habis masa lagu Menuju Puncak. Asyik blur dan tersalah step.

  • Masa lagu Menuju Puncak jugak, kamera kat TV tak tunjuk adegan Reza menari bes gile. He's a really good dancer. Amylea was good too.

  • Kat TV tak tunjuk part Wahid Satay menyanyi sikit, dan Aznil melawak dgn audience.

  • Time Reza diumumkan tersingkir, ramai menjerit bukan sebab tak suke.. tapi terkejut kot sbb Reza perform bagus. Org sekeliling aku ramai yg jerit, "Haaa??!" termasuk aku. Haha.

  • Bila tgk live ni, tak terase sedey aa time pelajar kena singkir tu.



Wokey la... itu je yg aku leh ingat.. Sekian, makaseyyy!