Tuesday, October 11, 2005

Ahh busannye!



Baru hari ketiga aku di rumah.. terase sel-sel kebosanan menjalar di segenap urat saraf badanku. Betul-betul mati akal, tak tau apa yang nak dibuat. Dulu, bile balik, terase busan, ke dapur lah aku. Main masak ape yang ade. Tapi ini bulan puasa. Dulu, ngadap channel @15 hari-hari tengok ulang siaran diari dan konsert AF pun takpe. Bukan sebab minat, tapi ade lah jugak yang boleh dijadikan santapan mata. Tapi ini bukan musim AF. Sekarang musim program masak-memasak.. untuk hidangan berbuka.. untuk kuih raya.. Nak kate terliur, ade lah sikit-sikit. Tapi lebihnya, tak berminat pun nak cuba masakan tu semua.

Terasa tahun ni nak buat kuih raya banyak sikit. Kuih raya paling senang nak buat, cornflakes bermadu.. rasanye kena buat. Anak-anak buah bile datang beraya, kuih itu yang dicarinya. Last year tak buat pun, kesian tengok muke sorang-sorang kehampaan. Tapi bila nak buat, kene tunggu hujung2 bulan puasa. Takut nanti hari pertama raye, tinggal balang aje. Tapi yang menjadi personal favourite ku adalah kuih kurma gulung. Tak pasti nama yang sebetulnya. Basically kuih tu menggunakan tepung dan cornflakes, diuli dan dibentuk bujur. Dalamnya diletak hirisan kurma. Sedap. Alangkan orang yang tidak gemarkan kurma seperti aku (rugi betul!) pun boleh makan kuih ni tanpa berhenti. Hmm.. nanti kena call Mak Yang tanyekan resipi. Lupa.

Baru berapa hari Ramadhan, dah macam-macam tragedi dalam surat khabar. Yang paling letih nak dengar, kes cedera akibat mercun. Paling kesian, yang jadi mangsa bukan yang main mercun. Berapa kali nak kena tegur budak-budak zaman sekarang ni. Degilnya melampau-lampau. Bila dah terkena, nak kesian pun dah tak terasa. Takkan nak cakap, padan muka? Atau dalam loghat utara, "baru padan dengan muka hang." Iyelah, pikir pikir balik, nama pun budak-budak. Fikiran cetek. Tau nak enjoy. Tapi letihlah kalau parents nak kena pantau 24/7. Nak salahkan pengedar-pengedar mercun? Macam CD cetak rompak jugak, takkan diorang berani ambik risiko kalau takde orang yang membeli.. kalau takde keuntungan. Habis tu mane silapnye? Pencipta mercun2? Haha.

Siang tadi, ada orang ketuk pintu rumah aku macam nak pecah. Mula tak dengar. Yelah, bilik aku agak jauh dari pintu depan. Aku ingatkan siapa lah..sambil menjerit jawab salam dia, aku berlari ke pintu dan terus bukak. Terkejut makcik tu sampai mengurut dada. Ohoo.. ketuk pintu bagai nak pecah takpa pulak dia. Lepas ambil nafas dua tiga kali, makcik tu memulakan intro yang aku rasa dia dah hapal sejak azali lagi. "Ni anak duk umah ni berapa orang? (aik, macam banci pulak) Ni makcik ni.. orang susah, nak.. anak makcik sebelas orang.. bla bla.. makcik takde duit nak belikan diorang makan.. (siap mention berangan nak masak ape) bla bla..ni bulan puasa ni kan.. bla bla.. tolong lah makcik ye nak.."

Aku pun memulekan tazkirah pendek. "Makcik, saye tengok makcik ni sihat lagi. Berdiri pun tegak lagi ni. Malaysia ni dah maju, makcik. Banyak kerja boley kite carik. Makcik tak boleh terus minta sedekah camni tanpa berusaha mendapatkan kerja yg halal. Lgpun, salah ni di sisi undang-undang. Makcik boleh disabitkan kesalahan mengikut seksyen berapa tah, saya pun tak ingat." Tapi tuu semua aku simpan dalam hati jer. Yang keluar dari mulut hanyalah, "Errr... jap ye."

Lepas hulurkan sikit, dia duk tanya itu ini. Adey, macam reporter. Aku pun buat ala-ala nak tutup pintu, last-last dia minta diri. Dalam hati aku berharap makcik tu takkan datang lagi. Kalau die wrong timing, dapat dengan bapak aku.. habislah kena hujah-hujah lagak seorang pendakwaraya. Aku tak pasti makcik tu bercakap benar atau tidak. Mungkin anak dia tak sampai pun sebelas orang. Atau mungkin die takde anak pun. Hakikatnye, aku hulurkan bantuan sebab aku tanak dihantui rasa bersalah kalau tak bagi. Dan keduanya, kalau betul pun die menipu, itu urusan die dengan Allah. Dan urusan die dengan aku, dah setel. Mane tau, betul-betul die perlukan bantuan, dan aku berkeras tanak bagi.. tetau makcik tu pengsan tengah jalan.. ok dah, melalut ni. Apapun, segalanya aku buat kerana Allah.

Sekarang sudah pukul 5.15 petang. Tadi ibu suruh pikir ayam nak masak ape. Semalam ibu masak ketam masak lemak cili api. Duh.. lazat sekali. Eventhough aku tak boleh makan ketam sangat, nanti bibir bengkak macam pelampung. Aiyark.. tibe-tibe kepingin ayam golek.. Wah, nak keropok lekor la.. (nafsu, nafsu..)

No comments: