Sunday, October 08, 2006

Permisi


mood = hepi sangat... yeay nak balik kampong!!
music = balik kampung - sudirman.


[photo removed]



Semalam kami geng silat cekak Hanafi MMU berkesempatan berbuka di rumah persatuan bersama GU tercinta. Suasana dah macam nak beraya pun ada. Balik tu, terus gi Kampung Baru beli mercun dan bunga api dan main dekat bukit dekat-dekat Lim Kok Wing. Dah macam kanak-kanak riang pun ade. Aku ni duk jauh-jauh sket sebab ada pengalaman tak best masa kecik dulu di mane mercun gasing penah masuk dalam kain aku sampai berlubang kain. Dan jugak memori main bunga api dan meletop kat tangan. Siot jer. Pastu si Ed Nasri ni dengan bagusnya gi baling mercun kat aku. Macam orang gile laaa aku lari semalam. Ampes ko!

[photo removed]



Ari ni aku akan berangkat pulang ke Terengganu. Selama aku di sana, kemungkinan besar aku tak online kecuali bila dah balik Ipoh. So di sini aku nak buat ucapan raye sket. Malas nak buat panjang-panjang sebab puasa pun baru dua minggu. Ahaks. Simple-simple je la sebab rushing ni.. hihi.

Kepada sahabat tersayang, Syakiera.. jaga diri bebaik. Rumah aku kat Terengganu ko dah datang, bila mau datang Ipoh pulak? Anyway, selamat berpuasa. Raya kali ni mungkin berbeza bagi kau kan? Ahakss.. I'm so happy for you. Jangan lupa kat aku tau!

To my dearest Sha dan Fieza, selama dua minggu puasa, aku sempat berbuka dengan korang sekali je.. ampes tul aku ni. Sori lah sesangat. Memang sronok buka dengan korang dan housmet2 korang yang tak kurang sengal tu. Shaaa, datang aaa umah aku kalau balik Taiping tu! Fieza, raye kali ni kitorang betul-betul nak datang umah ko. Jangan lupa masak sedap-sedap!

To Icun.. hehehehe.. tak sabar mau tengok Icun beruniform silat. InsyaAllah next sem lah kan? Jumpa di wajadiri tahun depan! Hehe. Jaga diri ok. Selamat berpuasa. Muah!

Last but not least, geng silat PSSCUHMMUCJ, yeahhhhhhhhh aku nak balik dahhh!! HAHAHAHA!! Jangan jeles. Selamat study, ok? Mohon maaf laa kalau aku penah buat silap kat korang.. dan jugak sori bebanyak di atas kesengalan aku yang kadangkala gagal dibendung tu. To my roommates, kak G dan Kakya, mintak izin pulang ya~! Kak G, tolong tengok-tengokkan Kakya tu study. Ehhh jangan tengok jer.. kacau je apa-apa yang patut. Kita tukar shift lah jadi prankster. Minggu lepas, Ayu je kan psycho dia.. siap menari sambil nyanyi lagu raya depan Kakya masa dia tengah study. Hahaha. So kak G, pandai-pandai lah ek. Goyang inul ke.. bakar mercun ke.. k? HAHA. Hehee.. jangan marah Kakya. Good luck! 3 paper je lagi kan?? Je??? HAHAHAHA.

Kepada Shidi, ahahaha.. sori lah aku tak berjaya bangun sahur lah malam tadi. Masa kak G kejut pun, aku tak sedar sangat dia cakap ape. Jangan marah ek?? :D Raya datang umah tau! Nanti leh main badminton dengan mak aku.. ahaks.. Aku tolong kutip shuttle je la. Hihihi. Sorry tau! Jaga diri bebaik. Sorry for everything...aku dah banyak buat ko kecik hati.. I know! So sorry..

Bern, PGup, Zura, Farah, Shamam, Memel, kak Lin, kak Sab, Faiz dan jugak yang lelain.. selamat hari raye, maaf zahir batin. Kepada yang belum habis paper, good luck. Selamat study. Sapa yang duk Perak tu, tak reti-reti nak singgah teratak buruk aku tu? Yang lain pun dialu-alukan sangat, rumah kecil aku tu sentiasa terbuka untuk korang. Hah Faiz, raye ni aku nak datang umah ko. Aku nak nasik impit dengan laksa, ok! Hehe.

Tak lupa kepada semua yang kenal aku.. especially MMU students, selamat hari raya. Jemput datang rumah.

Akhir kata, aku mohon maaf banyak-banyak atas segala salah silap aku sepanjang aku kenal korang.. mohon maaf juga kalau ada yang kurang senang dengan mana-mana penulisan blog aku.. mintak maap kalau jokes dan kesengalan aku selama ni mencabar kesabaran korang. Hihih.


SELAMAT HARI RAYE, MAAP ZAHER DAN BATEN.

Friday, October 06, 2006

Memoir of CCTD. Ahaks!


mood = gumbira. lega.
music = cinta - amy mastura.



Tamat sudah internship aku. Hepi jugak.. takyah bangun pagi hari-hari. Tapi sikit sebak sebab rasa sedih sikit nak tinggalkan CCTD. Diorang sangat baik.. tu yang rase sedey sket tu. Pastu, asalnye ofis takde orang..tinggal aku dgn kak Niza je. Agak menghampakan jugak la sebab aku igt tak sempat nak ucap tima kasey pe sume. Tiba-tiba di saat aku mengemas barang nak balik tu, diorang sume datang ofis.. ada yang dari meeting la.. Melaka la.. huhu.. tu yang timbul sikit sebak tu. So layan je la gambar-gambar ni. Hehehe.

[photo removed]

Ada gaya DJ tak.. ahahah! Ni la keje aku, tengok TV kat ofis.



[photo removed]
Ni admin officer, kak Niza. Sangat baik!



[photo removed]
Me with my supervisor (pink), Ms. Nabilla dan jugak Kak Huda.



[photo removed]

Ni ex-supervisor aku, Mr. Simon yg paling byk aa bantu aku.. dan jugak, eh eh Kak Huda lagi. :P




[photo removed]

Love diz.



Haaa k lah.. tu jer.. Sekian dulu.. Kroh kroh...zZzzzZz..

The Fives



yooo... kena tag lagi oleh Chii. Aku selaku sudah tamat internship ini dah tidak punya apa-apa untuk ditumpukan.. maka, here it goes!


5 things I would do if I were a millionaire:
1. Mau pegi haji setiap tahun dengan satu lori family.. muahahah! eyhh.. naik flight sendiri aaa.
2. Beli satu umah kat NY, Venice, Dublin, dan Madeira. Tiap-tiap tahun vacation kat sana. HEHEH!
3. Ade company sendiri yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Wakaka.
4. Buat seberapa banyak amal kebajikan la. :P
5. Investment.. investment...


5 bad habits:
1. Main game time study week. Taktau aah nape, mesti datang penyakit ni.
2. Tak reti naik bas.
3. Tak suka bangun pagi.
4. Tak pernah ikut pantang larang yg diberi doktor.
5. Suka gelak kekuat.


5 things I hate doing:
1. Basuh baju pakai tangan
2. Driving long journey.
3. Menunggu orang yang entah apesal lembab tanpa sebab.
4. Buat assignment yang berkaitan dengan economics, finance, maths and accounting. Haha. Dan amek exammm!
5. Mintak duit kat abah. Dem.. rase macam nak terjun lombong je.


5 things I will never do:
InsyaAllahhh...
1. Smoking
2. Amek dadah
3. Minum arak
4. Bunuh orang.. wooo!
5. Forget my parents.


5 things I regret doing:
Eventhough it's not good regretting on sumthing.. but.... can't help, I'm just a human. Hehe.
1. Sangat lagha masa Gamma dulu.
2. SPM!!!
3. Apa-apa yang telah mengecilkan hati ibu dan abah.
4. Banyak lagi.. tapi tah... dah lupe..


5 favourite toys or things:
1. Used to be my PC.. tp PC ni pun dah nyawa-nyawa ikan..
2. My online diary.
3. My ring.. tapi dah hilang... :(
4. My teddy.
5. My car.


5 people I choose to do this:
Tag Farah sorang dah la..



Thursday, October 05, 2006

Jeberu.. Rebeju.. Bejeru..



mood = ceria seperti biasa.
music = nafas cahaya - misha omar.


Jerebu kat Putrajaya dah makin teruk. Cyberjaya turut kena tempias. Haih..

Teringat balik bulan Ogos tahun lepas bila MMU diumumkan darurat selama beberapa hari akibat haze yang melampau. Disebabkan aku ada asma, memang azab jugak lah masa tu. Masa tu aku duduk kat apartment Cyberia. So boleh nampak lah keadaan sekeliling yang sebetulnya tak nampak apa-apa pun.

Aku harap jerebu kali ni takde lah sampai tahap darurat. Sebab..... aku nak balik!! Uwaaa!! Nanti flight kensel... tak mahuuu!! Kalau delay takpe lagi.. huk huk..

Anywayy.. masuk hari ni dah 12 hari kita berpuasa. Dan 12 hari jugaklah aku menjalani ibadah puasa dengan keadaan serba tak sehat. But it's okay. Aku bersyukur jugak akhirnya aku dah berjaya menyukai kurma. Haha. Ramadhan yang lepas-lepas mesti kena paksa diri untuk makan kurma.. tak tau lah kenapa aku tak berapa gemarkan kurma sebelum ni.

Bila time puasa mesti ada menu yang menjadi favourite masing-masing. Aku sangat suka bubur lambuk tapi aku agak memilih lah kalau beli kat bazar, sebab bubur lambuk ni macam-macam gaya orang masak. Ikut selera, ikut negeri. Pastu bubur lambuk kat bazar tak raselah santannye... macam bubur biasa je. Ada yang taruk kacang.. huhuh.. tak bes..

Kalau kuih, aku sangat suka sum sum. Rasanye ramai tak tau kuih ni.. so far aku hanya jumpa kat kampung aku, Ipoh.. Kat KL pun ade tapi susah aa nak cari. Aku pun tatau camne nak describe kuih ni sebab aku tak sure buat daripada apa..rasanye tepung beras. Orang makan kuih ni dengan gula melaka. Ah well, found it in a blog. You can see it here. But the pic looks funny. Salunye sum sum dibentuk dalam acuan. Wahh siap ade resipi. Baguss!! Errhh.. I love it!!

Aisey.. tak sesuainye cakap pasal makanan sesiang ni..

Anyway, sape-sape rajin nak survey bazaar ramadhan area KL leh lah gi blog ni. Sure meleleh punye lah. Hahaha.


Wednesday, October 04, 2006

Tagged



Telah di'tagged' oleh miss chii. Heheh.. bes jugak buat survey raye ni... tapi soklan die sikit sangat aaa.. :P Takpe, nanti gwe cari lagi survey raye kalu rajin la.. hihi.


1) 1 Ramadhan 1427 Hijrah anda berbuka puasa dengan siapa dan dimana?

Berbuka di bilek hostel bersama roommates kesayanganku, kak G dan Kakya.




2) Apa persiapan anda menjelang hari raya?

huiii mustilah tukar segala perabot dan langsir. Hahaha. Takde pape pun.. macam biasa.. gantung kad raye, masak menu raye, buat biskut raye sket, beli baju raye, mintak duit raye...




3) Sepanjang sebulan berpuasa, agak2 kemana lokasi berbuka yang akan menjadi pilihan anda?

herm.. mane-mane pun tak kisah... tapi lebih selesa dalam rumah atau bilek hostel je.




4) Pendapat anda,berbuka puasa di Hotel?

aku tak suke sgt protokol kat hotel ni.. tp buke puasa kat hotel memang bes lah sebab buffet kan.. makan pun tak ingat dunia, semua nak rase. dan rase lagi bes bila berbuka dengan family.




5) Adakah anda suke menghantar kad raya (by pos) kepada rakan2, sahabat handai dan kekawan anda?

suka tapi malas nak pos. slalu suh abah je poskan.. mwahahaha.




6) Oleh itu kirimkan lah Kad raya anda kepada gwe di alamat berikut :-

halamak.. tak hapal aaa.. jap...

Ayu Fieda,
Lot 1690, Jalan Dato' Sagor,
Kg Seberang Sg Tapah,
30020 Ipoh, Perak.

p/s: sila jemput datang beraya skali ;)




7) Orang - orang yang namanya ada dibawah kena jawap entry nie. + with alamat ye..

huhuh.. ini survey agak felik lah.. Nway, here it goes.


Mereka yg bertuah ialah :- sha, fieza, temi, farah izzah, juju... dan sesape jer la yang rase nak buat (do let me know).

Beban atau bebal?



mood = undefined. tonsil masih aktif menyerang.
music = malin kundang.



Yeahhh... Tinggal dua hari je lagi akan tamatlah internship aku. Heheh.. Memang tak sabar dah ni.. Pegi ofis pun dah makin lambat dah.. kalau ikut hati jahat aku ni, maunye aku datang ofis bila dah tengahari. Haha. Tapi mungkin kerana syaiton telah diikat, maka hati ni ada sedikit baiklah.

Sebenarnya hati aku ni sedikit terasa bila ada sorang kawan aku ni yang datang kat aku hanya bila dia kesepian takde kawan. Mula aku tak kesah sangat.. yelah, kenal dah lama.. nak ambik hati pun rasa macam budak-budak je. Tapi lama-lama rasa lemau juga bila kita ni dah macam pit stop je untuk dia. Bila orang tu ada, memang hilanglah dia tanpa berita. Bertanya khabar pun jangan haraplah.. Bila dah tinggal sesorang, hahh bukan main lagi baik dan mesra..

Seriyes aaa mula aku tak kesah.. but lama-lama aku fed-up jugak. Aku ni pun manusia macam dia, bukannya malaikat, bak kata kawan aku sorang lagi. Kalau definisi kawan tu bagi kau hanya bila kau rasa sangap jer... baik ko kawan dengan tiang letrik. At least ko datang kat dia.. atau kau blah camtu jer.. dia masih setia terpacak lagi kat situ.

Ni lagi sorang manusia yang aku kenal.. ye aku tau sekarang ni kehidupan dia dah berubah, dan makin bahagia lah gamaknye ye. Sekalipun cara dia mencari kebahagiaan tu kurang beretika dan langsung tidak menghormati hati dan perasaan pihak lain, aku takdelah berdendam atau benci dekat dia.. sebab aku pun takde kaitan pape dengan apa yang berlaku. Cuma rata-rata yang mengenali pihak yang menjadi mangsa ni, sedikit sebanyak terkena jugak tempiasnye. Aku memang tak benci dia.. cuma aku tak suka langsung sikap dia yang berterus-terusan luhur (kononnye) dan langsung takde sekelumit pun rasa hormat pada orang lain. Terang-terang dia berbuat silap tapi masih jugak nak menyakitkan hati orang. Kenapa?

Janganlah jadi baik sangat kalau sampaikan perbuatan menyusahkan orang lain pun kau rase masih dalam kategori baik lagi.


Monday, October 02, 2006

La la la~



mood = good.
music = anugerah aidilfitri - siti nurhaliza.


Alhamdulillah.. pening kepala dah takde. Doktor cakap kepeningan aku ada kaitan dengan demam dan mata. Ahh... aku demam rupanya.. Macamane lah boleh tak prasan. Balik dari klinik, demam makin kuat.. tapi gagah je la sampai berbuka. Pening tu jangan cerita la. Plan nak berbuka ramai-ramai kat foodcourt terus kensel. Dan mata ni pulak, mungkin kerana rabun silau menyebabkan aku senang pening. Yelah ade spek, tapi tak suka pakai.

Demam aku pulak untuk ke sekian kalinya berpunca daripada tonsel. Al maklum je lah bila time puasa ni, kurang minum air.. tonsel pun datanglah. Apo nak buek..

Minggu ni akan habislah internship aku. Hoyeah!

Presentation dah buat. Report dah siap. Log book dah setel, which I got full mark from my supervisor. Supervisor evaluation form pun dah..which I got 19.5/20.. I was not supposed to know this.. hihihi.. la la la~ Presentation lak aku buat cincai jer... ngantok gile tunggu turn. Malam sblom present tu baru nak finalize slides, tu pun aku main buat je.. then terus fikir-fikir nak cakap ape.. then tidur. Sok paginye aku present zup zass.. done. Aku biasanye takde prasaan bile buat presentation sebab dah selaluuu sangat.. tiap semester mesti setiap subjek kena present. Tak meriangkan langsung.

Sedar tak sedar kita dah lapan hari puasa.. Huhu.. rasa macam sekejap je! Lagi seminggu je aku sambut puasa kat MMU. 8hb aku akan pulang ke desa tercinta. Tiket pun dah beli online.

Oh oh ohhh balik kamponggg~!!

Bolehlah aku menghabiskan duit membuat segala macam kuih raya yang niatnya lebih kepada nak main-main je. Hahaha.

"kuih dan muih beraneka macam.. Jangan lah jangan hanya dipandang~"


p/s: To all MMU students, good luck for your finals.