Wednesday, October 04, 2006

Beban atau bebal?



mood = undefined. tonsil masih aktif menyerang.
music = malin kundang.



Yeahhh... Tinggal dua hari je lagi akan tamatlah internship aku. Heheh.. Memang tak sabar dah ni.. Pegi ofis pun dah makin lambat dah.. kalau ikut hati jahat aku ni, maunye aku datang ofis bila dah tengahari. Haha. Tapi mungkin kerana syaiton telah diikat, maka hati ni ada sedikit baiklah.

Sebenarnya hati aku ni sedikit terasa bila ada sorang kawan aku ni yang datang kat aku hanya bila dia kesepian takde kawan. Mula aku tak kesah sangat.. yelah, kenal dah lama.. nak ambik hati pun rasa macam budak-budak je. Tapi lama-lama rasa lemau juga bila kita ni dah macam pit stop je untuk dia. Bila orang tu ada, memang hilanglah dia tanpa berita. Bertanya khabar pun jangan haraplah.. Bila dah tinggal sesorang, hahh bukan main lagi baik dan mesra..

Seriyes aaa mula aku tak kesah.. but lama-lama aku fed-up jugak. Aku ni pun manusia macam dia, bukannya malaikat, bak kata kawan aku sorang lagi. Kalau definisi kawan tu bagi kau hanya bila kau rasa sangap jer... baik ko kawan dengan tiang letrik. At least ko datang kat dia.. atau kau blah camtu jer.. dia masih setia terpacak lagi kat situ.

Ni lagi sorang manusia yang aku kenal.. ye aku tau sekarang ni kehidupan dia dah berubah, dan makin bahagia lah gamaknye ye. Sekalipun cara dia mencari kebahagiaan tu kurang beretika dan langsung tidak menghormati hati dan perasaan pihak lain, aku takdelah berdendam atau benci dekat dia.. sebab aku pun takde kaitan pape dengan apa yang berlaku. Cuma rata-rata yang mengenali pihak yang menjadi mangsa ni, sedikit sebanyak terkena jugak tempiasnye. Aku memang tak benci dia.. cuma aku tak suka langsung sikap dia yang berterus-terusan luhur (kononnye) dan langsung takde sekelumit pun rasa hormat pada orang lain. Terang-terang dia berbuat silap tapi masih jugak nak menyakitkan hati orang. Kenapa?

Janganlah jadi baik sangat kalau sampaikan perbuatan menyusahkan orang lain pun kau rase masih dalam kategori baik lagi.


No comments: