Monday, October 02, 2006

La la la~



mood = good.
music = anugerah aidilfitri - siti nurhaliza.


Alhamdulillah.. pening kepala dah takde. Doktor cakap kepeningan aku ada kaitan dengan demam dan mata. Ahh... aku demam rupanya.. Macamane lah boleh tak prasan. Balik dari klinik, demam makin kuat.. tapi gagah je la sampai berbuka. Pening tu jangan cerita la. Plan nak berbuka ramai-ramai kat foodcourt terus kensel. Dan mata ni pulak, mungkin kerana rabun silau menyebabkan aku senang pening. Yelah ade spek, tapi tak suka pakai.

Demam aku pulak untuk ke sekian kalinya berpunca daripada tonsel. Al maklum je lah bila time puasa ni, kurang minum air.. tonsel pun datanglah. Apo nak buek..

Minggu ni akan habislah internship aku. Hoyeah!

Presentation dah buat. Report dah siap. Log book dah setel, which I got full mark from my supervisor. Supervisor evaluation form pun dah..which I got 19.5/20.. I was not supposed to know this.. hihihi.. la la la~ Presentation lak aku buat cincai jer... ngantok gile tunggu turn. Malam sblom present tu baru nak finalize slides, tu pun aku main buat je.. then terus fikir-fikir nak cakap ape.. then tidur. Sok paginye aku present zup zass.. done. Aku biasanye takde prasaan bile buat presentation sebab dah selaluuu sangat.. tiap semester mesti setiap subjek kena present. Tak meriangkan langsung.

Sedar tak sedar kita dah lapan hari puasa.. Huhu.. rasa macam sekejap je! Lagi seminggu je aku sambut puasa kat MMU. 8hb aku akan pulang ke desa tercinta. Tiket pun dah beli online.

Oh oh ohhh balik kamponggg~!!

Bolehlah aku menghabiskan duit membuat segala macam kuih raya yang niatnya lebih kepada nak main-main je. Hahaha.

"kuih dan muih beraneka macam.. Jangan lah jangan hanya dipandang~"


p/s: To all MMU students, good luck for your finals.

No comments: