Friday, January 26, 2007

Cuti


Cuti trimester dah nak habis.. dapatlah spend dua minggu kat rumah.. Sangap jugak, tak tau nak buat ape. Hari-hari bangun lambat. Ahaha.. what's the diff, kat MMU pun bangun lambat jugak bila takde klas.

Nak online pun tunggu tengah malam. Susah tul pakai dial-up ni. Lembab gile. Kalau ajak lawan jogging dengan aku yang super duper berat ni pun aku leh gerenti kemenangan di dalam genggaman ku lahh.. hahaha.

Pastu kat TV pun banyak cite tak best. Bola pun takde sangat. Layan je la American Idol. Saje tengok kebodohan Americans yang asyik mendabik dada je.. padahal bertimbun je spesis diorang yang bodow tahap dewa.

Nasib baik ada Juara Lagu.. kira boleh layan jugak lah. Aku paling suka performance dari Adibah Nor, M.Nasir + Mawi, dan Hazami. Adibah Nor tu memang takyah cakap la kan.. nama pun juara. Memang besss. Paling terhibur bila tengok performance dari M.Nasir dengan Mawi.. Aku tak minat si M.Nasir ni, tapi diorang sporting habislah dengan gaya poyo dan wig yang terang-terangan nampak begitu palsu tu. Mawi pun kelakar gile walaupun aksinye agak over the top tapi bagi aku itulah namanye sporting plus main blasah je. I like that kind of attitude. Hazami aku salute sebab choir dia superb lah.. very creative.

Result last sem dah kuar.. alhamdulillah, semua ok. I'm so happy I got A for my fyp. Din expect for that coz there were several things I purposely left out in the proposal.. ahaha.. malas nak buat.

Balik cuti terus mintak parents beli durian. Hehehe.. ni semua membe2 punye pasal lah. Hari tu nak makan, takde rezeki pulak.

Tadi makan steamboat. I finally figured out why I was such a dummy when using chopsticks. It took me yearsss to learn how to use those sticks.. and yes, I'm 23 this year and still an idiot. I just realized it's bcoz I'm left-handed. Alahaiii bijaknye aku ni.. duk pulun guna chopsticks tangan kanan.. patutlah tak pandai-pandai.

Sejak duduk rumah tetap ni memang bes (ye la before this asyik pindah randah je).. dapat lak kawasan kampung.. sronot la jugak.. tapi spoil satu je, banyaknyeeeee nyamukk!!

Hermmm...blogger dah masuk version baru. Ada la few diferrences tapi aku rasa macam kurang organized je. Slek satu je blogger ni, takde ruang utk letak entry title for old bloggers like me. Hanya bloggers baru je ade. Tak fair! Ade jugak terfikir nak tukar address.. tapi sayang pulak dengan 'fieda84' ni. Actually ni la ID aku yang first untuk memane akaun masa mula-mula mengenali dunia internet, tahun 99.

Anyway, happy belated birthday to Bern and Shidee. Semoga tahun ni korang makin ceria dan rezeki bertambah murah! ;) Sori tak dapat nak buat special entry. Line leceh camni, susah aa.. hehe.

Okay lah.. sekian dulu. Daa.

Friday, January 12, 2007

23rd





Happy Birthday to my dear friend of mine, Faizal @ PGup.

Sian dia, busy sampai tak tido di hari lahirnye.. dah setel semua nanti, tido la engkau pepuas ye! Jangan tak bangun dah.. hehe.
Semoga ceria selalu di usia baru ni.. umur kita dah tak sama..so kena panggil abang ke ni? AHAHA.

Tuesday, January 09, 2007

New Year


Happy New Year!

LOL. I know it's kinda late, but hey it's still January right? :P

New year's resolutions? Azam-azam tadakk. Actually setiap hari pun kita berazam kan? Antara sedar dengan tidak je. :P

Tapi apa yang lebih buat aku excited adalah, blog aku kini dah masuk tahun yang keempat. Tak sangka jugak boleh bertahan selama ni.. Sebenarnya aku buat blog ni dulu sekadar suka-suka since I love to play with HTML codes.. eventho technically you still can have a blog if you don't know anything about HTML. Yelah, nak buat website sendiri banyak sangat effort dan masa nak pakai. Bila baca balik entries yang lepas-lepas especially awal-awal dulu, rasa kelakar gile.. sebab merepek tak tentu hala. HAHA.

Nway, I dunno how long I'm gonna keep blogging. Maybe as long as there are things called Internet and computers. Well, that's gonna take forever.

Cuti dah start, tapi aku still di MMU. Start semalam sampai Isnin depan, aku ade short course on Web Design and Development, where I'll be learning PHP, MySQL, Flash.. etc etc.. Sounds interesting to me. In fact, aku dalam lab la ni. Tengah break. Actually course ni budak2 major aku yang request suruh buat sebab nak buat FYP kena pakai benda-benda alah ni sume.. ikutkan aku cuma berminat nak belajar PHP dan MySQL sebab yang lain aku dah belajar. Semalam dengan hari ni, klas start dengan Dreamweaver. Aisey.. aku rasa semua budak MMU dah penah belajar benda ni..

Aku bukan pay attention sangat. Today I came late to the lab.. so dapat lah PC yang paling belakang sekali kan.. I prefer to sit at the back, but damn I can't read a thing. My specks are almost useless. Pantang betul aku bila lecturer pakai marker kaler merah ni..

Okaylah.. aku pun tak tau nak merapu ape dah. That's it for now. Daa.

Thursday, January 04, 2007

Celebrity Look-Alikes


Di kala tengah sibuk study, dah naik sebu ngadap notes.. aku pun mengusha blog membe aku ni, Aru dan rase tertarik nak try face recognition yang dia duk cite dalam entry dia. Hehehe.. thanks Aru for sharing the info.

Memula try kat gambar sendiri je. Last-last, aku berhasrat untuk try gambar-gambar kekawan pulak. Ahahah.. jangan marah ekkkk~! Saje nak release tension time exam week ni.. Memang klakar jugak la sebenarnye. Sesape yang takde gambarnye di sini, bukan tanak taruk.. tapi ade sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

So mari kita lihat siapa yang kenaaaaaa~!!

Okay la.. start gambar aku dulu. Hehe.




[photo removed]


Mwahahah jangan jeles.

Next! Gambar my roomies. Kasik special edition sket lah..






My best buddies...








sHa - ahahha..tu laa.. anti lagi sama Siti.. skali dapat muka dia dooo~~~~
Fieza - pasni ko leh masok Charlie's Angels.. Pergh!
Sya - Sblom ni mmg aku deny bile org ckp muke ko cam Hillary.. but now i've nothing to say.


My favourites!










Ahahaha lawak, lawak..


Yang ni kira sipi-sipi tu ade laaa... :P








Sab - Jeles laa.. You got my fave actress! :P
Shidi - Ok Shidi, jangan brangan lebih-lebih..


The rest are not bad.. hehe.













Ok geng, jangan marah atau kecik hati ye.. ini skadar gurauan di kala exam sahaje. Ahaks!

Kalau nak try sendiri, leh pegi kt MyHeritage.

Happy new year~! (Pergh.. dah masuk tahun ke-empat blog aku ni..)



p/s: Sebarang request gambarnya di-remove tidak akan dilayan.