Sunday, February 25, 2007

Hectic


Cuti midterm sudah habis. Kerja bertimbun. Banyaknyeee benda nak buat. FYP, assignments, keje-keje persatuan yang banyak terbengkalai.. Haiyahhh.. balik cuti pun hati tak senang. Yang pastinya sem akhir ni, hati jadi makin runsing.. risau itu ini.

Balik Cyber, aku tengok dari parking lot, tingkap terbukak. Dalam hati wonder, siapa yang dah balik ni... kak G kot. Naik bilik, tengok barang-barang tak berusik. Gaya macam takde sape balik. Aku cek meja diorang, basah kena hujan. Mujur switch tak rosak. Terdetik di hati, diorang ni lupa tutup tingkap ke. Elok pulak tiba-tiba G mesej, cakap diorang on the way balik CJ. Terus reply, tanya lupa tutup tingkap ke.. then G reply, dah tutup. Pastu member-member bagitau tingkap terbukak since Khamis. Huhu. Siapa pulak yang bukak? Misteri betul. Dah lah masuk bilek orang, bukak tingkap tak tutup pulak tu. Kuangjaq sungguh!!!

Time cuti banyak habis masa kat rumah je. Nak keluar pun malas. Adik ajak gi shopping pun aku geleng je. Nak nak bila balik bercuti, lesen pun 'cuti' gak. Taktau lah kenapa kalau balik rumah, mesti aku say no to driving. Alangkan nak pegi supermarket yang lebih kurang 1km je dari rumah pun, aku suruh abang aku drive kan. Haha. Pemalas.

Kat rumah, aku banyak habiskan masa kat dapur. Masak je apa yang ada. Pastu suruh family aku serta sepupu sepapat habiskan makanan. Aku bukan terer sangat masak. Pastu resipi main cipta sendiri. Spageti Carbonara, Spageti goreng, mashed potato, memacam lah aku masak (Nak resipi, sile mesej). Takde keje. Camne tak gemuk. Masak-masak atas dapur ni aku suke. Buat biskut dan kek aku tak suke, sebab aku sendiri tak makan. Hehe. Adik dan sepupu aku cakap, aku berkaliber menggemukkan orang dalam masa seminggu. Hahah. Salah diorang jugak, bila dah habis, suruh aku masak lagi.

Okay lah tak leh lama ni. Di sini aku nak ucap tahniah juta-juta kat ex-housemate aku, Yana yang dah selamat bertunang Sabtu lepas. Arghhh.. pressure aku tengok ko. Tetahu dah selamat bertunang. Sori tak dapat datang. You know why. So sorry. Ko kawen aku datang punye. InsyaAllah. Hihi.

No comments: