Sunday, May 06, 2007

Forever in my heart..


[photo removed]



Detik-detik yang berharga telah pun berlalu.. Saat yang paling ditunggu-tunggu, kelas silat terakhir bagi kami yang bakal grad telah pun mengukir sejarahnya sendiri pada Jumaat lalu..

Sedih.. Sebak..
Air mata menemani pengakhiran kelas itu..

Terasa seronok sangat bila tengok kelas silat malam tu luar biasa ramainye.. Teringat pulak masa zaman kegemilangan batch aku dulu... sangat ramai..

Lepas kelas, naik bas, kita ramai-ramai makan sate Kajang kat Hj. Samuri. Wahh.. tak terfikir pulak nak makan satay malam tu. Ape lagi, layannn~~

Kita sampai MMU lebih kurang pukul 2.30 pagi.. Ada yang dah ngantuk, tapi aku dah mula sayu.. sebab malam tu dah nak berakhir..

Tiba-tiba Arom suruh berbaris.. buat bulatan ikut laki pompuan.. Ingatkan kenapa lah.. aku tak faham mulanya.. Masing-masing dah amek tempat, dia terus peluk member lelaki kat sebelah dia.. dan seterusnya..

Oh nehi.. I was sooo not ready~

Maka malam itu, ramai antara kita dihujani air mata..

Sebaknya lah.. tak tertahan rasanye.. Bukan aku fikir sebab nak berpisah.. tapi aku fikir this precious moment tak akan dapat dirasai lagi.. Segalanya takkan sama dah... eventhough kita akan berjumpa lagi jika ada rezeki.

Sekalipun, lepas grad, kemungkinan aku akan pulang ke Ipoh dan bekerja di sana.. tapi InsyaAllah jika ada kesempatan, aku akan turun melawat adek-adek di MMU ni.. dah sayang sangat kat korang ni.. Semuanya sekejap jer, tapi cukup indah dapat bermesra dengan korang semua.

Untuk semua, all the best. Keep in touch. Mohon maaf atas segala salah silap.. harap tak simpan dalam hati. InsyaAllah blog ini akan setia aktif selagi terdaya.. rajin-rajin jenguklah.. :)




No comments: