Macam-Macam: Manusia disangka hantu
TIANJIN: Seorang pemandu teksi yang melalui kawasan perkuburan pada waktu malam memberhentikan kenderaannya secara mengejut dan lari selepas mengesyaki penumpang wanita yang dibawanya adalah 'hantu'.
Pemandu teksi itu, Li, dari Baodi di daerah Tianjin, China, berkata ketika menoleh melihat penumpang yang baru diambilnya, dia terkejut melihat wajah wanita itu dipenuhi darah.
Penumpang itu, Wang, berkata dia bukanlah hantu.
"Ketika dalam teksi itu, saya melihat beg mengandungi barang runcit yang dibeli apabila pemandu menekan brek. Saya baru buka botol sos tomato dan sos merah itu tumpah ke muka saya," katanya. - Agensi
Dipetik dari Berita Harian
Thursday, April 17, 2008
Angkara si merah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment