Thursday, October 01, 2009

back and kicking.



So I'm back.


Sorry for the hiatus mode. My blog was down for some funny reasons and I was not in the mood to fix it. Plus, I nearly thought nobody bothered to read my blog so my sincere apology to those who were asking about it.

So hari ni dapatlah hidupkan balik blog ni sebab ada kelapangan since MC untuk check-up di Hospital Ampang. During my previous appointment, my spleen and liver seemed to be fine so I was expecting the ultrasound would be fine too.

Masa tengah scan tu, tiba-tiba doc stop dan tanya, "Dah kahwin ke?" Terkedu kejap aku. "Eh, belum." Then aku dah hilang cuak baru aku fikir, it must be a compulsory question to ask before doing ultrasound. Before, ok. Bikin saspen je.


So Alhamdulillah, kali ni result baik. Harap2 next appointment lagi dua minggu turut ada kemajuan. Tapi tolonglahhh jangan suruh buat bone marrow. Arkhhh..


How was your Raya?


My Raya was okay. I think last time was better but I felt thankful enough to be able to celebrate Raya with all my family members and relatives, with a good health condition and everything was just perfect for us. Alhamdulillah.. Couldn't ask for more.


Begitu juga dengan bulan Ramadhan, ada beberapa kenalan dan saudara-mara yang selamat dikurniakan zuriat yang comel dan sihat hendaknya. Alhamdulillah.


Bila mana ada kelahiran, pasti juga ada kematian. Lumrah hidup kita sebagai hambaNya.


Dalam minggu pertama Raya, keluarga aku dikejutkan dengan pemergian biras sepupu aku yang menghadapi komplikasi setelah bersalin dan juga bapa saudara aku yang meninggal dunia secara mengejut menyebabkan arwah terpaksa menjalani post-mortem. Arwah Uncle disahkan meninggal kerana masalah jantung walaupun arwah tak ada sebarang medical history selama beliau hidup. 

Sesungguhnya, mati itu pasti. Al-Fatihah.
 Apapun Raya kali ni aku tak banyak berjalan. Lebih kepada melayan tetamu yang berkunjung ke rumah. Aku ada gambar-gambar Raya tapi malas pulak nak upload.

Semalam, kita dikejutkan dengan gegaran yang berpunca dari gempa bumi di kepulauan Sumatera. Masa tu aku masih di office. Tengah sakit kepala yang amat sangat sebab terlalu lama menghadap komputer. So tangan kiri aku letak atas meja sambil menongkat dahi. Mata berkerut memandang meja. Tiba-tiba aku rasa meja bergegar. For a split second, aku ingat aku yang nak pitam. Cepat-cepat aku angkat muka, "Ya Allah.."


Kemudian baru aku sedar, tengah gegaran. Officemate depan aku terus meloncat bangun dari kerusi. Office yang senyap, makin lama makin bising. 


"Did you feel that?"


"It was shaking just now, right?"


"I thought I was dizzy!"


"God, I'm scared!"


It lasted for a few seconds and some of my colleagues were already freaking out. I was scared too but still, I had to finish my work. 
 At that time, I was already thinking about Indonesia. "It must be coming from there. Kalau betul, Malaysia pun boleh rasa gegaran sekuat ni, macamana pulak yang dekat sana..."



Malaysia negara yang bebas dari bencana alam yang besar (kecuali tsunami yang lepas), jadi a slight tremor macam ni pun dah cukup buat kita kecut perut. Bayangkanlah mereka yang tinggal di sana tu. Bersyukurlah apa pun.


Sesungguhnya Allah itu Maha Besar.

6 comments:

faizal norrahma said...

haaa..akhirnya...berakhir jugak hiatus mode ko ni yerk...ehehe..selamat hari raye..!!

Raina Scherzinger said...

glad that you're back ;)

@yU said...

slamat hari raye, both!!

hehe.

Anonymous said...

yay, you're back! <3

@yU said...

hehehe.. finally dtg kerajinan.

see you tomoro, bb!

21 Closet said...

yey... ayu daaa pulemmm