Saturday, January 30, 2010

The happiness you gave me.


In one of my recent entries, I mentioned about my China coders right?

A day later, the one who I missed so much after he ended his contract with my company's project suddenly IM me when I was busy doing my work. After a long silence (probably had been a year), he came back out of the blue. I was so surprised I almost screamed in front of my PC. What an unusual odd, he came right after I mentioned about him in my blog.

It was such a lovely surprise. Definitely the best surprise I had so far this year. I was extremely excited, I had to reply his messages in capital words.

Suddenly he went offline. I was like, "Was that just a dream?" Thus, I e-mailed him quickly, "HEY WHERE DID YOU GO? PLEASE ONLINE =( "

I guess I was a little paranoid at that moment. Haha. But seconds later, he went online again and apologized.

I couldn't stop but storming him with questions. I mean, how could he join us back? How is that even possible?! I never ever thought he would come back, working on a new project with my company. I was so excited, I couldn't do my work eventhough it was piling up like hell.

Anyway, image below is something I'd like to share on how people actually do their work, including me. Hahaha.






Macam najis.


Blogger sekarang ni sering disebut-sebut oleh orang ramai dan pihak media sebab dah makin ramai yang berlagak macam wartawan bertauliah, tak pun macam pengkritik politik terhebat.

Aku dah mula menyampah bila mana orang mula menggunakan blog sebagai platform menabur fitnah dan mengecam pihak-pihak tertentu yang diorang tak suka.

Yang paling baru, pasal adukataruna yang hilang pertimbangan menulis entry mengutuk Almarhum sultan Johor. Pada dasarnya, perlakuan mencela orang yang dah tiada tu memang sungguh terkutuk dan keji. Inikan pula Almarhum sultan.

Mujur aku bukan orang Johor. Kalau kena kat sultan negeri aku, mahu aku maki kat blog dia. Alangkan masa Nizar dan Karpal cari pasal dengan Sultan Perak tu pun aku rase nak lempang terajang je. Aku pun tak faham apsal makhluk biadap macam ni masih ada penyokong. Nasib baik aku bukan Sultan. Kalau tak, HUKUM PANCUNG!! HAH!

Itu pun blog AT dah penuh dengan cacian dan makian orang ramai. Itu lah bila menulis tak guna otak. Ikut perasaan, ikut nafsu. Menuntut kebebasan bersuara konon.. Apsal tak mintak kebebasan bersuara kat Tuhan bila ko nak mencarut, memaki dan menabur fitnah?

Yang pembangkang politik pun satu. Hak masing-masing lah nak pilih bendera mana. Aku takde la pro government membabi-buta tapi satu sebab aku benci gila parti pembangkang sebab penyokong-penyokong yang terlampau taksub. Bila bercakap tu serupa macam tak pernah Bismillah.

Blog dulu adalah satu medium orang guna untuk menulis sebagai journal dan apa-apa penulisan yang berunsurkan peribadi, umum mahu pun ilmiah. Tapi bila blog sekarang lebih dikenali sebagai tempat memaki, aku menyampah sungguh!!

Silap-silap, kemudahan blogging ni kena block dengan kerajaan Malaysia, macam China block facebook.


Wednesday, January 27, 2010

I can't tell whether I'm tired with life or life is tired with me.



My current schedule is a total chaos. With more and more development work coming in, I barely left the office before the night crawled in. I have started my first semester being a postgraduate which means I have to get up at 6.30am on every Saturday morning. Plus, I’m gonna start taking piano lessons next week! Wooohoooo!!

Gile ape aku ni. Semua bende nak buat. Inilah rakus namanya.

Oh, and maybe aku nak subscribe gym pulek. Aritu gi survey gym kat Precint 8. Maklumlah, konon nak cari paling dekat. All the equipments are brand new tapi aku bengang sket pasal registration fees dia RM140 dan monthly fee is RM70.  Baik aku subscribe TF ke FF ke CF ke!!! Even their registration fees pun tak membunuh macam tu. Facilities pun tip top. Tapi masalahnye gym-gym bagus ni semua jauh-jauh. Tensyen betul aku. Bukak laaa satu kat Presint Diplomatik tu!

Hari tu bergaduh dengan teammate aku. Aku pun tatau apsal kekadang aku rase dia saje nak aniaya aku. But in a way, dia ni baik sebenarnye. Mungkin masing-masing tengah depressed sebab hari-hari balik malam, aku meletup jugak la akhirnye. I really hate it when I’m angry.. Sebab bila aku marah, maknanya nahas. Bila aku dah mengamuk, aku menyesal. Hah tu lah dia.

Bila dah marah tu.. balik tu aku rase menyesalnye aihh.. sampai termimpi-mimpi. Sebab tu aku tak suke bila aku marah. Pastu esoknye, aku tegur dia dengan rasa bersalah. Dia respon punyalah baik. Perghh.. terus rasa nak terjun bangunan.

When I was working for my previous project, I was very close with my China coders especially sorang ni eventhough diorang dekat China. In fact, we still keep in touch via emails and sometimes he sent me postcards. He’s truly a nice guy. Kami sebaya la but kekadang aku rasa dia ni macam tua daripada aku. Kami banyak share personal stories and he’s a very good listener. Dia penah datang Malaysia for 1 or 2 months la lebih kurang. Best do masa tu. So bila dah tuka projek ni, aku tak dapat la nak borak dengan dia through IM dan dia pun dah tukar projek untuk company lain. Wu wuu~~ Sedih.

Bila aku join projek yang sekarang ni, aku dapat tahu projek ni pun ada China coders. Lagi ramaiii. Tapi at first aku takde liaise dengan diorang. Hanya beberapa bulan yang lepas, baru lah aku ada liaise dengan dorang sebab semua program deployment, diorang kena hantar request dekat aku. When I started to get along with them, I felt this strange feeling of excitement, because they remind me a lot of my former coders. Surprisingly they are very nice too. They always talk nicely and always give very good compliments to me. Kenapa lah orang Malaysia tak bersikap generous macam ni?

Dan aku pun dah start baik dengan sorang coder ni. He likes photography so much and his photos are amazing. Click here to see his photos. Aku berharap lelaki Melayu akan jadi macam diorang ni. Very humble and low profile. Tu lah point aku bercerita pasal China coders ni sebenarnye. Hahahaa. Sebab aku tak jumpa lagi la laki Melayu punya humble macam ni. Rasa lapang je dada bila borak dengan diorang.

So guys, belajarlah meng-humble kan diri ok! Tak rugi pun. Orang lagi senang nak dekat. Hihi.
K laaa nak tido. Nytee.




Monday, January 18, 2010

It's her turn.



[photo removed]




Selamat hari lahir, Zura.

Tahun ni berubah status ko ye? InsyaAllah..
Moga rezeki bertambah murah dan dikurniakan rumahtangga yang kekal bahagia selamanya.

Amin.



Wrong counter.


I came to office this morning and among the earliest people to IM me is this..


Mas : Morning
Me : morning
Mas : hi mas here form 16 floor
Mas : I got prblem with fax machine cannot cancel fax received
Mas : who can I refer
Mas : I dah cancell still job to ada dalan pending job
Me : uiks mas.. jap.. awk rase saye from dept mana ek
Mas : herm bukan IT ker
Me : :)
Me : saye dekat ITH..
Me : u can ask helpdesk
Mas : sorri ya
Me : no problem


Firstly, my office building only has 3 floors.

Secondly, she's from KL office and I'm in Cyberjaya office.

Thirdly,
Eventhough we're IT people (this is what the people labeled us) does NOT mean we know everything that is technical.

And no,
Fixing fax machines is not included in my job description.



Friday, January 15, 2010

Start the engine.


(copied from my tumblr.)


Some of my plans for 2010:

1) Do my master.

2) Go for a vacation or two. (choices: Perhentian Island, Gold Coast, Beijing.)

3) Taking music instrument lessons. (choices: piano, guitar, violin)

4) Brush up my freestyle in swimming. (I get exhausted pretty easily)

5) Subscribe to a gym. (The issue is, all good gyms are so far away)

6) Own a PSP. (I’m waiting for PSPGo to get cracked.)

7) Go for big savings.

8) Find the cure for my medication allergies. (Before I face the moment I need a surgery cause I’m gonna have a problem. Big one.)

9) Love the earth more. (Recycle, reduce the use of plastic bags, appreciate the trees, be kind to animals, avoid pollution.)

10) Less spending on shopping and leisure.

Let’s see how far I can go.


Tuesday, January 05, 2010

She's still 17 no matter how many years passed by.

[photo removed]


Happy birthday, dear sis.
Thanks for being such a great friend to me.
Thanks for sharing.
 Thanks for listening!!


I Love You so very much.

Please take care.. *hugs*


Monday, January 04, 2010

Daily Life.



Things happened to me recently.

1. Involved in a road accident in JB along with my bbs, sha and fieza. A lorry hit us from the back. No injuries. Alhamdulillah. Tapi kesian dekat Fieza, boot kereta remuk dan cermin belakang pecah. Kereta Honda City baru lak tu.. Wu wuuu~~~

2. Selamat menjadi pengapit buat pasangan newly weds, Fauziah dan Bern untuk kedua-dua belah pihak. Satu di Temerloh, satu di Johor. Tapi ada dugaan tersendiri la time ni.. Di Temerloh, kena gi hospital lepas kena asthma attack. Akakak. Di JB, eksiden, malam tu terus demam panas. Mungkin kalau nak jadi pengapit, kena ada baca-baca dulu kot? Buang sueyy~ ahaha.

3. Kini bergelar student UiTM, Shah Alam. Alhamdulillah lepas macam-macam dugaan (you've no idea), dapat jugak further study. Wuu.. berkat dorongan dan restu ibu bapa kot. Tak pernah plan nak buat Masters sebenarnya.. tapi ini lah dikatakan rezeki dan ketentuan Allah agaknya. Semoga dapat grad dengan jayanye. Amin!

4. Just found out another medication that I'm allergic to. Painkiller jugak. *tepuk dahi* Al-kisah jumpa doktor sebab tak tahan backpain (maybe due to the accident), doktor memang tak boleh nak bagi painkiller tapi agaknya sebab dia kesian sangat tengok aku yang macam berusia lapan po tujuh tahun ni, dia kasik painkiller jenis lain. Tapi dia suh makan ubat anti-allergy sesiap. Haha. Tapi naik jugak alergik aku but it wasn't that bad at all. Maka aku dinasihatkan untuk berjumpa pakar alergi kerana aku akan menghadapi kesulitan untuk menjalani pembedahan di masa akan datang. Masih dalam proses, my mom asked her friend who's a doctor so he'll try to get me an appointment untuk aku jumpa pakar tu. Eeeepp.. brapa banyak pakar la aku kena jumpa.

5. Does anyone notice my blog is now SIX years old? Bravo! *throws confetti*

6. About my blood problem.. I don't have to do regular check ups with hematologist anymore. Yeay! But I've to come down to the hospital for an annual check-up for monitoring purpose. Wokey no problem.. once a year is so much a good news to me. Alhamdulillah. And oh, aku kena sambung balik follow-up on my asthma pulok. Hah. Tak kuasa. Ever since my doctor told me, "Asma awak kekal sampai mati.", seriously I don't think I give it a damn anymore.

7. Banyaknye penyakit aku. Sshhssss~~

8. My department's Xmas Gift Exchange Day berjalan lancar. I was so busy on the weekends, I didn't have time to do any preparation at all. Tu sedih sikit tu. But everyone seemed to be happy with their gifts so okay la tu. Dapat pulak makan free, bos organize sekali terus untuk team lunch on that day. Masakan kambeng dia memang terbaek siott~~~~

9. I bought one item from my new year wish list which is Samsung Portable HDD 500gb. Yeeehaaawww~~ One down, nine more to go! (nak mampos?)

10. Someone from the office told me I have multiple images. She said, "You punya muka lain-lain..I tak boleh cam wo. Without the specs, you lain. Masa Raya Dee Moon, I didn't recognize you. Masa Annual Dinner, also I couldn't recognize you. You ini banyak imej la!" Ha-ha-ha, I just laughed.

Ok I gotta hit the sack. Kena tidur awal.. Esok kena gi UiTM. My registration was incomplete. Memang selamba badak, gi registration hari tu, apa pun tak bawak! Aku bawak offer letter dan payment slip je. Medical report pun takde. Wakakaka. Dah lah kena submit banyak kaunter. Maka, dengan bijak pandainya, aku memulakan kelentong di setiap kaunter..

"Semalam saya eksiden dekat JB (which is true). Kereta tu memang remuk la.. (which is also true). Dokumen-dokumen saya semua dalam kereta tu.. Tak dapat nak amik.. (which is so not true). So macamana ek?"

Muka seposen abis.

"Takpe.. Submit kemudian."

Cayalah, Ayu! Sep bontot sket.








Sunday, January 03, 2010

It's plain and simple.


Stop being such a hypocrite.

You're not noble. At all.

You're dirty. And hypocrite.

Oh, I hate you.


Friday, January 01, 2010

two zero one zero



Alhamdulillah kita semua dipanjangkan usia dan kini menganjak ke tahun 2010.

To be frank sekali fikir, macam takde achievement dalam 2009 ni tapi bila fikir elok-elok.. ada jugak la. Alhamdulillah..

2009 mengajar aku jadi lebih berdikari.. Kekadang terlampau berdikari sampai kena marah. Contoh macam kes gestrik teruk pukul 2 pagi, tapi pikir tanak nyusahkan sesiapa.. drive la sesorang ke klinik di Dengkil.. siap singgah ofis on the way tu sebab emergency nak gi toilet. Dah la gelap.. Pikir-pikir balik, memang tak elok.

2009 juga mengajar aku lebih dalam tentang persahabatan. Bergolaknya sebuah persahabatan itu kerana sayang.. Kerana kepercayaan.. Kerana setia. Yang bertukar menjadi dendam. Menjadi salah faham. Menjadi satu kemarahan. Baru nampak siapa yang lebih mahu memelihara persahabatan itu, dan siapa yang langsung tidak mencuba mempertahankannya. Aku akui kadang-kadang aku sendiri dah letih nak menyelamatkan sesuatu hubungan tu. Hati aku ni fragile.. susah nak menanggung dugaan-dugaan bersahabat ni. So kadang-kadang dalam rela tu, terpaksa aku lepaskan je. Sebab dah tak larat..

Sebenarnya perjalanan 2009 tak banyak bezanya dengan tahun-tahun yang sudah. Cuma ada lah kenangan yang tersendiri untuk aku simpan dan untuk aku buang jauh-jauh.

Antara kenangan yang unik dalam 2009 ni, di mana aku disyaki menghidap kanser darah. Alhamdulillah.. turned out bukan kanser..atau belum lagi menjadi kanser? Apa yang pasti segalanya aku dapat tahu secara kebetulan sahaja. Syukur, semua ni ketentuanNya. Walaupun aku perlu membuat check-up sampai bila-bila, tapi mudah-mudahan segalanya ok.

Bercakap soal kesihatan, tahun ini juga menyaksikan aku mendapat alahan ubat yang paling banyak dan so far aku dah ada 6 jenis ubat yang aku alah.. dan pastinya akan bertambah lagi.. Ni pun satu kes jugak, doktor bagitahu aku akan mendapat kesulitan untuk menjalani sebarang pembedahan. Aku dinasihatkan untuk jumpa pakar alergi. Seriously aku pun tak tahu celah mana nak cari!

Pasal kerjaya.. sudah hampir 2 tahun jugak la aku kerja di Prudential ni. Menyaksikan projek go live.. menyaksikan orang datang dan pergi meninggalkan company ni.. Ada suka dan duka di PSA ni.. Aku suka kerja di sini tapi kadang-kadang tensyen jugak lah. Tapi aku rasa company ni not bad sebenarnya.. Sampai bila aku nak kerja di sini? Wallahualam.. Sebolehnya aku mencari peluang kerja di Ipoh tapi aku tau bukan senang.. So, tengok lah macamana..

Lain-lain,
Kenal kawan-kawan baru... Rapat dengan kawan-kawan baru... Belajar benda-benda baru seperti swimming, online shopping dll.. hehe.. Dan semakin masa berlalu, aku rasa makin rapat dengan family.. Alhamdulillah..

Tahun 2009 adalah tahun yang solo bagi aku seperti kebiasaannya. Yang berkenan, tak berkenan kat aku.. Yang berkenan kat aku, tak boleh pulak nak menerima.. Hahaha.. sungguh komplikasi. Jadi, bab ni tiada pembaharuan mahupun kelainan.. Mungkin 2010 nanti? Tengoklah..

2009 juga menjadi sejarah bagi pemergian ahli saudara dan kenalan yang kembali ke Rahmatullah. Semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Tak lupa juga ramai kawan-kawan yang mendirikan rumah tangga dan tak kurang juga yang menerima cahayamata.. Lantas juga memberi peluang kepadaku menimba pengalaman buat pertama kali menjadi pengapit. Tahniah ye, masing-masing.


Bagi tahun 2010 pula.. bakal ada sejarah-sejarah tersendiri yang bakal aku ukir. Antaranya kembali bergelar pelajar universiti. Kali ni IPTA pula. Aku menyambung belajar untuk Masters di UiTM Shah Alam. Semoga dugaan yang mendatang dapat aku tangani sebaik mungkin. Dan kemungkinan aku ingin bercuti ke luar negara samada dengan rakan-rakan atau family.. Tengoklah.. target destinasi dah ada.. cuma kena betul-betul buat research dan survey dulu.

2010 bakal menjadi tahun yang sibuk untuk aku. Jadi kemungkinan untuk aku mencari komitmen hati itu mungkin tidak kot.. kecuali ia datang tak diduga. HAHAHAHA.

Oklah.. ngantuk dah ni.

Akhir kata, selamat datang 2010. Jadilah tahun yang terbaik untuk ku. Amin.