Wednesday, February 17, 2010

Sleep on it.


Esok ada medical follow-up.. but aku decide untuk amik cuti full day sebab nak pergi settle refund pasal yuran uitm. the coordinator has warned, "mintak refund. if not, they won't do anything."

bagus universiti kita ni. makan duit orang. kalau sorang dah seribu lebih.. bayangkan lah berapa dia telan. syoknya.

semalam alergik agak teruk sampai tak boleh tidur. mata duk meleleh keluar air. hidung dah kembung macam buzzle Pop Kuiz.. "Sila tekan buzzle untuk menjawab soklan. BZZTT!!" campur lagi kelopak mata menggelembung. bersin lagi. yang paling tak tahan, gatal sampai naik melecet kulit muka bawah mata sebab duk menggaru.

sangat terseksa.

punca alergik?

Wallahualam.

tiba-tiba jadi. ikut suka.

akhirnya on balik suis lampu, punggah semua stok pil-pil yang ada. banyak yang dah terkeluar dari paket putih, langsung tak boleh recognize. pulak tu, dah tak ingat mana ubat yang sememangnya alergik. mana terang-terang tulis painkiller, terus tolak tepi. akhirnya pilih dua tiga jenis.

duduk depan laptop.. goyang-goyang tetikus, screen hidup balik. bukak firefox, terus google nama-nama prescription yang ada depan mata. lepas satu-satu, tak faham pulak. akhirnya ubat terakhir di-google.. keluar penjelasan "..relieves red, itchy, watery eyes; sneezing; itchy nose or throat; and runny nose caused by allergies."

Bingo.

telan sebiji. nak ambil lebih, tak berani. badan ni sensitif sangat dengan pil. on balik aircond. rasa panas. selimut sampai dada. bantal kepala letak dua bijik. akhirnya dapat tidur.

bangun je.. jari-jari tangan kanan pantas meraba hidung.

Alhamdulillah.. muka kembali jelita normal.

tak sabar nak jumpa immunologist esok. nak mengadu. tolonglah buat tests cepat dan cari jalan penyelasaian. saye tak larat hidup macam ni. tetau je muka jadi belon. kalau jadi scarlet johansson ke, sandra bullock ke, saya terima la.


sekarang ni musim panas. normally tidur tutup aircond. tapi sekarang tak mampu nak lena kalau tak pasang. panas sungguh, ya Allah.

tapi petang ni tiba-tiba hujan lebat. macam nak ribut. Subhanallah..

salah siapa ni? cuaca tidak menentu.

SALAH KITA!!!

kita punca bumi jadi huru-hara. kita punca hidup kacau-bilau. kita punca dunia tidak aman. kita punca penyakit-penyakit pelik menyerang.

SEMUA SALAH KITA!!

jadi jangan jadi bodoh dan terus-terus mengomel serba-serbi tak kena. sebab semua ni salah kita.






1 comment:

Shad said...

refund ayu, jgn x refund. aku punya dah settle Alhamdulillah.