Bebaru ni henfon aku rosak secara tidak semena-mena. Touchsreen tidak berfungsi. Mase tu nak matikan snooze alarm. Malas nak pikir, terus pergi mandi. Henfon disorok bawah bantal so bila alarm berbunyi lagi, tak dengar sangat. (Note: Sound alarm saya sangat perlahan. Tak pernah ada orang sempat jaga sebelum saya off alarm tersebut)
Selesai mandi, henfon kembali normal maka alarm dimatikan. Namun begitu, dia kembali membikin onar apabila touchscreen tidak lagi berfungsi dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk membeli henfon baru sekalipun hati ini teramat berat yang sangat amat. (maaf di atas keterlanjuran penggunaaan bahasa yang salah)
Malam itu di atas katil, termenung melihat henfon yang tersadai tanpa nyawa. Dengan sungguh-sungguh dan agak dramatik, aku menadah tangan, "Ya Allah, beri lah aku petunjuk!"
Esoknya di Mines, aku mundar-mandir di sekitar kawasan jajahan penjual-penjual henfon. Beberapa kedai aku approach, mata melihat henfon-henfon yang terpamer. Sungguh tidak berkenan~~~ Iphone yang dulunya menjadi igauan, kini jauh dari ingatan.
Akhirnya sebuah kedai aku hampiri dengan rasa kosong.
"Henfon yang macamana you mau?"
"Yang ada semua. Wifi, 3G, kamera..."
Dia keluarkan satu demi satu. Semua aku tak minat. "Keciknye screen!" aku mengomel.
"You henfon apa pakai sekarang?"
"Henfon I dah rosak la... Pixon."
"Aiyo itu screen besar. You beli mahal kan? Itu apa rosak? Ini ada satu henfon Pixon orang hantar kasi repair. Touchscreen problem." (Petunjuk Tuhan beri)
"Hah? Ye ke? Boleh repair ke?"
"Boleeyy~~~ You kasi repair la."
Dalam sesaat lebih sikit, muka aku kembali bersinar seperti pinggan yang dicuci Sunlight. Terus agree untuk repair.
"Tapi itu mau RM300 wo..."
"Ye ke??" Buat-buat terkejut. Dalam hati, RM300 kalau nak dibandingkan henfon baru yang berharga seribu lebih?
Dipendekkan cerita, tokei kasik satu henfon temporary untuk diguna pakai sepanjang ketiadaan sang Pixon. Nokia lama.. ape ke nombor series nye. Aku pernah guna henfon tu dulu selama beberapa... minggu.
Balik rumah, saja check Inbox and Sent folders. Sent folder penuh dengan SMS tuan lama henfon tersebut. Semuanya untuk si kekasih hati.
"Yayang makan dengan sapa?"
"Yayang watpe?"
"I love you 2."
Oh tuan punya henfon ni dulu seorang lelaki. Mujur mesej-mesejnya clean.. Aku tak baca semua, scroll down.... Sehinggalah terjumpa sms yang rasa sungguh menimbulkan syak wasangka.
"Better la u tinggalkan boyfriend u dan terima i. i'm better than him. u pun tau boyfriend u tu tak gune kan? lebih baik u pilih i."
Ada lagi. Berbaur mengayat gadis ini. Aku geleng kepala.
Wahai lelaki.. sungguh la kamu ini tak boleh dipercayai. Kenapa lah banyak sangat lelaki aku jumpe, ade pompuan lain? Ini tidak tipu ye. Ini bukan tuduhan. Tapi laki-laki yang bikin tahi ini semuanya aku kenal, kecuali empunya henfon tadi. Even di tempat kerja pun sama. Dah kawen, tapi ade girlfriend. Kawan-kawan ku ramai yang bapa mereka punya cewek selain ibu mereka.
Baru tadi jumpa seorang kawan lelaki. Sudah berkahwin. Anak empat. Bercita-cita ingin kahwin dengan janda. Bila aku geleng kepala, dan bertanya perihal Nabi, dia menegakkan Nabi juga berkahwin dengan janda.
Terus aku melenting, "Nabi berkahwin dengan perempuan yang tahu jaga aurat. Tahu jaga naik baik agama! Ini janda macamana yang kamu nak kawen?"
Kerana aku kenal siapa perempuan itu.
"Dan kamu yakin sungguh kamu mampu? Zahir dan batin? Kalau ye pun nak guna ayat al-Quran untuk dijadikan alasan, jangan guna separuh ayat."
Terdiam. Lantas dia berlalu. Belum lagi aku bertanya apa niat sebenar niat untuk dia berkahwin lagi.
Wednesday, April 07, 2010
Keluhuran lelaki secetek air longkang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Betul tue cik ayu,asal bab nikah kawin jer ikut sunnah Rasul tp aplikasi keidupan seharian tidak dipraktikkan..sesungguh wahai leleki yang diluar sana,nabi berkahwin lagi selepas Siti Khadijah meninggal dunia,tp jgn pulak ada lps ni bunuh isteri sbb nk kawin lg..dunia zaman skrg..astaghfirullahalazim..jauhkan dr semua ni...
oh .. peliharalah aku dari lelaki gatal .. huhuuh
tanpa nama;
kalu prasan kat berita skrg ni byk hal laki bini bunuh membunuh kerana cemburu. ha blom lg kawen lain tu. bunuh pulak stok main tikam sembelih lak tu.
melal;
insyaAllah faiz tak mcm tu. =)
nauzubillahi min zalik...
huhu aku stuju.. mmg ade laki camtu.. tp kn aku agk kompius dgn prmpuan yg nk gk kt laki/bf org lain.. unless derang xtau la kn.. which means derang x amik tau atau wat2 x tau.. hati2 la weh.. skrg ni selidik habis2 dlu.. jgn men tangkap cintan, serah jiwa raga.. tp yg wat2 x tau tu sendri mau igt la huhu :P~ dunia2 ~
ye betul tu mam..
kalu ckp pasal pompuan..aku ade je kwn2 yg pasang extra bf. :D
pastu bile bf dorang ade skandal, melenting mcm nak tsunami malaysia ni.
pdhal diorang pun sama je.
tak paham aaa~~~~
Post a Comment