Sunday, October 17, 2010

You're so sweet you give me cavities.





Kali ni saya nak cerita pasal ibu pulak.

Saya hanya ada seorang ibu kandung. Dan ibu jari.

Saya rasa saya agak manja masa kecik. Lima tahun selepas kelahiran saya, adik saya lahir. Masa tu saya tak boleh berpisah dengan ibu walaupun sehari. Tiba-tiba ibu kena masuk hospital. Tapi saya tak tahu pun itu hospital. Saya tanya ibu, “Ibu, kenapa ibu tinggal sini?”

Saya masih ingat lagi, ibu jawab, “Ibu sakit perut.”

Terus saya senyap. Kecut perut. Kalau sakit perut, kena masuk hospital. Takutnya. Saya balik dari hospital, malam tu saya rindu sangat kat ibu. Tapi mak saudara saya pandai pujuk. Dia masak terung masak kicap. Kecik-kecik saya dah pandai makan terung tau. Then ibu called. Terus saya cakap “Ibu, nanti masak terung masak kicap!”

Ibu terkejut, “Hah? Terung masak kicap??”

Kemudian saya cerita lah Mak Yang masak. Ibu terus ketawa.

Ketika saya sedang sibuk bermain seorang diri, Abah datang dan duduk dekat saya. Ada sekeping kertas dia letak depan saya. Masa tu of course saya buta huruf lagi. Abah cakap, pilih lah satu nama untuk adik. Saya tunjuk satu barisan perkataan, “Ni!”

Abah baca kan. Tapi saya cakap, “Tak sedap.”

Saya tunjuk lagi. “Ni!” Abah baca lagi.

Dan lagi, “Ni!”

Last-last cakap, “Ok. Yang ni.” Tapi masa tu saya main pilih je.

Tiba-tiba satu hari, ibu balik membawa seorang baby. Saya tak rasa dia comel pun masa tu. Oh, kau punya pasal lah ni, ibu sakit perut!

Ibu ada baby baru. Ibu dah tak sayang saya lagi. Sob sob..

Masa saya darjah satu, saya masuk sekolah di tempat ibu mengajar. Satu hari, kami kena ambil satu injection ni. Apa ye? Lupa dah. Rubella ek? Kawan-kawan semua cakap sakit gila. Saya jadi takut sangat. Ada kawan bagitahu cikgu, dia ada klinik sendiri untuk ambil suntikan tu. So, bila cikgu tanya saya, saya cakap saya pun ada klinik sendiri. Tapi cikgu tak sebaya dengan saya, dia lagi tua. Dia senyap je, kemudian dia hilang entah ke mana.

Kawan-kawan semua beratur nak pergi ambil suntikan di blok satu lagi. Saya tak pergi. Saya duduk dalam kelas. Tiba-tiba ibu muncul.

Eh ibu, apa ibu buat kat sini? Pura-pura terkejut.

Then ibu dukung saya. Saya terus panik. Saya tahu ibu nak bawa saya pergi mana. Terus saya menangis sekuat hati. Saya tolak-tolak ibu, mintak dia lepaskan saya.. Saya cakar tengkuk ibu saya. Kasihan ibu. Ibu begitu tega sekali, sikit pun dia tak lepaskan saya sampai lah kami tiba di bilik yang dipenuhi perempuan-perempuan berbaju putih. Secara otomatik, saya senyap. Berhenti menangis. Malu lah. Sebab semua orang tengok saya. Saya pun beratur sekali. Potong queue. Ibu standby je sebelah saya. Takut saya lari.

Saya tengok budak depan saya kena suntik. Tapi kenapa dia tak nangis pun? Diorang cakap sakit gila! Sakit. Gila!

Tiba giliran saya. Nurse tu cakap, “Kenapa nak nangis? Bukannya sakit pun… Ok dah. Sakit tak? Tak sakit kan?”

Hah? Bila masa kena cucuk ni? Bila masa???

Tiba-tiba saya rasa malu yang meluap-luap. Eeee.. sungguh membazir air mata dan tenaga. Habis cair make-up saya! (Konon-konon). Terus saya peluk ibu. Tapi saya terlalu kecil masa tu, tak pandai nak minta maaf. I’m sorry, Ibu..

Sejak itu, saya tak pernah takut akan injection. Nasib baik jugak, sebab ditakdirkan pula saya ni seorang manusia yang selalu terlibat dengan suntikan jarum. Dan tiada masalah untuk menjadi penderma darah sebanyak 7 kali sehinggalah akhirnya mendapat tahu saya tidak dibenarkan lagi menderma.

Masa saya kecik, ibu pernah masak sup perut. Ish teramat lah saya suka sup perut ini sehinggalah lah sekarang. Jadi saya agak hairan bila kawan-kawan ramai yang tak pernah makan atau tak suka sup perut. Lagi satu, ibu suka belikan dadih kalau pergi pasar malam. Saya ini tidak pandai meminta, kalau teringin, saya diam saja. Jadi bila ibu beli, saya lah manusia paling happy masa tu.

Ketika saya berumur tujuh belas tahun, ibu mengandung. Bila Along beritahu berita tu ketika dia menjemput saya pulang dari sekolah, saya rasa nak turunkan cermin kereta sambil menjerit “Saya nak dapat adik!!!” Susah nak gambarkan perasaan saya sampai saya tak boleh nak berhenti senyum. Bila nampak ibu, saya sengih je. Tak boleh stop.

Nak dijadikan cerita, masuk minggu ketiga, ibu keguguran. Aih masa ni saya tersentak.. susah nak terima kenyataan. Ibu tenang je. Ni bukan keguguran dia yang pertama. Ibu masuk hospital. Saya insist nak bermalam di situ. Teman ibu. Saya tak nampak pun kesedihan di wajah ibu. Ibu rileks je. Tapi saya yang sedih terlebih-lebih. Cuba lah nak cover, masa tu saya termenangis tapi saya pura-pura tidur. Ibu panggil dengan suara yang lemah je. Saya susah nak menyahut sebab tengah sebak. Last-last nurse yang tepuk bahu saya. Maka kantoi lah di situ. Saya terus terkam ibu atas katil, sambil menangis. Terkejut ibu. Saya pun tak tahu kenapa saya sedih sangat. Samada saya frust tak dapat adik satu lagi, ataupun sebab saya tak boleh tengok ibu dalam kesakitan.

Ibu ada kelebihan dalam pengacaraan majlis. Tak kira lah kami berpindah ke mana pun, ibu mesti terpilih jadi pengacara majlis yang formal. Tiada seorang pun anak dia yang mewarisi bakat ibu. Haha. Piala-piala di rumah juga majoriti milik ibu. Hampir kesemuanya milik ibu, sebab ibu aktif sukan. Lebih-lebih lagi badminton. Dan sekali lagi, tiada seorang pun anak dia yang mewarisi kelebihan ibu. Hahaha.

I’m lucky to have a sporting mom. You can talk almost anything with her. But sometimes bahaya juga. Sometimes I like to keep things to myself. You know, that thing we call ‘privacy’? Kalau saya senyap je tak cerita apa-apa, ibu mesti datang ke bilik.. baring-baring sebelah saya.. Slow-slow dia tanya.. random things.. pasal kerja.. pasal kawan.. pasal seseorang..

Saya faham ibu ambil berat tentang anak-anak dia. Tapi kadang-kadang mulut saya terkunci. Tak tahu nak cerita apa. I know she always has expectations on me. Ibu mana yang tak mahu tengok anak dia bahagia kan? Tapi belum masa lagi untuk saya bahagia. I haven’t found my happiness yet. Maybe one day. Wallahualam.

I hope I will find that happiness one day so that she can finally be happy for me.

Still looking, Mom. Belum jumpa lagi. Don’t give up on me yet. :)

Saya ada satu virus sejak kecil. Masa saya kecil, sejak kehadiran adik perempuan saya itu, saya suka tanya ibu, "Ibu, Ibu sayang Ayu tak?" I just wanted to make sure she still loved me. Just checking, you know. Kot-kot dia lupa dia ada seorang lagi anak perempuan. Tapi, soalan ini menjadi favourite sehingga lah ke hari ini. :P Tapi, ibu tak pernah fedup nak jawab tau. Saya tahu jawapan dia, saya kan dah 26 tahun. Tapi... saya tetap nak tanya jugak. Just for confirmation, you know. Wekk! Sukati aku lah nak tanye! Ahahaha.

Seperkara lagi, saya masih tidur dengan ibu saya. Bukan lah setiap malam.  Nanti Abah mogok tak nak pergi pasar, susah pulak. But dalam seminggu mesti at least sekali dua. Manja ke? Bagi saya, biasa je. Tapi tak tahu lah kalau orang lain. Saya cuma tak nak menyesal di kemudian hari je. :)

Semalam birthday ibu saya tau. Tapi saya terlupa nak wish dia Subuh tu sebelum saya berangkat ke Shah Alam untuk kelas Master. On the way, Abah ingatkan. So wish through phone call saja. Petang tu Along call, tanya nak beli kek apa. Saya pun tak tahu nak suggest apa. Sampai rumah ketika Maghrib.. Lepas Isya’ baru lah keluarkan kek. Haha.. Lambat betul kami sambut.

Jadi kepada Puan Hanisom Mohamed Ali,

Selamat hari lahir dan semoga dipanjangkan umur, sentiasa di bawah payung lindungan Nya, sentiasa dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta diperkukuhkan iman dan mendapat keredhaan dari Allah Taala.

Amin.


I LOVE YOU, IBU. SO MUCH!

3 comments:

Unknown said...

eppy besday mkcik..semoga pnjg umo,,murah rezeki n cpt2 dpt menantu lelaki :p

@yU said...

tq, chii..

:)

Anonymous said...

happy besday ibu hanisom..hehhee, semoaga dipanjangkan umur dlm keberkatan da dikurniakan menantu lelaki yg handsome lagi kelakar cam anak dia nie...hehhehehehe