Tuesday, November 30, 2010

Pedas lah gile.



"Sssss.. PEDAS!!!"

"Hah? Pedas? Apa yang pedasnya??"


Ye, itu lah reaksi yang selalu saya dapat. Nyatanya bila saya kepedasan, ada yang tak percaya. Ada yang geleng kepala. Dan ada yang tak puas hati.

Bagi mereka, tak pedas pun!

Tapi bagi saya, tolong faham. Memang pedas dol.

Ramai kawan-kawan sedia maklum akan tahap kepedasan saya yang terlampau sensitif ini. Jadi biasanya mereka akan warning saya dulu jika makanan yang ingin saya pesan itu adalah pedas. Atau pun makanan yang mereka ingin saya rasa.

Saya tak makan cili sos kerana masalah tak tahan pedas. Saya makan ayam KFC bersama mashed potato. Saya makan pizza bersama mushroom soup. Dan saya makan cucur dan fries bersama mayonis. Jika tiada pun, saya makan dengan sos tomato. Atau pun makan begitu sahaja. Bila order Subway, saya minta mustard, thousand island, mayonis dan bbq sauce. Bagi saya, makan nasi goreng, mee goreng atau mihun goreng bersama sos adalah tidak masuk akal sama sekali.

Tapi,

Jangan fikir saya tak boleh masak pedas. Kalau orang suruh masak megi goreng, saya menumis dengan 6-8 tangkai cili padi. Menangis lah anda kerana megi goreng saya.


Rasa pedas bukanlah dikesan oleh tunas rasa, sebaliknya dikesan oleh deria kesakitan di lidah, yang diransang (ke dirangsang?) oleh bahan kimia dalam makanan pedas seperti cili. Sebab itulah, rasa 'pedas' boleh dirasa oleh tangan, esofagus dan perut.

Kenapa tahap kepedasan kita berbeza?


Ini kerana setiap orang ada sensitiviti yang berbeza terhadap bahan kimia capsaicin.

Capsaicin tu apa?

Ia adalah sejenis bahan kimia yang meransang (ke merangsang?) deria sakit, atau lebih tepat mewujudkan rasa terbakar (burning sensation).

Rasa pedas ini hanya dapat dirasai oleh membran yang bermukus. Sebab itulah, jika tangan kering, tidak terasa 'kepedasannya'.

Ada orang mempunyai banyak reseptor di lidah, yg menyebabkan dia sensitif terhadap capsaicin. Ada orang mempunyai reseptor yang sensitif walaupun sedikit, jadi dia pun sensitif terhadap capsaicin jugak.

Kenapa boleh berbeza-beza pulak? Ada pendapat mengatakan, ianya terletak pada kebiasaan. Orang yg dah biasa makan pedas dari kecil, maka reseptor capsaicin di lidahnya kurang sensitif, sebab itu dia boleh tahan pedas. So sesiapa yang sensitif terhadap capsaicin (macam saya), maka tak tahan pedas.

Tapi saya sudah terdedah dengan makanan pedas ni sejak kecil lagi memandangkan family saya semua makan pedas. Tapi tak tahu lah kenapa, memang tak boleh handle rasa pedas sampailah dah tua bangka, badan sebesar ibu tapir ini.

Macamana nak hilangkan rasa pedas yang meledak emosi jiwa ini?


Disebabkan ia mewujudkan rasa 'terbakar', cara senang untuk hilangkannya ialah dengan menggunakan bahan yang sejuk (air sejuk contohnya), tetapi bahan kimia capsaicin ini tidak larut dalam air, maka ia hanya memberikan kelegaan yang sekejap sahaja.

Cara paling berkesan ialah mengambil bahan-bahan tenusu (seperti susu dan yogurt) kerana ia mempunyai kasein, yang boleh melarutkan bahan kimia itu.


Maka dengan info yang telah dikongsi bersama, harap kamu-kamu hormati dan cuba memahami mereka yang sememangnya dibelenggu masalah tak tahan pedas. Bukan kerana kami mengada-ngada atau lidah tidak pandai berdikari, tapi kenyataannya cili dan kami bukannya bagaikan aur dengan tebing.

Tapi ada kajian mengatakan, orang tak tahan pedas ni memang good at kissing.

Ok saya tipu.

Apapun, ingatlah.. Rambut sama hitam, tapi tahap pedas lain-lain.







Image credit : Em Davidson

5 comments:

Unknown said...

Sssss pedasnya! Hahahaha

Anonymous said...

aku agree ngan ko Yu ...sbb aku pun xtahan pedas maaa..tp family mertua aku gila hantu pedas derang ni....aku mkn sampai nangis2 tau, tp derang selamba jer then bley tambah cili buat ulam lagi...aku bley terbakar telinga maaa.......

Sang Hidup di Dunia said...

rangsang dek

@yU said...

anon;
haha sabar2.

cah ayu;
alrite. noted. TQ. :P

Unknown said...

nak mkn pedas..tp x tahan pedas..so xleh nk mkn yg pedas2..krg kenyang dok minum air je :p

good kisser?? wooo :p