Tuesday, November 02, 2010

I want to watch the stars with you.

Alhamdulillah berakhir sudah semester kedua pengajian aku di UiTM.

Sekejap je dah hampir setahun aku belajar. Seronok tau belajar ni. Walaupun penat, kadang-kadang tak tidur buat assignment.. kadang-kadang letih nak pergi kelas.. dan setiap Sabtu terpaksa dikorbankan hasrat untuk berpoya-poya, tapi aku tetap rasa seronok.

Seronok belajar. Walaupun nak tertidur dalam kelas. Tapi ada tempat nak spam bagi menghilangkan ngantuk. :P

Seronok jumpa kawan-kawan. Walaupun jumpa seminggu sekali je. Tapi bila ada masa nak berborak, banyak topik nak dikongsi.

Seronok cuci mata.

Tapi penat. Sebab jarak ke kelas dari rumah aku adalah kira-kira 200km. But I'm so lucky to have such a supportive father like Abah. Dia lah yang tolong drive tiap kali aku pergi kelas. Baik kan abah saya? :) Tapi letih sebab kelas aku bermula 8.30 pagi sampai lah 6 petang. Penat tau..

Ada sekali masa bulan puasa, tak larat sangat rasanya. Bila lecturer tanya siapa duduk jauh, terus aku angkat tangan sambil mengadu nanti nak kejar buka puasa. So encik lecturer kesian, dia abiskan kelas lebih awal petang tu. Padahal aku nak berbuka kat area situ je nanti. Ahaha.

Semester kedua ni macam lagi susah daripada semester satu. Taktau lah boleh score ke tidak. Ada satu subject ni, subject network.. saya memang tidak gemar. Hahaha. Tapi cuba jugak untuk suka. Ish pening lah.. Masa test 1 tu.. aduh... senak dada nak jawab. Blank seketika. "Bila masa pulak la ada menatang ni.."

It wasn't a surprise that more than half of the class failed. Tapi, Alhamdulillah.. aku lulus la pulak. Ahaha.

Sabtu ni bakal berlangsung majlis pertunangan Along. Hantaran tak siap lagi. Khamis dan Jumaat aku cuti. So time tu nanti je lah aku buat. Harapnya segala berjalan dengan lancar. InsyaAllah. Amin.

Ok lah.. nanti update lagi. Mengantuk lah. Otak sedikit enggan untuk bekerjasama. Kurang oksigen nih. Hmhhh~!! (tarik napas dalam-dalam)

Zzzz..




2 comments:

Anonymous said...

Tahniah kat along ko n ko jugak..harap2 kamu bakal menyusul nanti....heheheh, amin...

@yU said...

Yo.. thank you.

Amin.

:)