Lagi kisah aku yang boleh menimbulkan pergelengan kepala tanpa henti selama tige belas minit. Awas.
Dua minggu lepas saya terjatuh di bilik tidur kerana lantai basah setelah dimop. Jatuh terduduk. Tapi span saye kan tebal. Extra cushion. So takde hal la. Tak sakit pon (boleh nak berlagak lak di saat serius ni).
Selang beberapa hari saya rasa macam sengal-sengal. Tapi saya abaikan. Terlupa kisah terjatuh. Maka buat kesimpulan sendiri : Salah tidur la ni.
Tapi makin hari, makin sakit. Tetap saya abaikan. Masuk malam ke-empat saya sakit, saya tak boleh tidur langsung. Rasa seperti tulang pinggul ni ditarik-tarik. Berdenyut-denyut nak-nak bila malam. Sakitnya Allah je la tahu kot. Atau sesiapa yang pernah merasai kecederaan begini.
Masuk malam ke enam, saya dah tak keruan. Sekitar bilik ni saya tawaf. Baring tepi katil. Baring tepi bilik air. Baring tepi pintu. Duduk celah katil. Berpaut dekat ampaian. Berguling-guling. "Ya Allah, sakitnya. Macam ni ke rasa nak bersalin.. Huwaaa~" Senang cerita, memang penjelasan terbaik untuk maksud "tak keruan".
Kadang-kadang saya menangis. Sebab sangat sakit. Sambil tu, encik kesayangan membebel-bebel tanpa henti, suruh pergi hospital. Beliau layak mendapat Anugerah Pembebel Harapan Terbaik. Saya dengan confident seolah-olah pernah belajar medic separuh jalan berkata, takpe ni takde pape. Urat bengkak je pun. Sebab tu lah malam-malam sakit. Masuk angin.
Esoknya pergi klinik setelah membikin janji dengan orang tu. Risau nanti habis lak skrip pembebelan dia, mungkin kena tarik balik anugerah tu kan. Doktor muda tu tak sentuh pun saya. Satu soalan je dia tanya, "Boleh angkat kaki kan?"
Memanglah boleh, sengal. Ko nampak aku masuk bilik tadi, terbang pakai awan guling ke?
Dia bagi dua benda. Analgesic cream and the only painkiller I can take so far, Arcoxia.
Aku balik dengan rasa kecewa membayar RM45 kepada doktor yang seperti habis madu sepah dibuang itu.
Malam tu, makan painkiller yang kesannya selama 24 jam itu dengan harapan sakit berkurangan maka saya boleh tidur mimpikan Ashraf Muslim. Tapi, sikit pun tidak. Saya merana lagi malam itu. Keluar air mata.
Esoknya, saya pergi hospital Pantai, atas arahan doktor peribadi tanpa lesen (re: dia yang disebut tadi). Hari Ahad, maka pakar-pakar tiada. Yang ada, GP saja lah. Bukan Goreng Pisang tapi General Practitioner. Dia tak pasti apa yang tak kena. Either soft tissue injured, atau tulang crack, atau muscle torn. So dia advise datang balik esoknya (Isnin) untuk jumpa Orthopedic terus.
Maka malam itu saya sambung merana. Painkiller diberi with higher dose. Tiada kesan.
Isnin, saya muncul lagi hospital tersebut. Terus pergi klinik Ortho. Dr Kew nama diberi. Memang kena queue pun. Punya lah ramai! Saya datang lambat, pukul 11. Oppp bukan sebab isu bangun lambat. Tapi sebelum tu, saya kena bergegas ke KPJ Specialist Hospital untuk post admission follow up yang masa saya kena asthma tu. Alaa.. hospital yang ada Baby Hatch tu lah. (Baca paper ke tak?)
Tunggu punya tunggu.. kul 1 baru dapat masuk jumpa Ortho. Hampir give up di situ. Punggung dah kebas. Berbekalkan hasil pembebelan yang penuh di dada, maka saya bertabah sahaja sehingga nama dipanggil. Penat queue nak jumpa Dr Kew.
Wah doktor, sepertinya biasa melihat wajah kamu tapi di mana ya?
Dia check-check dan minta buat X-Ray. Haissssshh~~~!! Ni den lomah ni. Bukan apa, tadi dah lalu Jabatan Pengimejan.. SESAK.
Dengan berat hati, saya melangkah menuju ke lif dan turun ke jabatan yang disebut tadi. Sesaknya. EEEEEPP! Bila ambil nombor, saya tanyalah orang tu.. "Lama ke? Ramai gila ni."
"Emm.." Dia tak boleh nak jawab, sengih je.
"Lama sangat ke?" Saya tanya lagi. Tak puas hati.
"Turn awak lagi dua puluh orang.."
"Ada sampai sejam tak?"
"Takde lah sampai sejam."
"Ok."
Saya pun ambil tempat duduk. Muka toya. Jangan nak ngorat aku time ni. Aku seligi satgi. (bajet cun macam Hanis Zalikha)
Tapi, laju woooo diorang panggil nombor. Sekali 6 terus dia panggil. Caya lah. Tup tup, nombor saye sampai. Masuk ambil Xray. Eh eh, not bad radiographer ni. Cakap pun very polite (kecuali part suruh cabut bra.).
Banyak pulak posisi dia amik. Sakit. Tahan je lah.
Selesai. Balik rumah. Patut lepas siap Xray, pergi balik jumpa si Orthopedic surgeon ni tapi dia ada tiga operation hari tu, so tak sempat nak jumpa. Maka esoknya baru boleh jumpa.
Merana lagi untuk satu malam.
Hari ni, awal pagi dah sampai hospital. Klinik pun tutup lagi. Saya orang nombor dua sampai. Ada auntie ni dah tunggu dengan anak dia yang ber-wheelchair sejak pukul 7 pagi. Masa saye sampai, pukul 8.20. Dia cakap if lambat, nanti ramai orang. Ye, saya tahu.
Aku tahu klinik buka pukul 8.30pagi. Tapi by 8.45, baru lah assistant Dr Kew buka klinik.
Assistant dia ni ingat pulak tu nama aku. (eh apsal kejap aku, kejap saya ni?)
"Ayu, bawak Xray? Meh bagi dulu."
Cantik kan sampul Xray dia? |
Dr Kew pulak muncul pukul 9.30! Pastu cik adik tu pun panggil, "Ayu, masuk dulu, Yu."
Herk~ Cemane pulak aku first patient? Auntie tu dah gelisah tengok aku. Seb baik saya ni tak macam sesetengah manusia haprak yang pentingkan diri.
"Eh, bagi auntie ni dulu lah. Dia dah lama tunggu."
Terus auntie tu bangun, dengan muka lega macam baru pas berak batu. "Thank you."
So I went second and... Dr Kew tarik keluar Xray film.
Saya dah belek sesiap dah film tu, bajet cam muscle terkoyak ke hape ni kan... (nak tanya la si kembar saye tu.. tapi dia MIA je..) Sila rujuk gambar di bawah. Kalau faham lah..
So what's the actual finding?
Nantikan entry seterusnya. Hahahahaha~
Lapar lah. Nak gi makan. Daa.