Ok idea ni dapat masa tweet2 dengan cik Mimi. Lepas tu memikirkan hash brown tak susah nak dibuat, aku pun terasa nak share recipe dia kat sini.
Sangat simple.
And I so love hash browns. (dalam peti ais ada. balik ni, Ayu, sila goreng.)
Ni resipi paling senang saya jumpa.
Bahan-bahan
Kentang semestinya!
Garam
Bawang besar
Mentega
Blackpepper
Cara-cara (betul ke panggil cara-cara?)
- Kupas lah kentang tersebut please. :P
- Kentang potong dadu kecik-kecik takpun shred je.
- Bersihkan hirisan kentang tadi.
- Pat dry kentang tersebut. Err.. dalam bahasa kita, tenyeh dengan paper towel tu atau kain bersih untuk serap air. Atau jika dapur anda memang kitchen utensils yang ada terdiri daripada alat-alat Western, boleh guna salad spinner.
- Bawang dihiris halus ye.
- Campur kentang tadi bersama sedikit garam, serbuk blackpepper dan bawang.
- Gaul lah. Takkan tengok je.
- Panaskan skillet.. atau bahasa biasa dengar : frying pan. (ceh ayat nak bombastic je). Elok guna non stick punye keh.
- Cairkan butter.
- Dengan api sederhana perlahan, masukkan lah adunan tadi (adunan ke kita panggil ni?).
- Lepas tu kan.. pat lah adunan tadi dengan apa tu.. sudip ke? flipper dalam english nye. *duh* (teruknya bahasa melayu kau ni). Pat pulak apa ye? Tenyeh? Tepuk-tepuk?
- Bila dah garing sikit, bahagikan lah adunan tu kepada empat bahagian. Macam ni:
- Then goreng lah sampai kuning keemasan. Bukan hitam kelegaman.
Kalau rasa nak versi omputih punya, sila pergi sini.
3 comments:
nk lgik menarek..ape kata ayu sertakan skali ngan pic ..yg mekdi punya..x ori..yg ayu buat..ori :)
Harus dicuba ni, thanks share resipi nie...heheeh
icun;
hhahaha.. entah bila nak buatnye.
anon;
sure no prob. dah try nanti, bgtau ye. hehe.
Post a Comment