Tuesday, December 14, 2010

Instant vacation.



Hoyeah..

Demi kekawan yang rajin bertandang ke blog ini, maka saya gagahkan diri untuk update sedikit.

Lokasi sekarang adalah di tingkat tiga, wad 7B, bilik 731, KPJ Ipoh Speciallist Hospital.

Yep.. second time I got warded. Same problem. Asthma. Bad cough. Nothing big.

Sejak hari Sabtu dah ada tanda-tanda tak sihat.. Demam sikit, batuk, sakit tekak. Padahal baru je seminggu baik nih. Agaknya sebab tak habiskan antibiotic (well, makan dua kali je pon), so datang balik lah benda-benda alah ni.

Hari Isnin, batuk menjadi-jadi. Muntah entah berapa kali. Tapi biasalah, positive thinking secara tidak relevan ni tak bagus jugak kan. So pergi jugak lah office.

Tapi duk terbatuk je lah sampai muntah dua kali kat office. Pikir-pikir ni tak boleh jadi ni. At the same time, ada seorang pakcik ni duk leter pergi hospital, pergi hospital.

So kul 9 lebih, text Abah mintak dia bawak gi KPJ hospital sebab doc dulu dah pesan, if jadi lagi, pergi jumpa dia balik sebab most probably daily inhaler tu tak jalan.

Memang tak jalan pun. Aku rasa since first discharged dulu, dekat 10 kali aku kena asthma. Ok fine, dah 10 kali kena, baru akhirnya datang balik kan? hahahahaha.

Kira perfect timing jugak lah, bila sampai tu, aku dah mengah-mengah pasal melilau dekat Ground Floor and First level. Mulanya pergi kat emergency unit tu, cakap nak jumpa doc biasa. Then dia suruh aku jumpa doc yang rawat aku dulu dekat clinic doc tu at level 1. Aku pun pergi lah. Tengok-tengok clinic tu tutup, golap jo. Ada notis tampal kat pintu kaca tu cakap Dr Dev takde from 13th till 15th december. Aiseymennnnn... Melepas chance nak jumpa doc hensem ni.

Aku pun patah balik ke Ground Floor. Serius mengah dol walaupun naik lift tapi berjalan banyak jugak la. Dah kata hospital.

Sampai kat emergency tu, aku bagitahu lah Dr Dev on leave. Cemana la diorang ni tak tahu kan? Emergency leave kot.

Then dia tanya aku sakit apa.. aku cakap batuk. (taknak mengaku asma tu walaupun dah berpaut kat meja kaunter, tercungap-cungap.)

"Penat ka?" tanya orang kaunter tu.

"Ha'ah."

"Masuk dalam sekarang."

OK dia tahu aku tengah asma. Hahah. Biasalah asthma kan second priority (first is jantung). Takyah lah queue.

As I expected, kena tahan. Dah agak dah. Sebab kondisi agak sama dengan yang lepas. Cis..

Pastu masa dia nak bawa ke ward, diorang bawak keluar wheel chair. Ahhh ni aku paling tak suka ni.

"Ehh.. saya jalan je lah, kak!"

"Ehhhh.. tak boleh! Nanti saya kena potong gaji tau! Dah lah awak tu asthma."

"Ala.. saya berat lah kak.."

"Ish. Tak apa.."

Bila on the way ke ward tu, aku pun buat-buat busy texting lah kan. Malunya!!

Mula aku mintak two-bedded sebab tak nak sunyi lah malam-malam kononnya. :P Lepas tu nasib kurang baik, dapatlah sebilik dengan seorang makcik ni yang aku rasa sakit diabetes sebab doc suruh decide nak potong jari je atau potong habis. *gulp*

Al-kisah makcik ni anak-anak dia memang rajin bertandang (bunyi macam dah 10 hari aku duduk dengan dia), lepas tu angkut la cucu dia sekali kan. Tu tak kisah lah.. walaupun hati sedikit sakit bila diorang ni suka borak kuat-kuat.

Makcik tu sound lah, "Jangan lah bising sangat. Orang sebelah ni entah nak tidur ke apa.. Ganggu dia nak rehat.." Tapi tak makan saman pun.

Lepas tu lewat petang.. tiba-tiba lagi 3 orang sampai... jap lagi, lagi 4-5 orang sampai... pastu pas Maghrib.. lagi beberapa ekor manusia sampai.. kawan-kawan dengan sanak saudara la gamaknya ni. Sampai penuh la bilik kitorang ni.. dekat 20 orang tu aku confirm.

Fine la ko nak datang melawat kan walaupun dah cakap waktu melawat sampai kul 8.. diorang lepak sampai kul 9 lebih. Wah sungguh kepanasan la hati aku kan. Kalau datang melawat, saya tak kisah ye. Tapi kalau buat bising, borak dan ketawa kuat-kuat, dengan anak-anak berlari sana sini, siap main cak-cak dengan aku dekat langsir, lepas tu main hempas-hempas pintu lagi.. kedegang kedegung~

Warghhhh.. Ni hospital lah. Ingat FUNFAIR ke?

Terus aku picit Call Bell. 20 seconds later two nurses came in dan aku pun cakap dengan nada perlahan, taknak la ada yang overheard, tak mahu singgungkan perasaan diorang.

"Mmm.. boleh tak kalau saya nak mintak tukar bilik single? Saya tak tahan bising la.."

Nurse tu pun jawab slow-slow, "Boleh.. Sekejap kami check kan dulu."

Aku ingat maybe lah ambil masa nak tukar bilik kan sebab nak check availability ke nak adjust billing ke apa.. 5 minit pastu, diorang masuk balik.

"Bilik single ada. Kalau nak two-bedded jugak, ada kosong. Dengan aunty Cina. Dia ni ok. Senyap je."

Tapi sebab aku dah serik, "Erm.. takpe lah saya nak single room jugak."

"Ok jom kita tengok bilik."

"Sekarang?"

"Ha'a."

Uih.. aku pun bangun pergi tengok. Selang dua bilik je pun! Mak aiiii besarnyaaa. Lagi besar dari two bedded!

"Ok lah. Saya ambil bilik ni."

"Ok jom angkat barang," nurse tu cakap.

"Hah?? Sekarang ke??"

"Ye la.. Sekarang."

Terus diorang angkut beg aku letak atas katil. Sorong tarik keluar dengan katil dan drawer sekali! Tergamam aku. Sebegitu pantas mereka ini. Apa lagi, pelawat-pelawat makcik tu terdiam tengok aku. Tersengih. I felt so so so guilty. Aku ingat sempat lah nak tunggu diorang balik ke apa, so takde lah nampak macam rude main blah je kan..

So dengan rasa sedikit malu, aku senyum mesra kat diorang, then left. Hahahahaha.

The view from my room.

Lonely night..


Oh God, Oh God. Dr Dev just came in. Oh I feel so much better. :P Ok sorry for the interruption.

Interpret this for me please. :P
These 5 horrible creatures made me go "Ssss.."

So insyaAllah esok aku discharge. Patut boleh discharge hari ni tapi batuk gwa yang melarat macam pokok duit-duit ni, terpaksa la kena delay sehari. Naik perit diaphragm aku ni sampai terbongkok jugak lah menahan sakit bila batuk.

Yang pastinya esok by hook or by crook, gwa nak cabutttt.


13.12.2010






6 comments:

Unknown said...

ayu degillll...ishk...

pape pun..get well soon

@yU said...

eheee.. :D

ok time kaseh icun. :)

Anonymous said...

Get well soon dol..heheh, ko tau kan saper aku...heheheeh

@yU said...

ye kembar.. :)

trima kasih..

Anonymous said...

kembar...erkkkk???

@yU said...

pulak dah. ni tuya ke ni? :P