Saturday, September 17, 2011

Celoteh ala bundle.

Lama tak berceloteh panjang dalam blog ni. So in this entry aku nak sum up lah few things yang berlaku recently.. (not so recent, last month punya cerita pun ade hehe)

1. My birthday

Alhamdulillah dilanjutkan usia untuk tahun ni dapat lagi menyambut hari lahir yang ke dua puluh tujuh. Ye tiada penyorokan umur berlaku dalam blog ini kerana tiada manusia yang semakin muda dan tiada kehidupan yang semakin menjauhi kematian. :D

Well, (uhuk uhuk).. ni kali ketiga birthday aku jatuh pada bulan puasa so seperti tahun-tahun lepas, aku tidaklah berhajat untuk meraikan ulangtahun ni dengan upacara menghembus lilin dan memotong kek. But, I did receive a surprise from someone special.. Just like last year. Tapi kali ni lagi special lah pasal aku dapat macarons, cuppies and marshmallow salut cekelat sekaligus! Hahaha... Amboi, amboi.. mentang-mentang aku seekor overweight unicorn.. dia duk pakat kasik aku makanan saja naaa..





Anyway thank you ye encik. Sangat menghargainye. Maklum la aku teringin nak makan macarons sebab kat Ipoh ni tak jumpe pulak. Biase la mase duk Selangor dulu takde pun mengidam nak makan apa-apa. Sekarang ni semua benda yang takde kat Ipoh la yang aku duk mengidam. Seb baik takde mengidam tenuk goreng kunyit ke kan..


2. Hari Raya

Harapnye masih tak terlambat sangat lah untuk aku mengucapkan Selamat hari raya pada kawan-kawan semua, yang jauh yang dekat..begitu juga pada semua yang membaca blog aku ni (tapi yang omputih-omputih tersesat masuk blog ni mintak mahap la ye). Mohon maaf pada semua jika ada terkasar bahasa, terdiam seribu bahasa, mahu pun tertulis benda-benda yang menyinggung hati kalian. 

Raya kali ni disambut serba sederhana sahaja, kecuali part baju kurung tiga pasang mungkin sedikit terlebih dari kebiasaan tapi itu pun sebab ada orang hadiahkan kain pasang. Oh bestnye. Thank you!!

Aku tak keluar sangat kali ni, prefer to stay at home je. Budak-budak pun tak ramai yang datang. Mungkin sebab cuaca yang tak menentu. Tapi aku memang suka tengok suasana hari raya pertama di luar, nak-nak aku duduk kampung kan, so suasana raya tu sangat terasa bila tengok sana-sini orang pakai baju raya. Pemandangan yang dapat lihat setahun sekali je. Yelah ada yang isi minyak pakai baju Melayu bersongkok dan sampin, ada yang beli ais pakai baju Melayu, naik motor, kereta semua berbaju raya lengkap, berhenti kat trefik light, motor kat depan penuh dengan baju Melayu berwarna-warni.. Begitu juga orang-orang yang lepak kat kedai mamak.. yang berborak di tepi jalan.. macam-macam lah.

Ok stop melalut. 

Last year, aku kehilangan iphone 3gs pada raya ketiga. So raya ketiga tahun ni, saye duduk di rumah sahaja! Trauma please. Siap ada orang pesan jangan keluar rumah. Haha takut badi le tu kan. 




Dia punyee posinggg!!!



Ofis aku ada pertandingan Raya deco. Ape lagi bukan main lagi bebudak ni pulun decorate ofis. Memula taknak masuk bertanding. Tapi bila dah separuh jalan rasa macam best pulak, join je la bertanding.

Menang atau tidak hanya akan diumumkan pada Selasa ni. Taktau le kan boleh menang ke tak. I'll let you know soon.

So ni antara sudut-sudut yang dihias. 







Meriam buluh pun ade plis!! 



3. His birthday

I have one special friend whose birthday falls on September 11. LOL. Epic. Aku send hadiah kepada beliau pada hari Khamis, pakai pos Laju so Jumaat dah sampai. Birthday dia hari Ahad. Terpaksa send awal la kan. Member punya excited nak bukak hadiah pada malam birthday pukul 12 tu sampai menggigil. Hahaha. 

One of the gifts. Saje publisiti nama sendiri plis. Haha.

Leteran dalam bentuk sopan.


Anyway, happy birthday dear you. Hope this year will bring you joy and happiness and more fat please. HAHAHAA.. Please take care of yourself. Appreciate all the beautiful things around you. Count your blessings, not your problems. :) Be thankful always and less worried on every thing! Hehe.

Good luck and all the best!





4. Hari Raya Haji.

Alkisah pasal hari raya haji pulak..

Memang takde pape la kan sebab belum raya haji lagi.. haahahahah ape deyyy~

Ok sekian dulu, daaaa..









3 comments:

farahayuni said...

aku suke idea letak name sendiri kat hadiah orang! yes!! aku suke!

@yU said...

hahahaha sila buat!

Anonymous said...

Hey there