Sape yang tak sedar tentang kekecohan yang berlaku kat social networking sites sekarang ni. Unless mereka yang tak berapa amik tau pasal isu ni.
Sejak akhir-akhir ni rakyat Malaysia dah berpecah belah kerana perbezaan fahaman politik. Tapi kerana logo yang menggunakan element kopi-pes ni lah baru nampak orang kita nak bersatu demi maruah negara. Apa lagi maruah para designers tempatan.
Ada baiknya juga kan?
Dan wahai kerajaan, kenapa lah begini teruk sekali decision yang dibuat dalam pemilihan logo merdeka kali ni? Kenapa tak buat pertandingan mencipta logo ke kalau dah jahanam sangat taste korang ni. Kita sikit punya ramai designers yang hebat, siapa punya design lah yang dipilih tu?
Sudah lah slogan Janji Ditepati tu terlampau jelas berbaur politik. Come on. Benda-benda lain u all taknak pembangkang politikkan maka apa hak korang pulak nak politikkan hak warganegara Malaysia?
We, Malaysians are not stupid. Aku ni dalam dilema dah pada siapa aku fikirkan layak untuk dipangkah pada hari pilihanraya. Mungkin tak turun mengundi, atau mungkin buat undi rosak?
Selama ni rakyat senyap je tengok logo-logo tahun sudah. Kasik can la walaupun takde apa nak dibanggakan. But this year Malaysians have reached their boiling points.
Satu lagi isu air di Selangor. Masa tampuk pemerintahan mereka ditawan pihak pembangkang dan bila mana air diberi percuma kepada rakyat Selangor, aku dah boleh agak kerajaan pusat takkan berdiam diri dan akan huru-hara kan isu ni.
Sogok lah kami dengan macam2 kemudahan dan bantuan. Damage has been done. Buat baik tapi belakang main kotor apa gunanya kan.
Dan kepada pembangkang plak, korang ni pun biadap jugak kadang-kadang. Ada sebab kenapa aku anti sangat dengan korang ni. Penyokong picisan korang ni rata-ratanya takde tatasusila, kaki menghukum, melabel, memperkotak-katikkan ayat alQuran dan macam-macam lagi lah.
Kata kerajaan makan duit rakyat, aku pun ada dengar juge kisah-kisah penyelewengan korang tu. Bosan la. Serius.
Dan please lah dengan segala hormatnya saya menegur, kalau nak berkempen beri ceramah sekali pun, boleh tolong hormat tak kawasan perumahan orang? Dah lah buat dekat tepi jalan rumah, pasang speaker kasik dengar satu kampung, lepas tu cakap nak memekikkkkkkk aje. Bodoh ke apa? Dah la suara jahanam nak mampos. Tak pikir ke orang sekeliling nak tidur, esok nak kerja, nak tidurkan anak lagi, orang tengah tak sihat sakit kepala, boleh gila tau tak? Buat sampai lewat malam plak tu. Dah lah takde orang datang, so lu bajet cakap kuat-kuat so orang boleh dengar dari rumah la?
Kalau cakap benda ilmiah takpe lagi jugak. Ni cakap benda yang macam korang ni takde dosa langsung dengan orang. Menghukum, menjatuhkan hukum saje la kerjanya. Aii.. Sejak bila dapat wahyu ni? Amik kat langit ke berapa?
Dah lah tiba-tiba aku lepas geram plak kan. Menyampah dah lama dengan kerajaan dan PR ni. Tapi malas nak bersuara sangat tapi since ni blog aku kan, aku punye suke la.
Jom migrate la senang cite. Hahaha.
Thursday, July 26, 2012
Tuesday, July 24, 2012
Kawan baik.
Sejak pindah Ipoh, terus terang saye katakan saya takde kawan baik.
Bukan orang ipoh ni tak cukup baik.
Bukan jugak saye ni memilih untuk berkawan.
Tapi memang saya takde kawan baik untuk buat segala bende bersama. Untuk lepak2 minum pas keje. Untuk tengok wayang berdua. Untuk gosip dan mengumpat.
Mungkin kerana saya hargai kawan-kawan baik yang saya tinggalkan di KL. Mungkin bagi saya, cukup lah hanya mereka menjadi kawan baik saya sekalipun saya tak dapat nak lepak sama-sama dengan mereka. Tak dapat nak gosip berjam-jam dan meluahkan perasaan.
Ada kawan yang masih saya hubungi menerusi emel. Berceritakan masalah dan kisah yang panjang lebar. Cukup lah seorang. Saya suka kongsi dengannya sebab dia pendengar yang baik. Juga penasihat yang setia.
Mungkin juga kerana saya suka bergerak bebas seorang. Segalanya kalau boleh nak buat seorang. Bebas. Tak payah tunggu orang bersiap.
Ya, memang saya takde kawan baik. Tapi kawan-kawan saya di sini baik-baik semuanya. Alhamdulillah. Senang berkawan dengan mereka. Sentiasa ceria. Sentiasa murah senyuman. Sentiasa ketawa mendengar lawak-lawak agak sengal daripada saya.
Kerana itu saya fikir biarlah saya takde kawan baik yang dekat di sisi saya. Mungkin risiko untuk terasa hati, sentap mahupun emo itu tidak timbul. Maklum lah perempuan kan.
Tambahan lagi, rata-rata rakan seperjuangan dah bertukar status. Dan dah ramai yang bergelar ibu dan bapa. Atau mungkin di usia ini ada masanya lebih senang sendiri?
Tapi tak mungkin saya lupa sayang saya pada rakan-rakan baik di KL.
Sha dan Fieza. Kawan sejak tahun pertama pengajian di MMU. Mana mungkin lupa. Kami jarang contact tapi tak boleh nafikan rasa rindu di antara kami menggunung tingginya. Cuma malas nak usik je. Semoga sampai rezeki kita untuk berjumpa selepas raya.
Kak raina dan Shamam. Sahabat-sahabat setia. Rasa bahagia je bila lepak dengan diorang. Susah nak describe.
Eva dan Jannah. Dikenali di tempat kerja lama. Berbeza karakter tapi dua-dua masuk air. Hehe. Last jumpa, si Jannah ni la. Anaknye sangatlah comel. Macam dia.
Simaa. Ex junior yang masih keep in touch. Saye suke famili dia. Masih dalam usaha mengingati kelapan-lapan adik beradiknya. (eh lapan ke? Ke lebih? Haha). Hopefully trip kita oktober ni tak clash dgn convo akak. Serius tgh cuak sekarang.
Mailal. Rasa sesuatu hubungan yang halus dengannya. Tak lah rapat sangat but saya tak boleh tengok dia susah. Rasa nak bantu je. Tapi iyelah saye ni pun kekurangan serba serbi. Pohon dimurahkan rezeki agar mampu saya gembirakan sahabat-sahabat yang baik sepertinya. Terus-terang, saya nak jadi macam dia. Letakkan hati sepenuh kepercayaan kepada Allah. Bunyi macam, alah basic orang islam je ni. Try buat. Betul-betul bila ditimpa musibah. Try.
Ramai lagi berlegar dalam otak ni. Tapi maaf ye, tak tersebut saye satu-persatu.
Saya doakan semuanya beroleh kejayaan dalam mencapai apa yang dihajati. Doakan untuk saya juga ye.
Selamat berpuase sahabat semua.
Di ambang Ramadhan (eee poyonye title)
Salam Ramadhan u olllssss!!!
Selesai sudah puasa keempat.. amacam so far? Masih membuntal ketika iftar ke camno? Hehe. Sejak keje Ipoh, aku memang dah biase dinner pas balik keje.. dalam kul 6 cenggitu. So timing berbuka ni lebih kurang je dengan waktu kebiasaan untuk aku dinner.. Alhamdulillah so far so good. Perot tidak mengalami kejutan budaya sangat. Mohon kekal hingga ke penghujung Ramadhan. Aminnn.
Cuma ye lah kebetulan pulak ditimpa selsema, sakit tekak dan batuk di hari pertama Ramadhan. Alahai.. dugaan la jugak. Nak-nak bila tekak kering tu kan, rase nak jolok je berus jamban Pn Mailal (eh?) dalam kerongkong ni. Gatal weheiii sampai ke telingeee. Nak korek-korek tak boleh pulak kan. Tahan aje laaaa Senah.
Ni saje nak share iOS Application yang agak best di mata perempuan aku haha.
The app's name is Martha Stewart Craft Studio. Wahai perempuan-perempuan, don't tell me you don't know who Martha is. :P
Hari tu promo, dia kasik free installation. Aku tak sure sekarang ni free lagi ke tak. Actual price is $4.99.
Dah lama aku cari app ala-ala digital scrapbooking ni. Yelah nak buat wish ape-ape senang la sikit. Takyah teruk-teruk design. Tempek sajooo. Ekekeke.
Tapi ye lah bende free takkan dia nak bagi semua kan. Ada kit yang kena bayar but kit-kit yang dia bagi tu pun cukup menarik gak. Korang boleh try la nanti ok? :)
Ni kira dashboard aku untuk menempek-nempek la. hehe. |
Ada few options to share: email, save in photo gallery, facebook, twitter.. |
Nah silakan aja mendonlod di Apps Store. (kau tgk nyah, betri nyawe siakap masak stim pun tak reti nak caj2 lg) |
p/s: aku mengharap diorang kasik free Martha Stewart Cookies la pulak ha kauu.
p/s kedua: so resepi ape korang duk try bulan puase ni? (ee sangat pompuannye entry kali ni)
Tuesday, July 17, 2012
365 Self Provoking Questions (#2)
Time for second question. (Told you I can't answer one question per day)
2. Who do you sometimes compare yourself to?
Someone who I only knew from this blogging world. I couldn't remember how I found her blog but the first time I read her entries, I was really jealous. Not at the wrong way.
And turned out, I found that she's a friend to two of my friends. Small world eh..
To my eyes (since I dunno her in real life), she has a perfect life. Coming from a weatlh family, she is still a very humble and down to earth lady. Now that she has a supportive (plus handsome, a bonus) husband and a very handsome little toddler as her son.. I am so jelly!
Dia sendiri pun sesangat cantik di mata ku.. and what I adore the most about her is how she carries herself. Elok menjaga aurat, nampak sejuk je tengok. How I wish I could turn into someone like that.. despite of other things she has, at least I wanna be like her.
Cantik, kurus, peribadi yang lembut.. Eee.. best. She's indeed one lucky lady. Hope she stays that way, or at least the way I see in her.
All the best to you, beautiful.
Burger Bakar Kaw Kaw
Selama ni google aje kan. Tengok orang duk post aje kan. Apa lagi dalam fesbuk kan.
Nah ni dia giliran aku pulak hahah.
Alhamdulillah ada rezeki, Cik Simaa dan Cik Ann, adik-beradik gojes yang sangat baik hati, sanggup amik aku kat hotel masa outstation kat KL aritu dan bawa makan Burger Bakar Kaw Kaw di Wangsa Maju seksyen 2 ni. TQ ladies!!
Kebetulan pulak, time kitorang pergi, queue tak panjang.. Dalam lima belas minit je kot tunggu. Memang kejap je. Syukurrrr~~!!!
(lepas tu queue pun panjang. nasib kami baik hehe)
Komen?
Aku makan single layer je pun.. tapi kenyang ya amat. Itupun roti makan cubit-cubit cenggitu je sebab kalau makan roti, confirm aku tak boleh habiskan isinya. Strategi pemakanan saya. Bwahaha.
Daging ok. Tak liat. Tak overcooked.
Selamat terliur! (nasib baik tak pos di bulan puase kan :P )
Subscribe to:
Posts (Atom)