Thursday, July 26, 2012

Logo dan suara rakyat.

Sape yang tak sedar tentang kekecohan yang berlaku kat social networking sites sekarang ni. Unless mereka yang tak berapa amik tau pasal isu ni.

Sejak akhir-akhir ni rakyat Malaysia dah berpecah belah kerana perbezaan fahaman politik. Tapi kerana logo yang menggunakan element kopi-pes ni lah baru nampak orang kita nak bersatu demi maruah negara. Apa lagi maruah para designers tempatan.

Ada baiknya juga kan?

Dan wahai kerajaan, kenapa lah begini teruk sekali decision yang dibuat dalam pemilihan logo merdeka kali ni? Kenapa tak buat pertandingan mencipta logo ke kalau dah jahanam sangat taste korang ni. Kita sikit punya ramai designers yang hebat, siapa punya design lah yang dipilih tu?

Sudah lah slogan Janji Ditepati tu terlampau jelas berbaur politik. Come on. Benda-benda lain u all taknak pembangkang politikkan maka apa hak korang pulak nak politikkan hak warganegara Malaysia?

We, Malaysians are not stupid. Aku ni dalam dilema dah pada siapa aku fikirkan layak untuk dipangkah pada hari pilihanraya. Mungkin tak turun mengundi, atau mungkin buat undi rosak?

Selama ni rakyat senyap je tengok logo-logo tahun sudah. Kasik can la walaupun takde apa nak dibanggakan. But this year Malaysians have reached their boiling points.

Satu lagi isu air di Selangor. Masa tampuk pemerintahan mereka ditawan pihak pembangkang dan bila mana air diberi percuma kepada rakyat Selangor, aku dah boleh agak kerajaan pusat takkan berdiam diri dan akan huru-hara kan isu ni.

Sogok lah kami dengan macam2 kemudahan dan bantuan. Damage has been done. Buat baik tapi belakang main kotor apa gunanya kan.

Dan kepada pembangkang plak, korang ni pun biadap jugak kadang-kadang. Ada sebab kenapa aku anti sangat dengan korang ni. Penyokong picisan korang ni rata-ratanya takde tatasusila, kaki menghukum, melabel, memperkotak-katikkan ayat alQuran dan macam-macam lagi lah.

Kata kerajaan makan duit rakyat, aku pun ada dengar juge kisah-kisah penyelewengan korang tu. Bosan la. Serius.

Dan please lah dengan segala hormatnya saya menegur, kalau nak berkempen beri ceramah sekali pun, boleh tolong hormat tak kawasan perumahan orang? Dah lah buat dekat tepi jalan rumah, pasang speaker kasik dengar satu kampung, lepas tu cakap nak memekikkkkkkk aje. Bodoh ke apa? Dah la suara jahanam nak mampos. Tak pikir ke orang sekeliling nak tidur, esok nak kerja, nak tidurkan anak lagi, orang tengah tak sihat sakit kepala, boleh gila tau tak? Buat sampai lewat malam plak tu. Dah lah takde orang datang, so lu bajet cakap kuat-kuat so orang boleh dengar dari rumah la?

Kalau cakap benda ilmiah takpe lagi jugak. Ni cakap benda yang macam korang ni takde dosa langsung dengan orang. Menghukum, menjatuhkan hukum saje la kerjanya. Aii.. Sejak bila dapat wahyu ni? Amik kat langit ke berapa?

Dah lah tiba-tiba aku lepas geram plak kan. Menyampah dah lama dengan kerajaan dan PR ni. Tapi malas nak bersuara sangat tapi since ni blog aku kan, aku punye suke la.

Jom migrate la senang cite. Hahaha.



2 comments:

Anonymous said...

Pn langit ...

@yU said...

uitsss.. title itu tetap milik anda selamanye. :P