Tuesday, July 24, 2012

Kawan baik.

Sejak pindah Ipoh, terus terang saye katakan saya takde kawan baik.

Bukan orang ipoh ni tak cukup baik.

Bukan jugak saye ni memilih untuk berkawan.

Tapi memang saya takde kawan baik untuk buat segala bende bersama. Untuk lepak2 minum pas keje. Untuk tengok wayang berdua. Untuk gosip dan mengumpat.

Mungkin kerana saya hargai kawan-kawan baik yang saya tinggalkan di KL. Mungkin bagi saya, cukup lah hanya mereka menjadi kawan baik saya sekalipun saya tak dapat nak lepak sama-sama dengan mereka. Tak dapat nak gosip berjam-jam dan meluahkan perasaan.

Ada kawan yang masih saya hubungi menerusi emel. Berceritakan masalah dan kisah yang panjang lebar. Cukup lah seorang. Saya suka kongsi dengannya sebab dia pendengar yang baik. Juga penasihat yang setia.

Mungkin juga kerana saya suka bergerak bebas seorang. Segalanya kalau boleh nak buat seorang. Bebas. Tak payah tunggu orang bersiap.

Ya, memang saya takde kawan baik. Tapi kawan-kawan saya di sini baik-baik semuanya. Alhamdulillah. Senang berkawan dengan mereka. Sentiasa ceria. Sentiasa murah senyuman. Sentiasa ketawa mendengar lawak-lawak agak sengal daripada saya.

Kerana itu saya fikir biarlah saya takde kawan baik yang dekat di sisi saya. Mungkin risiko untuk terasa hati, sentap mahupun emo itu tidak timbul. Maklum lah perempuan kan.

Tambahan lagi, rata-rata rakan seperjuangan dah bertukar status. Dan dah ramai yang bergelar ibu dan bapa. Atau mungkin di usia ini ada masanya lebih senang sendiri?

Tapi tak mungkin saya lupa sayang saya pada rakan-rakan baik di KL.

Sha dan Fieza. Kawan sejak tahun pertama pengajian di MMU. Mana mungkin lupa. Kami jarang contact tapi tak boleh nafikan rasa rindu di antara kami menggunung tingginya. Cuma malas nak usik je. Semoga sampai rezeki kita untuk berjumpa selepas raya.

Kak raina dan Shamam. Sahabat-sahabat setia. Rasa bahagia je bila lepak dengan diorang. Susah nak describe.

Eva dan Jannah. Dikenali di tempat kerja lama. Berbeza karakter tapi dua-dua masuk air. Hehe. Last jumpa, si Jannah ni la. Anaknye sangatlah comel. Macam dia.

Simaa. Ex junior yang masih keep in touch. Saye suke famili dia. Masih dalam usaha mengingati kelapan-lapan adik beradiknya. (eh lapan ke? Ke lebih? Haha). Hopefully trip kita oktober ni tak clash dgn convo akak. Serius tgh cuak sekarang.

Mailal. Rasa sesuatu hubungan yang halus dengannya. Tak lah rapat sangat but saya tak boleh tengok dia susah. Rasa nak bantu je. Tapi iyelah saye ni pun kekurangan serba serbi. Pohon dimurahkan rezeki agar mampu saya gembirakan sahabat-sahabat yang baik sepertinya. Terus-terang, saya nak jadi macam dia. Letakkan hati sepenuh kepercayaan kepada Allah. Bunyi macam, alah basic orang islam je ni. Try buat. Betul-betul bila ditimpa musibah. Try.

Ramai lagi berlegar dalam otak ni. Tapi maaf ye, tak tersebut saye satu-persatu.

Saya doakan semuanya beroleh kejayaan dalam mencapai apa yang dihajati. Doakan untuk saya juga ye.

Selamat berpuase sahabat semua.


No comments: