Thursday, March 21, 2013

Shabu Shabu yaa

Salin kulit sekali lagi! 

Ni la akibat gatei nak tukar template pastu tak jumpa yang betul-betul berkenan. Asyik tukar je lah kan. Berlagak pule tu takmo pakai ready made punye template. Sekali pun boleh adjust ikut suke tapi dah alang-alang ada ilmu IT sket tu, cari la yang latest trend punya kan.

Orang IT kena lah bergerak seiring dengan teknologi. Puiii~!!

Hari tu dah adjust separuh jalan, tiba-tiba mood tak berapa nak ada.. tu aku tutup kejap sampai lah hari ni baru ada balik mood nak sudah kan mana yang terbengkalai.

Ok ke ye template yang ni? Hantam saja la.. berapa lama aku nak pakai ni, wallahualam. Haha.

Ok lah aku buat review sikit pasal sebuah restoran bufet stimbot yang baru dibuka di Ipoh ni. Boleh tahan best jugak la. Ada orang Ipoh yang suka pergi MP tu, tapi aku sangat lah ragu-ragu so tak berani nak pergi. Sebab macam-macam cerita orang dah sampaikan pada aku. Macam nasi ganja jugak lah. Memang aku tak sentuh.

Terpaksa la kaburkan atas sebab-sebab tertentu haha.


























Restoran yang aku nak cerita ni adalah Restoran Shabu Shabu. Terletak berdekatan dengan Bangunan Umno dan Hotel Impiana di Jalan Raja Dr Nazrin Shah. So sebelum sampai ke Impiana tu, sila lah slow down dan ada signboard kecil restoran tu. Parking memang seluas yang boleh dia sediakan. Boleh muat 250 bijik kereta. So parking memang takde isu.

Restoran ni reka bentuk dia macam sebuah banglo dua tingkat yang besar lah. Dua kali aku pergi, tingkat atas masih dalam renovation lagi. Last aku pergi adalah minggu lepas ye. Tapi gambar-gambar yang di-share ni adalah gambar ketika first time aku pergi. Masa ni aku dah nak demam, tonsil menyerang. Batuk, suara pun garau. So selera memang tak berapa ada. I just ate a few. Esoknya MC ok. So I made promise to come again.


Second time pergi, penuh! Hari biasa je pun. Tengah bulan lak tu. Aku sampai dalam kul 8pm. Tak sangka pulak la penuh kan. So make sure anda booking sebelum datang ye. Tapi dah kata rezeki, alhamdulillah they found us a table. The service was good (biasa lahhh tempat baruuu kauu).

Stimbot ni memang kegemaranku. Memang kenyang. Ada kambeng pulak tu kan. Hidup la aku. Haha. Cuma sayur tak banyak la. Nak stimbot sayur banyak, anda kena pergi ke Cameron Highland.


Selain stimbot, ada bbq style jugak. Tapi, pekerja dia yang akan bakar kan. So anda hanya perlu pilih apa yang anda nak, nanti diorang bakar dan hantar ke meja anda. So jangan menonong je pergi, tapi tak ingat nombor meja. Sate pun ada juga. Selain tu, ada dessert (aiskrim, buah, pudding), air bermacam jenis - hot and cold (elak lah minuman bersusu, nanti cepat kenyang dan muak) dan juga makanan yang siap dimasak macam gulai ketam, sosej, ayam goreng, nasi goreng, etc. Siapa nak nasi putih pun ada, selamba dia hidang terus dengan rice cooker haha.






Dari segi interior design and ambience, memang selesa dan puas hati. Maklum lah tempat baru, cushion kerusi tu pun keras je lagi. Adik aku tak habis-habis ingatkan suruh bawak parents pulak lepas ni. InsyaAllah. Hari tu masa dapat bonus, dah ajak dah diorang ni pergi.. tapi respon yang ku dapat - *krik krik krik*

Restoran ni ambil staf yang ramai jugak lah dan aku tengok diorang ni nonstop buat kerja sebab orang sangat ramai. Yelah kat Ipoh ni celah mana je nak cari bufet stimbot macam ni.

Johnny's? Choi! Kedekut!

Seoul Garden? Tak banyak choice macam ni..dan tak semua orang suka daging-daging yang dah marinate.

Waktu siang tak bukak restoran ni tapi kalau nak buat tempahan yang banyak, diorang boleh buat.

Oh lupa pulak. Harga adalah RM26.00 nett per person. Ye, tak ada servis charge, govt tax whatever plus plus. It is nett y'all! (but tak jamin lah kalau pasni diorang revise hahahah)

Ok sekian untuk review kali ini.



UPDATES (18 November 2013)
Untuk pengetahuan, harga terkini shabu shabu restoran ialah RM31 nett per person ye. Tapi untuk kanak-kanak saya tak pasti berapa.

Diorang ada sijil halal yang dipamerkan di kaunter depan sebelah kiri wall.

Contact No Shabu Shabu : 05 - 241 3555
(dinasihatkan buat reservation few days earlier sebelum datang kalau nak makan kat dalam)





11 comments:

Ramona Fonseka said...

Hi, I came across your blog randomly and I really like it. :) I wish more posts were in English. Love the slideshow at the top - very cool way to show your interests.

Anonymous said...

u kate rm 26 nett per person. awat esit tu mahai sgt? btw, ley mkn ap saje hnye perlu byr rm26 ke cmne?

@yU said...

Sebab yg makannye 13 adults + 2 kids. Boleh enlarge gambar resit dan lihat perkiraannya.

But now harga dah naik. RM29 per head. Bufet style so boleh makan apa saja yang disediakan. Tiada bayaran tambahan.

Anonymous said...

Salam, ada sijil halal ke?


H M said...

kenapa dgn nasi ganja ye ?

@yU said...

saya amat was-was dengan kebersihan dan kesucian makanan dan busines tu sendiri. :)

@yU said...

ada sijil halal

nZaOdonut said...

salam :)
bw sini yep..

skrg harga kat shabu-shabu ipoh dah naek rm31.00 nett
time puase aritu naek sampei laa ke arini huhu

@yU said...

wsalam :)


ha'a dah naik aritu pergi dah RM31. terlupe dah pasal entry ni hehe. TQ for the info ye! ^_^

unknown said...

Now is rm35..:)

@yU said...

yeszaa thanks for the update!

(akan naik lagi dan lagi)