Thursday, June 27, 2013

Why oh why?

Pernah tak anda sedang browsing dan buka banyak tab dalam internet browser anda, dan tiba-tiba keluar satu lagu yang anda tak tahu datang daripada tab yang mana? Dan lebih teruk lagi bila lagu tu bukan citarasa anda, atau membingitkan, atau anda sememangnya sedang mendengar alunan lagu daripada mp3 player anda sendiri mahu pun online radio, dan lagu ini nyatanya mengganggu lagu yang sedang asyik anda dengari?

Ya itu lah salah satu ciri website yang sangat annoying di pandangan saya. Jika anda adalah pemilik web atau blog yang mempunyai lagu yang dimainkan secara automatik di laman web anda, sila ambil tahu perkara-perkara di bawah, kenapa anda perlu buang lagu anda itu dengan kadar segera:

1. Lagu yang anda suka tidak sama sekali bererti lagu itu sedap didengar di telinga orang lain.
2. Kita semua punya citarasa yang berbeza.
3. Lagu anda tidak selalunya menepati mood yang ada pada pembaca laman web anda.
4. Buang fungsi autoplay tersebut jika anda masih berdegil untuk mengekalkan lagu tersebut. 
5. Kadangkala pembaca sedang mendengar lagu di radio atau player mereka sendiri, so jangan potong la!!
6. Bila lagu itu autoplay dan tak ada pulak fungsi untuk mematikan lagu tersebut, maka terpaksa lah pembaca menutup saja laman web anda itu.
7. Annoying, annoying and annoying. Saya selalunya tidak akan lagi mengunjungi laman web yang mempunyai lagu autoplay. Banned for life!
8. Meletakkan lagu di laman web adalah SO OUTDATED!


This is not 90s era anymore where you want your website to be all about fancy, bling bling and full of animated graphics. 




Dah berlalu dah zaman myspace, remember?


Sekian, terima kasih.




Sunday, June 23, 2013

The cyst.

Opps..tergendala kejap entry aku pasal trip ke Europe.

Pulang daripada sukan staf kira-kira 2 minggu lepas, aku ada masalah kesihatan sikit. Mulanya aku ingatkan jerawat di badan, tapi makin lama benjolan tu makin besar, nak-nak lepas aku dengan terernye cucuk dengan jarum peniti. HAHAHAA.

Lepas tu aku syak, bengkak sebab kalenjar peluh tersumbat. I had this experience before, about 11 years ago. Siap pecah lagi. It was extremely painful till I had to call my mother and cried over the phone. Not wanting to endure the same experience again, I decided to see a doctor.

Damn I was right. She said it's an infected sebaceous cyst. Ok, dah kena infection, hence the pain. Actually cyst ni tak bahaya pun. Kalau cyst tu tak mengganggu, tak sakit dan tak membesar, biar kan aje pun takpe. I know some people who have this kind of cyst and they just live with it.

But my case was different. It was utterly painful, I couldn't sleep at night. And it was very disturbing because of its awkward position. The doctor said it's up to me whether I should have it removed or not, but she recommended me to remove it. For 3 days, I was thinking should I leave it or not. I was worried about undergoing a surgery because I'm allergic to all painkillers I've taken except Arcoxia. I even got one bad experience with an anesthetic too. So aku hanya ambil antibiotik dan Arcoxia yang diberi oleh doktor. But it did not help. Even a bit. It got worse!

So hari ketiga dah tak tahan sangat, aku pun pergi lah ke hospital. They straight away referred me to a general surgeon (I insisted to have a female surgeon). Cuak ok. At times I felt like I was too rushing into making a decision, but most of the times, I couldn't bear the pain anymore.

The term this surgeon used is "infected epidermal cyst". It's the same type of cyst. Whatever I had in my mind, I was right about it. She said I should not wait anymore. "It's big, very big!" she said while pressing on my cyst. Sakit la gile. Aku siap tepis tangan dia, mujur tak dikepakkan aje hahahaha.

"So err.. if I agree to remove it, when will you do the surgery?" aku pun tanye dengan rasa kurang tenteram.

"Tomorrow," she said with a very long smile with her eyes fixed on mine.

Aku senyap je. Gulping.

"Why? Too fast?" she asked. It was obvious. Written all over my face 'Are you kidding me?'

"It's too soon!" I heaved a deep sigh. "Can I just go home, take a rest and think about it?"

"Sure!"

I went to my office, met my friends, asked for their opinions and they insisted me to see a plastic surgeon working at our college for some advices. Bertuah badan keje kolej perubatan ni.

It didn't take long... esok paginye pukul 8 pagi aku dah terpacak kat depan bilik dia and I was the first person in queue. Thanks to the excruciating pain I was having.

"Ok, tomorrow, 9am," she said calmly. Still smiling.

I kept reminding her about my allergies over and over again. To make me happy, she called an anaesthetist right on the spot and gave me suggestions. Still not so convinced though.. haha.

"Are you gonna do local anaes.."

"You want local?? It's not gonna be pleasant!" She cut me off. Siapa nak hoi hoiii. 

"No! Put me to sleep. By the way, I'm allergic to lignocaine," again I mentioned before I left her room.

Probably I couldn't sleep that night? Well, I went to bed around 10.30pm. LOL. Tapi memang aku takde mood nak packing malam tu. Risauuuu!!!

So esok paginya, aku admit ke hospital pukul 7.40 pagi seperti yang diminta. Pukul 8 masuk bilik, pukul 8.10, nurse masuk bawak baju hijau tuuu.. and some other stuff including a weighing scale. Timbang-timbang, I lost 7-8 kilos! Thanks to the sports I've been involved in.

Well, one happy news. :P
I'm ready! (well, physically je lah haha)

Then naik kerusi roda, ditolak ke operating room. Soklan lazim tiap kali kena naik wheelchair, "Larat ke nak tolak?" Haha.

Sampai kat operating room, aku diminta baring atas satu katil ni, dan kemudian diorang 'parking' aku kat Parking Bay. :P





Sejuknya lah. Nak tertidur aku tunggu giliran. Masa ni taktau nak buat apa, nak tidor macam tak senonoh je.. kang berdengkur, lagi naya. Maka baca aje lah segala surah yang aku hafal. Dalam OR, ada sorang tengah jalani ceasarean. Pastu midwife dah standby baby cot sebelah aku.

Ada dua orang doktor yang datang kat aku sambil belek-belek flipboard aku.

"Puan Ayu.."

"Cik, cik, cik...." I corrected him with a lousy voice. Selalunya aku tak betulkan, tapi sebab aku seorang pesakit masa tu, just in case lah kan..

"Oppss.. sorry! Cik Ayu."

He checked on my cyst and said, "Woah.. it's quite big!" Damn.............

While waiting, I felt so bored, I started talking to my cyst while rubbing it softly. "Well cyst, I don't hate you but I'm sorry. You don't belong here.."

Aku terpaksa diberikan nebulizer terlebih dulu sebab bius boleh menyebabkan aku terkena serangan asma, katanyeww lahh. Sambil nebu tu, dah mula lalok sikit, tiba-tiba aku dengar bunyi bayi menangis. 'It's a boy!!' I made my own scene in my mind. Taktau la laki ke perempuan.

Then aku nampak midwife bawak bayi tu dan letak dalam baby cot which was right next to me. I smiled looking at the baby, fresh from the oven! Haha. Subhanallah. Indahnya ciptaan Tuhan. The baby was so cute (and big!!) and one the MAs thought it was mine, and a nurse immediately shook her head...

Awkward moment. I stopped smiling and quickly looked at somewhere else. Sheeshh.. Cik Ayu. Remember??

Anyway the surgeon and the anaesthetist were told again and again about my allergies. I don't remember to how many people I had to keep mentioning about this. Their reactions were similar, "Wow that's a lot!"

They discussed what should they give me and I honestly didn't want to hear it. Luckily they finished their discussion far from me till the anaesthetist came to me and said "I think kita bius you guna style lama lah.." His face was looking very concerned. I waited for him to continue his words.

"Kita ikat you!" sambil depa tangan dia dan buat muka kartun. OK!!!!!!

Then he laughed and left me. Memang siot.

Habis nebu, they brought me into the OR. Patutnya ada sorang lagi patient before me, tapi dia datang lambat. Elok laa aku pun tak larat nak tunggu. Aku diusung masuk ke OR dan benda pertama aku cari ialah jam. 9.16am. Noted.

Aku dah a bit drowsy sebab kena nebu, ditambah pulak dengan kerabunan aku, so aku pun tak berapa nampak sangat lah suasana dalam OR tu. I saw some lights above me.. well, hello Grey's Anatomy.

Masa nak cucuk tangan tu, the surgeon said, "Oh ini susah mahu cari.." sambil tepuk-tepuk tangan aku.

"Well, that's what they always said," I said lazily.

And he missed it! "Oppss oppsss.. missed it. Terlepas!" Urat aku pergi jogging kot.

Terpaksa lah dia cari urat lain. "Sorry arr dua kali kena cucuk."

"It's ok," tu je lah aku cakap sambil pandang siling. Taktau nak cakap apa dah. Dah ler sakit. Aku hanya baca surah-surah dalam hati sambil diorang prepare everything dan bila MA yang comel (eh?) tu cakap, "Kak, ni oksigen yek.." sambil letak oxygen mask tu, aku start lah mengucap...aku nampak siling dah melenggok-lenggok kiri kanan dan dalam lima kali mengucap, aku pun padam...

I had dreams. Happy dreams! Dah lama tak mimpi indah lagi menyeronokkan. They said we don't dream when we are under general anaesthesia but I did. It was good until..

"Ayu... Ayu... Ayu..."

Ada orang tepuk-tepuk bahu aku. And I was conscious again. For a second, aku kat mana nii? Arghhh back to this damn place! And I felt a little pain on my chest. Quickly I touched it.. Mulut pun tak henti-henti mengucap syukur Alhamdulillah. Berakhir sudah episod mendebarkan ini!

"How's the operation?" I asked the doctor. Ingat lagi nak cakap omputih nye pun. The doctor showed a thumbs up and said everything went well.

My second question, I asked the nurse who woke me up "Pukul berapa sekarang?"

"Ha? 10.30 pagi."

Kata 15 minit je surgery ni... but it took at least an hour I guess?

They said after surgery you're gonna feel very drowsy, weak.. rasa nak muntah and probably you'll fall asleep for the whole day.

Well, they sent me back to my room and I had normal conversation and my voice was as clear as before. Lucky for me, I didn't experience any allergies, drowsiness or nausea. I was indeed hungry. Nurse cakap lepas 4 jam baru aku boleh minum air masak, lepas tu kalau tak muntah, baru minum milo. Kalau ok gak, baru boleh makan. I was like WHAT? I NEED FOOD. NOW!

Mm well aku angguk je lah. Nak cakap pe. Haha. I asked my sis for my phone, text some people, checked on my fb/twitter, replied emails about work and had a small fight with my boss. Yep, right after the surgery. I was utterly disappointed with what happened between me and my boss, the wound probably would leave a permenant scar deep in my heart. Come on, I just left the OR! Isn't there any respect at all? As I immediately lost mine. *sigh*

The doctor came about half an hour after that, and she asked how I was feeling. Despite of the bitterness, I said I'm totally fine and she allowed me to have my meal right at that second. YEAY!!

Perut dah kenyang, ape lagi.. tidur lah haha.

Anyway, thank you to all my friends for the warm wishes, especially those who came for a visit. They've been very supportive. I made the right decision to remove it after getting advices and support from my friends. The cyst was as big as a pingpong ball. We were kinda surpised to see it. Didn't expect it would be that big!

Alhamdulillah. Tak sabar nak bukak jahitan and go back to my normal life.

Thank you all for your prayers and wishes.



The cyst.







Sunday, June 16, 2013

Europe Trip - France.


Paris. Kota cinta.

Masuk je border France, aku rasa excited. Saya di Perancis kini! Yahuuu!

Berhenti makan di sebuah restoran di Dijon. Turun dari bas, rasa sejuk sangat. Sungguh dingin! Tapi tetap pakai jaket nipis. :P



Menu hari tu salmon dengan butter rice, sup pumpkin, dan aiskrim pistachio bersama sos rapsberi yang marveles gile. Dessert je lah sedap.. main course dia no komen la.. hahaha.. sup pumpkin pun macam makanan baby je. Tak caye tengok ni...


LAZAT!

Kami sampai di Evry, check in hotel dan rest sebab perjalanan dari Switzerland ke Paris memakan masa lebih kurang 6-7 jam. Hotel kali ni yang paling best sebab ada mini kitchen. Memang takde persoalan lazim yang terdetik dalam fikiran, "Boleh masak ke tak boleh?"

Bershopping-an di Carreffour. Ada halal section. Jaket malas nak cabut sebab malas pegang.

Depan hotel (Residhome Apparthotel Paris-Evry)
Rombongan kaum Adam. Abah saye dua dari kiri.



Kedai barangan Malaysia di Paris!

Berhabis duit kat sini.

Football fans n their friends berjalan melintasi kitorang sambil ajak nyanyi ramai-ramai. 

Kaki aku tu dah kenapa..

Suhu ketika kami di Paris amatlah sejuk especially bila malam. Tapi malam tak panjang. Pukul 8-9 malam, langit masih cerah. Aku dan adik pulak jenis tega taknak tutup tingkap apatah lagi pasang heater! Hahaha. Memang sejuk. Tapi selamba jugak bila nak tidur, aku pakai baju macam duk kat Malaysia je.. tapi berbungkus dengan comforter. Sangat kental sejuk aku ni.. Tapi..

Aku ada rasa cuak sikit sebab aku jenis senang hidung berdarah. Sepanjang hidup aku ni, ada dekat 20 kali dah kot hidung aku berdarah haha.

Masa tengah-tengah feeling nak tidur, tiba-tiba rasa tik..tik..tik... satu cecair keluar laju je dari lubang hidung. Terus aku seka dengan jari dan instinct aku sangat lah tepat!! HAHAHAHA.



Keesokan malamnya hidung aku berdarah lagi. Maka bertenggek lah aku kat sinki sampai stop bleeding. Sinki putih menjadi merah. Banyak pulak tu tapi sebab dah biasa kan.. ape nak buat.

Ape aku nak cerita pasal Paris ni ye. Aku rasa semua pun dah tahu apa ada kat Paris ni.. so korang layankan aje lah ye gambar-gambar hehe. Menjelang tengahari, kota Paris jadi sesak dengan lautan manusia, tourists dan juga local people yang suke lepak tepi sungai. Cuaca sejuk dingin memang syok la lepak cenggini. Sungai pun tak kotor macam kat KL tu haha.



Dah letih nak senyum kot




Oh ye, kat Europe ni pun banyak graffiti macam di Sydney.. tapi yang paling kronik aku rasa di Germany. Sepanjang jalan tu boleh nampak. But secara peribadi, aku rasa Sydney punya grafitti jauh lebih cantik dan kreatif.

Berjalan ke negara orang ni yang seronoknya adalah memerhatikan culture dan perangai orang-orang kat sana, selain daripada pemandangan dan bangunan-bangunan yang cantik tu lah kan. Di sini budaya berbasikal tu adalah lifestyle diorang, so jalanraya pun ada lorong-lorong khas untuk cyclists. Ada juga perkhidmatan menyewa basikal. Aku ada tengok tv hari tu, di mana orang kita nak terapkan budaya berbasikal ni di negara kita. Contoh, pergi kerja pun naik basikal. If only you realized the weather really has something to do with this!

One thing I realized about the local people in Paris... skill parking kereta diorang teruk gila kot hahahah. Aku kadang-kadang tergelak sesorang dalam bas tengok kereta-kereta yang diparkir sepanjang jalan tu. Siap ada separuh kereta naik atas divider, padahal parking spot tu elok je clear. Takde lah sampai kena naik atas divider hahaha. Senget-benget dan makan parking space sebelah tu biase juga lah.



Di sinilah Napoleon Bonaparte disemadikan.




Queue yang panjang untuk naik Eiffel.

We finally met!



Despite of how beautiful Paris looks like in all the photos, Paris tetap sebuah kota macam kota-kota yang lain lah. Tandas pun kotor haha. Pick pockets are everywhere. You gotta be careful with your belongings especially when you're at Eiffel Tower. Memang indah tapi banyak crimes!

Hari kedua kami di Paris, kami lunch di satu restoran Thai yang makanannya teramatlah sedap. Rasa cam ahhhh finally we got to taste the real rice!!! Sebab beras kat Europe ni alahai.... seakan tak berkanji dan keras.

Kenyang sungguh lah kenyang. Alhamdulillah. We really enjoyed the food. The best lunch we ever had in Europe. Oh well, aku bercuti ke Europe ni, berat turun beb. Hahah. Sebab bukan selalu jumpa nasi.

Ferry ride selama sejam lebih!




See how friendly they are!

Turun lepak bawah sebab dah tak mampu menahan sejuk kat atas.

COMEL SANGAT BUDAK NI!!


Nampak je sedap tapi mampu telan tomato je. Yang lain tu masam gile.

Ilusi optik. Baju jalur nampak kecik sikit :P (Gigil gila berlagak tak bawak turun jaket)


Overall, memang best lah France ni.. I want to visit you again someday insyaAllah! Cuma sini masalah bahasa. Kena rajin bukak kamus sikit. Ada sekali tu aku nak tukar duit. Jenuh!! Sorang cakap French, sorang cakap English. Last-last nak say thank you tu, aku cakaplah, "Merci!" Itu aje lah dia faham! hahahaha. 

Ada one time masa tengah queue nak bayar, orang sebelah aku tanya aku daripada mana. Aku pun jawab lah, "Malaysia." Dia geleng-geleng, tak pernah dengar. Aku pun tukar sikit, "Malaisie?" but still dia berkerut fikir.. "Err.. Kuala Lumpur?" "Ohhh ohh!! I know Kuala Lumpur!!"

Dem.


Oklah I think that's about it. Next entry will be about..err err.. jap.. Holland!




From Paris with love!



Sunday, June 09, 2013

Europe Trip - Switzerland

Switzerland! 

Antara negara yang kami nanti-nantikan. Germany cantik tapi Switzerland is like lapan ratus kali cantik haha. Dari Black Forest, kami terus menuju ke Schaffhausen, Switzerland. Dekat ajer. Di sini ada Rhine Falls, sejenis air terjun (apekah ayat ko ni Yu..). Rhine Falls ni merupakan air terjun terbesar di Eropah. Tapiii.. takde lah tinggi mana! 





Aksi poyo satu!

Barang-barang di Switzerland mahal! So kat sini aku hanya beli satu fridge magnet je. Sini boleh pakai Euro eventhough diorang ada mata wang sendiri, Swiss franc. Tapi rugi lah pakai Euro sebab harganya akan jadi lebih mahal. 

Malam tu kami menginap di tengah bandar Lucerne, antara bandar tercantik di dunia. Memang cantik! Hotel kami dekat dengan tasik Lucerne (Luzernersee), only walking distance. Tapi hotel ni biasa je lah. Paling tak best among all hotels we stayed at. Tak boleh masak pulak tu, ye tak ye aku cek bathroom dia takde smoke detector kan.. so aku masak je maggie dalam bilik air. Muahahah. Untuk dinner malam kedua, aku google lah restaurant yang halal around that area. Alhamdulillah, the only halal restaurant in Lucerne, Tassnim Orient is located only 400m from our hotel. 


Pagi yang dingin.

Cantikkkk sangat view kat sini.

Kami pergi bercuti ni time musim bunga. But Spring came very late this year, hence tak banyak bunga-bunga yang dah bloom. Dan cuaca masih sejuk macam hujung winter. Sepanjang kami di Eropah, waktu malam suhu memang drop gila especially masa kami di Holland dan juga France yang mencecah 2 deg celcius pada malam kami di sana, menurut local people lah. So, berjalan ke restoran sejauh 400m memang lah tak terasa langsung. 

Antara menu tersedap sepanjang kami di sana. Alhamdulillah!

Pulak tu restoran makanan arab kan. Haa kauuu... memang special menu lah kami order. Alhamdulillah rezeki murah malam tu, sebab ada uncle from our group ni belanja kami semua makan. Tahu-tahu je meja kami dah dibayar. Semoga murah rezeki uncle Nik.


Engelberg.


Di Switzerland, antara tempat yang kami kunjungi ialah Mount Titlis yang puncaknya sentiasa bersalji kerana berada di atas paras salji. So menurut skier yang kami borak, rata-rata skiers yang gian nak ber-ski time bukan winter, mereka akan ke sini lah. Masa kami pergi, atas tu penuh salji tapiii tak sejuk sangat pun. Kiranya masih boleh tahan la kalau tak pakai winter jacket tu. Cuma bila masuk Glacier Cave, sejuknya tak tahu lah nak cakap macamana.. mencucuk-cucuk. Kat atas tu, susah sikit nak bernafas due to thin air (siap ada yang pitam bila berasak-asak dalam kereta kabel) so bila masuk dalam gua ais tu, fuh..terus aku sukar nak bernafas, maka terpaksa lah lilit separuh muka dengan muffler untuk perangkap haba, baru laaa ok. 

Mintak napassss~~~
Di Switzerland, memang jarang nampak orang kita. Yang banyaknya kat London. Tapi dalam glacier cave tu siap jumpa orang cina Malaysia, sakan borak u olls. Diorang lah yang tolong ambil gambar ni..

Glacier Cave. (spek berkabus sebelah wahahah)

Nak naik ke puncak Titlis tu (Klein Titlis setinggi 3028m), kena naik cable car yang mempunyai 4 kali transit. The first one is Gerschnialp (1262m), masa stop sini, kami tak dibenarkan turun dan terus je continue ke stage seterusnya. Tak silap aku, Gerschnialp ni untuk hikers je. Second stage,  Trübsee (1796m). Ha di sini ada tasik Trübsee tapi kami terus naik cable car seterusnya untuk ke stage ketiga iaitu Stand (2428m).. cable car dia lain sikit.. empat segi dan boleh masuk ramai-ramai. Macam ni lah..


Yang cable car last sekali lah paling menarik sekali.. masuk ramai-ramai jugak, dan lantai dia berpusing perlahan so everyone gets the view from every angle lah. Tapi dalam cable car ni lah ada yang nak pitam. Mungkin sebab packed kat dalam tu dan udara pun dah makin nipis.. lack of oxigen. Nasib baik lah aku yang asthmatic ni ok je. Hehe.

The last cable car


Kebesaran Ilahi

Masa main salji tu, kami bawa shoe spikes so takde lah licin nak berjalan atas salji tu. Nak beli kasut khas tu memang tak kuase lah nyah oiiii. Shoe spikes ni boleh pakai pada kasut sukan yang biasa. Tapi nak memakainya ya rabbi ya salam... bercinte u olls. Sampai terluka tangan aku ni. Ketat gile haha. Kalau korang nak beli, boleh dapat kan di Universal Traveller dengan harga RM19.90 (setakat pada tarikh aku beli lah ye hehe).

Comel je hik hik





Bila dah lapar..

Selain Mt Titlis, kami juga ke beberapa tempat lain di bandar Lucerne, termasuklah Bucherer Gallery dan Chapel Bridge. Switzerland ni terkenal dengan pembuatan jam so Bucherer Gallery ni merupakan kedai jam-jam berjenama terkenal macam Swatch, TAG Heuer, Tissot, Rolex dan jenama Carl F. Bucherer sendiri. Aku malas nak usha lah sebab baruuuu je beli jam. So masa diorang sibuk membakar duit, aku ajak adik aku jalan pusing-pusing blok kat situ yang penuhhhh dengan bermacam kedaii untuk shopping. Tapi aku tak shopping sangat lah.. belek-belek jugak tapi takut beg penuh! Target nak shopping kat tempat lain. Dan seperti yang aku mention awal-awal tadi, hargenye u olls berpeluh mak nak bayar. So kalau nak shopping kat sini, jangan lupa tukar duit diorang ye. Jangan pakai Euro. Kalau guna Euro pun, bakinya dia bagi dalam Swiss France hehe. Bertambah lah ruginye.

Penat gila masa ni tapi disebabkan Lucerne terlalu cantik, kami gagahkan juga berjalan sebab rasa rugi duduk saja-saja. Chapel Bridge pun terletak tak jauh daripada situ, lebih kurang 100m sahaja! Masa kami berjalan-jalan ni, parents aku dah pancit so diorang berehat kat satu tempat. So kami ni siap buat video ala-ala dokumentari gitu lah kan, tuju lah kat sorang colleague yang bagi pinjam video cam dia (tak cukup satu, bawak dua video cam. hamek kau). Al-kisah balik Malaysia, notebook gwa dengan rasa kesyukuran dan penuh tawaduknya, telah men-format dvd tersebut. Yeeehaaw. Takpe lah, esok lusa aku pegi Lucerne balik. Dekat je. Dari ipoh ni, naik beskal boleh sampai.




Slurrrppp! (eh?)



By the way, Chapel Bridge merupakan jambatan kayu tertua di Eropah. Masa jalan kat jambatan tu, aku terlanggar la seseorang daripada China ni.. dan boleh pulak termelatah "dui bu qi!" which means I'm sorry. Maka mereka ni terbangak lah dengar aku cakap dan ada yang tanya aku tahu cakap Cina ke.. wahahaha. Mesti lah takkk. Ayat sorry tu pun aku tahu sebab masa zaman remaja dulu suka sangat tengok cerita klasik Cina. 

Overall, Switzerland ni menjadi pilihan kami sebagai antara kenangan paling tak boleh dilupakan. Kecantikan negara ni memang tak mampu dinafikan lah. Kalau google tengok gambar-gambar Switzerland pun rasa dah cantik, apa lagi berada di negara tu sendiri. Aku rasa kena bercuti sebulan kat sini, baru puas. Haha.

Berlagak taknak pakai jaket. Gigil tahap berkabus nafas keluar.


Ok lah, ni je aku mampu ingat setakat ni (sambil refer belog adik haha). InsyaAllah next entry will be about the largest country in Western Europe! (haa negara mana agak-agaknye hehe)