Switzerland!
Antara negara yang kami nanti-nantikan. Germany cantik tapi Switzerland is like lapan ratus kali cantik haha. Dari Black Forest, kami terus menuju ke Schaffhausen, Switzerland. Dekat ajer. Di sini ada Rhine Falls, sejenis air terjun (apekah ayat ko ni Yu..). Rhine Falls ni merupakan air terjun terbesar di Eropah. Tapiii.. takde lah tinggi mana!
Aksi poyo satu! |
Barang-barang di Switzerland mahal! So kat sini aku hanya beli satu fridge magnet je. Sini boleh pakai Euro eventhough diorang ada mata wang sendiri, Swiss franc. Tapi rugi lah pakai Euro sebab harganya akan jadi lebih mahal.
Malam tu kami menginap di tengah bandar Lucerne, antara bandar tercantik di dunia. Memang cantik! Hotel kami dekat dengan tasik Lucerne (Luzernersee), only walking distance. Tapi hotel ni biasa je lah. Paling tak best among all hotels we stayed at. Tak boleh masak pulak tu, ye tak ye aku cek bathroom dia takde smoke detector kan.. so aku masak je maggie dalam bilik air. Muahahah. Untuk dinner malam kedua, aku google lah restaurant yang halal around that area. Alhamdulillah, the only halal restaurant in Lucerne, Tassnim Orient is located only 400m from our hotel.
Pagi yang dingin. |
Cantikkkk sangat view kat sini. |
Kami pergi bercuti ni time musim bunga. But Spring came very late this year, hence tak banyak bunga-bunga yang dah bloom. Dan cuaca masih sejuk macam hujung winter. Sepanjang kami di Eropah, waktu malam suhu memang drop gila especially masa kami di Holland dan juga France yang mencecah 2 deg celcius pada malam kami di sana, menurut local people lah. So, berjalan ke restoran sejauh 400m memang lah tak terasa langsung.
Antara menu tersedap sepanjang kami di sana. Alhamdulillah! |
Pulak tu restoran makanan arab kan. Haa kauuu... memang special menu lah kami order. Alhamdulillah rezeki murah malam tu, sebab ada uncle from our group ni belanja kami semua makan. Tahu-tahu je meja kami dah dibayar. Semoga murah rezeki uncle Nik.
Engelberg. |
Di Switzerland, antara tempat yang kami kunjungi ialah Mount Titlis yang puncaknya sentiasa bersalji kerana berada di atas paras salji. So menurut skier yang kami borak, rata-rata skiers yang gian nak ber-ski time bukan winter, mereka akan ke sini lah. Masa kami pergi, atas tu penuh salji tapiii tak sejuk sangat pun. Kiranya masih boleh tahan la kalau tak pakai winter jacket tu. Cuma bila masuk Glacier Cave, sejuknya tak tahu lah nak cakap macamana.. mencucuk-cucuk. Kat atas tu, susah sikit nak bernafas due to thin air (siap ada yang pitam bila berasak-asak dalam kereta kabel) so bila masuk dalam gua ais tu, fuh..terus aku sukar nak bernafas, maka terpaksa lah lilit separuh muka dengan muffler untuk perangkap haba, baru laaa ok.
Mintak napassss~~~ |
Di Switzerland, memang jarang nampak orang kita. Yang banyaknya kat London. Tapi dalam glacier cave tu siap jumpa orang cina Malaysia, sakan borak u olls. Diorang lah yang tolong ambil gambar ni..
Glacier Cave. (spek berkabus sebelah wahahah) |
Nak naik ke puncak Titlis tu (Klein Titlis setinggi 3028m), kena naik cable car yang mempunyai 4 kali transit. The first one is Gerschnialp (1262m), masa stop sini, kami tak dibenarkan turun dan terus je continue ke stage seterusnya. Tak silap aku, Gerschnialp ni untuk hikers je. Second stage, Trübsee (1796m). Ha di sini ada tasik Trübsee tapi kami terus naik cable car seterusnya untuk ke stage ketiga iaitu Stand (2428m).. cable car dia lain sikit.. empat segi dan boleh masuk ramai-ramai. Macam ni lah..
Yang cable car last sekali lah paling menarik sekali.. masuk ramai-ramai jugak, dan lantai dia berpusing perlahan so everyone gets the view from every angle lah. Tapi dalam cable car ni lah ada yang nak pitam. Mungkin sebab packed kat dalam tu dan udara pun dah makin nipis.. lack of oxigen. Nasib baik lah aku yang asthmatic ni ok je. Hehe.
The last cable car |
Kebesaran Ilahi |
Masa main salji tu, kami bawa shoe spikes so takde lah licin nak berjalan atas salji tu. Nak beli kasut khas tu memang tak kuase lah nyah oiiii. Shoe spikes ni boleh pakai pada kasut sukan yang biasa. Tapi nak memakainya ya rabbi ya salam... bercinte u olls. Sampai terluka tangan aku ni. Ketat gile haha. Kalau korang nak beli, boleh dapat kan di Universal Traveller dengan harga RM19.90 (setakat pada tarikh aku beli lah ye hehe).
Comel je hik hik |
Bila dah lapar.. |
Selain Mt Titlis, kami juga ke beberapa tempat lain di bandar Lucerne, termasuklah Bucherer Gallery dan Chapel Bridge. Switzerland ni terkenal dengan pembuatan jam so Bucherer Gallery ni merupakan kedai jam-jam berjenama terkenal macam Swatch, TAG Heuer, Tissot, Rolex dan jenama Carl F. Bucherer sendiri. Aku malas nak usha lah sebab baruuuu je beli jam. So masa diorang sibuk membakar duit, aku ajak adik aku jalan pusing-pusing blok kat situ yang penuhhhh dengan bermacam kedaii untuk shopping. Tapi aku tak shopping sangat lah.. belek-belek jugak tapi takut beg penuh! Target nak shopping kat tempat lain. Dan seperti yang aku mention awal-awal tadi, hargenye u olls berpeluh mak nak bayar. So kalau nak shopping kat sini, jangan lupa tukar duit diorang ye. Jangan pakai Euro. Kalau guna Euro pun, bakinya dia bagi dalam Swiss France hehe. Bertambah lah ruginye.
Penat gila masa ni tapi disebabkan Lucerne terlalu cantik, kami gagahkan juga berjalan sebab rasa rugi duduk saja-saja. Chapel Bridge pun terletak tak jauh daripada situ, lebih kurang 100m sahaja! Masa kami berjalan-jalan ni, parents aku dah pancit so diorang berehat kat satu tempat. So kami ni siap buat video ala-ala dokumentari gitu lah kan, tuju lah kat sorang colleague yang bagi pinjam video cam dia (tak cukup satu, bawak dua video cam. hamek kau). Al-kisah balik Malaysia, notebook gwa dengan rasa kesyukuran dan penuh tawaduknya, telah men-format dvd tersebut. Yeeehaaw. Takpe lah, esok lusa aku pegi Lucerne balik. Dekat je. Dari ipoh ni, naik beskal boleh sampai.
Slurrrppp! (eh?) |
By the way, Chapel Bridge merupakan jambatan kayu tertua di Eropah. Masa jalan kat jambatan tu, aku terlanggar la seseorang daripada China ni.. dan boleh pulak termelatah "dui bu qi!" which means I'm sorry. Maka mereka ni terbangak lah dengar aku cakap dan ada yang tanya aku tahu cakap Cina ke.. wahahaha. Mesti lah takkk. Ayat sorry tu pun aku tahu sebab masa zaman remaja dulu suka sangat tengok cerita klasik Cina.
Overall, Switzerland ni menjadi pilihan kami sebagai antara kenangan paling tak boleh dilupakan. Kecantikan negara ni memang tak mampu dinafikan lah. Kalau google tengok gambar-gambar Switzerland pun rasa dah cantik, apa lagi berada di negara tu sendiri. Aku rasa kena bercuti sebulan kat sini, baru puas. Haha.
Berlagak taknak pakai jaket. Gigil tahap berkabus nafas keluar. |
Ok lah, ni je aku mampu ingat setakat ni (sambil refer belog adik haha). InsyaAllah next entry will be about the largest country in Western Europe! (haa negara mana agak-agaknye hehe)
13 comments:
salam sis, cantiknya pemandangan di switzerland....insyallah akn ke sana tahun depan...boleh share itinerary pjalanan...ini emel sya aien.nurainzulkaflin@gmail.com
Hai ain,
Saya pegi sana guna ejen. But i'll share the itinerary if you want.
Assalam ayu.. ayu..akk pun rasa mcm nk ke sana... bole share x dgn akk itinerary nye..
Salam kak,
Saya ikut agent so itinerary ikut pakej.. Tapi saya share di sini ye.. if akak nk pegi sendiri (backpack), better cari itinerary yg sesuai utk backpackers. :)
13 Hari 10 Malam Penerbangan Etihad Airways
HARI 1 KUALA LUMPUR – ABU DHABI
Berkumpul di balai berlepas KLIA 3 jam sebelum masa berangkat, daftar masuk & bagasi, bertolak ke Abu Dhabi, transit sebentar di Abu Dhabi, sambung penerbangan ke Frankfurt.
HARI 2 ABU DHABI – FRANKFURT - MANNHEIM (L)
Tiba di Frankfurt pada awal pagi. Lawatan ringkas di sekitar Frankfurt, antaranya ke Dom, shopping di Romerburg Square dan bertolak ke bandar Heidelberg, singgah photo di Heidelberg Castle, bermalam di Mannheim.
HARI 3 MANNHEIM – BLACK FOREST – SCHAFFHAUSEN – LUCERNE (BL)
Sarapan pagi. Menuju ke Titisee, singgah di The Rhinefalls, air terjun terbesar di Eropah, melalui hutan Black Forest yang terkenal, singgah di kedai jam cookoo clock, menuju ke Lucerne yang merupakan antara bandar tercantik di dunia, bermalam di Lucerne.
HARI 4 LUCERNE (BL)
Sarapan pagi. Melawat ke Gunung Titlis dengan menaiki cable car Engelberg, masa bebas diatas Mount Titlis sehingga tengahari, peserta boleh bermain salji disini, kembali ke Lucerne dan singgah photo ke Chapel Bridge dan Lion Monument, membeli belah barangan khas Swiss seperti jam tangan (Rolex, Swatch, Tag Heur dll) dan coklat terbaik buatan Swiss di Bucherer Gallery.
HARI 5 LUCERNE – DIJON - PARIS (BL)
Sarapan pagi. Bertolak ke Paris menaiki bas (6 Jam), saksikan keindahan panorama indah disepanjang perjalanan ini. Tiba di Paris, check in hotel dan bermalam di Paris.
HARI 6 PARIS (BL)
Sarapan pagi. Lawatan di Paris. Singgah photo di Eiffel Tower, merupakan mercu tanda paling terkenal di Paris. Singgah photo di Arc de Triomphe, Opera House, Lauvre, Champ - Elysees dan Cathedral Notre Dame. Selepas makan tengahari bebas membeli belah ke Paris Look (kedai menjual pelbagai minyak wangi jenama terkenal) dan Gallerie Le Fayyet (gedung membeli belah terbesar di Eropah). Bermalam di Paris.
Optional Tour : Bateoux Mouche Paris By Cruise Euro20 seorang
HARI 7 PARIS – LILLE – AMSTERDAM (BL)
Sarapan pagi. Bertolak ke Amsterdam. Sampai di Amsterdam. Aturcara bebas dan bermalam di Amsterdam
HARI 8 AMSTERDAM - KEUKENHOF PARK (BL) – PELEPASAN 100 COLORS OF TULIP
Sarapan pagi, lawatan ke *Keukenhof Spring Garden, taman bunga tulip terbesar didunia, saksikan keindahan lebih 4 juta bunga tulip pelbagai warna disini, anda pasti terpesona!! kemudian lawatan ke Zaan Schaan, kawasan yang amat terkenal dengan keindahan kincir angin kayunya, disini juga peserta akan dibawa melawat ke kilang kasut kayu Clog Factory dan Cheese Factory, lawatan ke Coaster Diamond Factory, kemudian menaiki bot “Amsterdam Canal Cruise” selama 1 jam. Masa bebas di Dam Square.
HARI 9 AMSTERDAM – BRUSSEL - LONDON (BL)
Sarapan pagi. Bertolak ke Brussels, singgah photo di Atomium dan Royal Palace, kawasan ini merupakan kawasan terkenal tumpuan pelancong. Selepas makan tengahari, bertolak ke London dengan menaiki keretapi Eurostar 2nd class seater, tiba di London, check in ke hotel, bermalam di London.
HARI 10 LONDON (BL)
Sarapan pagi, lawatan luar ke Big Ben, London Eye, Tower Bridge, Westminster Cathderal, Buckingham Palace, singgah solat di London Mosque and Muslim Community Centre, masa bebas membeli belah di Oxford Streets sehingga petang, bermalam di London.
HARI 11 LONDON FREE & EASY (B)
Selepas sarapan, aktiviti bebas di kota London.
HARI 12/13 LONDON – ABU DHABI – KUALA LUMPUR (B)
Sarapan pagi, Menuju ke lapangan terbang untuk mengambil penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Transit di Abu Dhabi.
Thanx ayu... Ayu guna ejen mana??
Ayu.. Agent mana ayu guna??
Saya pakai ejen v-reka. Ni website mereka: http://www.vrekatravel.com.my/v2/
FB: https://www.facebook.com/vrekatravel
U're welcome, kak. Harap dpt membantu.
Ayu .. bln 5 ni akk nak pergi swiss.. perlu ke bw winter coat.. ada kwn inform x perlu
Saya rasa tak perlu, kak. Pagi dan malam mungkin agak sejuk so memadai akak bawak sweater biasa macam kita pakai pergi cameron highland. :)
Have a safe journey, kak and enjoy your vacation.
Salam sis :)
sy pun baru nak tanya mcm sis Mahfuza tu, adakah sweater dah memadai kalau ke Switzerland dalam June? Sebab tengok gunung semua still bersalji.
InsyAllah nanti cadang nak bawak parents ke sini, dan risau jugak kalau diorang tak tahan sejuk. :)
sweater macam ke Cameron pun dah memadai ea? T_T nervous pulak sebab kalau kat tempat saya di Czech ni, memang dah berpeluh2 dah bulan June tu.
Mount Titlis memang sentiasa bersalji rasanya.. sebab tu ramai skiers pergi ke sana utk ski bila bukan winter. But walaupun bersalji, if its not winter, atas tu tak sejuk pun :)
bulan june dah masuk summer kan? :) Masa saya pergi bulan april, dah tak sejuk sangat except waktu malam dan pagi. So insyaAllah june tak terlampau sejuk. Suhu maybe around 20+.
If nak kan confirmation, boleh refer http://www.accuweather.com/en/ch/zurich/316622/june-weather/316622
Harap membantu ^_^
TRANSPORT MACAMANA EH.. SAYA NAK DUA 2 MALAM JE.SMPAI SANE MGKIN LEWAT.
JADI NK TANYA,OK KE TAK BELI SWISS PASS DARI ZURICH KE ENGELBERG,MT TITLIS,ZURICH.?
TQ
Salam nurul jannah,
Saya tak dpt nak jawab soalan jannah sebab saya pergi under travel agent so transportation dah disediakan. Maaf ye. :)
Post a Comment