Alhamdulillah syukur nikmat diberi Allah Taala di atas rezeki untuk aku pergi bercuti bersama keluarga ke Eropah baru-baru ni. Bukan senang nak cari pakej yang sesuai, macam-macam sebab lah. First package yang kami dapat, daripada Andalusia.
Aku call, cakap nak booking untuk 4 orang. Aku minta dia hold dulu booking for us sebab aku bekerja, perlu cari masa yang sesuai untuk pergi bayar deposit. Akhirnya minta Abah untuk booking tapi pada hari yang Abah nak pergi bayar tu, Andalusia call cakap ada orang nak datang bayar deposit sekarang jugak, dah ada depan dia. Sangat kurang ajar lah aku rasa. Dah janji dan konfem boleh hold seats for us dan aku cakap aku akan bayar minggu tu jugak. 2 days difference je pun. Tapi ye lah pompuan gila duit agaknya. Tak menyempat-nyempat, terus call, cakap ada orang nak bayar deposit dah.
Kalau dah kemaruk sangat nak duit, at least warn us lah, minta segerakan pembayaran. Ayah aku dah nak keluar pergi bayar kot. Bukan bila ada orang depan muka dia, baru nak buat call. Sangat tak profesional lah pompuan bernama Nurzaliza ni. Mohon maaf lah aku mention je nama dia, with the hope that she or her colleagues finds this entry. Memang aku complaint kaw kaw lah dalam email pada pihak diorang ni.. sekor pun tak berani jawab, apa lagi minta maaf.
Yelah, company dah besar... kepala pun besar lah.
Tapi ada hikmahnya jugak lah kot as I heard from someone yang join trip kami ni cakap Andalusia tak bagus. Servis tak bagus, hotel yang diberikan untuk pakej Umrah pun sangat jauh dari masjid. Wallahualam. Rezeki masing-masing lah kot.
I believe semua travel agency ada macam-macam review. But that's one for Andalusia. I will give my review on travel agency that we decided to choose. Tapi bukan dalam entry ni lah ye hehe.. Ni first time aku travel ikot agent, sebab pergi dengan warga emas ni tak boleh lah nak buat backpackers style ahaksss.
I can't go in details about my vacation.. maklumlah dah lambat sangat , banyak tak ingat hahah. Kalau nak details, boleh baca belog adik aku. Aku mampu review secara overall aje la hehe.
Negara pertama kami singgah adalah Germany. Tolak tepi la transit kat Abu Dhabi hehe. Sesampai di Frankfurt, kami agak excited lah nak keluar daripada airport tu. Dingin je rasa. Sungguh nyaman. Sampai je terus tour okeh. Bayangkan lah masing-masing tak mandi sejak dari Malaysia lagi hahaha.
Destinasi pertama ke Romerberg Square dan kawasan sekitar tu. Teruja tengok pokok-pokok tak berdaun kat situ.. membuatkan aku teringat Whomping Willow dalam movie Harry Potter tu. Suhu agak dingin so mana yang jenis tak tahan sejuk tu, pakai sweater atau jaket. Tapi aku, memang tak lah haha.
Bandar Heidelberg ni terletak di lembah sungai Neckar dan universiti tertua di Germany terletak di sini lah. Jurusan perubatan, undang-undang dan Natural Sciences adalah antara jurusan yang terbaik kat negara ni. So boleh dikatakan bandar ni juga dianggap sebagai bandar akademik sebab research yang hebat-hebat pun turut dibuat di sini.
Antara tempat pelancongan wajib di sini semestinya Heidelberg Castle, satu peninggalan sejarah yang menjadi landmark bumi Heidelberg ni. Yang agak pelik bagi aku, bahagian atas istana ni pernah musnah akibat kena panah petir.. dua kali. Wondering jugak apasal boleh kena sambar petir sampai macam tu sekali. Kalau nak masuk dalam castle ni, kena bayar. Tapi oleh kerana tak berapa minat sangat, so kami pun takde lah masuk dalam istana tu.
Perjalanan ke Heidelberg Castle pulak memang menarik sebab pemandangan yang sangat cantik. Haih.. cantik betul negara orang ni. Cuaca pun sangatlah best. Susah nak gambarkan dengan kata-kata. Belum lagi pergi ke negara-negara yang seterusnya. Subhanallah. Tak tahu lah nak cakap macamana. Kalau dalam gambar pun cantik, apa lagi bila tengok dengan mata sendiri. Rasa kerdil je diri ni..
Kami bermalam di Mannheim, sebuah lagi bandar di Germany ni. Tak jauh sangat lah daripada Frankfurt. Menariknya tentang Mannheim ni adalah bentuk bandar ni yang seakan-akan chessboard. So kalau korang tengok map kat bawah ni, bentuknya macam papan catur laa.. dan takde real street names, sebaliknya menggunakan grid reference, contohnya Q2, N3 etc. Bandar Mannheim ni asalnya adalah sebuah perkampungan nelayan. Hotel kami menginap tu pun berdekatan dengan sungai. Ahaa sungai-sungai kat Eropah ni kebanyakan takde lah nampak kotor. Terjaga giteww. Ada sungai-sungai kecil di tepi jalan-jalan besar yang masih jernih.
Dinner malam tu, kami masak je kat hotel. Pukul 4 pagi. Ye. Sebab terlalu penat. Tiba-tiba sedap sungguh lah porridge dan maggie ni yeee... Makan pulak di tepi tingkap yang terbuka luas dengan angin sejuk menyelinap masuk menampar lembut pipi mulus aku ni. HAMIK KAU! Ditambah lagi dengan sambal hitam Pahang yang ibu buat.. Allahuakbar.. Kecur pulak air liur aku time menaip ni hahaha. Suka sambal? Tak pernah rasa sambal hitam? Haa sila try hehe.
Esoknya lepas breakfast dan pusing-pusing amik gambar, kami pun bergerak lah ke destinasi yang diberi nama Titisee. Disebabkan tempat ni dah hampir dengan Switzerland, aku kadang-kadang confused kejap hehe. Nak pergi sini, akan melalui Black Forest, kawasan hutan pokok pine ala-ala macam dalam movie Twilight. Alkisahnye dinamakan Black Forest sebab pokok-pokok pine di situ tumbuh sangat rapat antara satu sama lain hingga menyebabkan sinaran matahari tak dapat menembusi celahan daun so hutan tu gelappp je. Hatta dinamakan Black Forest. Eceh. Pemandangan kat sini memang priceless. Di sini pun dingin dan windy. Best. Masih ada longgokan kecil salji yang mencair. Bila sampai di tasik Titisee, terasa macam dalam lokasi penggambaran filem barat lama. Haha. Cantik lah. What more can I say?
We had our lunch at Lake Titisee. Kemudian pergi ke kilang Cuckoo Clock. Alah jam klasik omputih yang ade burung kayu terjojol keluor tuu. Kilangnye sendiri pun dah memang cantek u olls.
Kemain lagi yong bersembang ye. |
Masuk hari kedua ni pun gambar dah dekat seribu ok. Maka sebab itu lah aku bawak 40GB jumlah kapasiti untuk gegambor. Tak cukup gak taktau lah. To be honest, sampai hari ni aku masih belum tengok habis lagi gambar-gambar percutian ni.. ada hampir 6000 gambar. Muntah siot tengok.
So overall, Germany memang best walaupun tak dapat nak cover banyak tempat sebab nak visit banyak negara. Tapi yelah ikut agent ni yang tak syoknye ialah kekangan masa. Rushing je. Haish.
Antara pengalaman kami di sini, bila mana tetiba jalan jammed teruk sampai langsung tak bergerak. Almaklum aje lah negara sejuk kann... drivers pun mati kan enjin, lepak kat luar borak-borak dengan drivers lain sambil hisap rokok. Yang bagusnya orang-orang kat sini, diorang berhentikan kenderaan pun dekat bahu jalan so ada ruang yang agak luas di antara dua lane tu, in case lah ambulans nak lalu ke apa. Cuba bayang kalau di Malaysia buat macam tu. Confirm lah banyak kereta yang potong queue dan lalu ikut ruang tu!
Satu lagi, tak boleh lupa saat-saat bas terpaksa undur di jalan sempit menaiki bukit menuju Heidelberg Castle. Reverse ok. Horror gile. Dah lah jauh pulak tu, ada lah dalam 15minit bas tu berundur sambil mendaki bukit, sambil mengadap kereta-kereta yang follow di lane yang sama. Memang hero la driver kami, Mr Massimo (Italian) yang handsome lagi mancung hidungnye. Haha.
Satu lagi, tak boleh lupa saat-saat bas terpaksa undur di jalan sempit menaiki bukit menuju Heidelberg Castle. Reverse ok. Horror gile. Dah lah jauh pulak tu, ada lah dalam 15minit bas tu berundur sambil mendaki bukit, sambil mengadap kereta-kereta yang follow di lane yang sama. Memang hero la driver kami, Mr Massimo (Italian) yang handsome lagi mancung hidungnye. Haha.
Ok lah insyaAllah next entry aku sambung pula untuk negara yang seterusnya, Switzerland.
2 comments:
Subhanallah. Gmbr yg u snap sgt cantik. Camnela klu btl2 dpn mata sendiri ya. I cuba buka blog adik u. Tp user blocked tp rsnye bfore this i jumpa blog adik u dulu (pic dia pun super awesome) suruh la dia jgn private kan acc. N mind to share selain sony u ada guna camera lain tak utk trip uols ni. I loveeeee the color!
Alhamdulillah terima kasih. Kamera sony tersebut dah hilang dah, tak lama jodoh kami bersama. hehe.
Saya pun tak perasan dia private kan blog. Tapi selalunya sementara je. Nanti akan saya sampaikan pesanan u ye ^_^
kami pakai sony nex tu je sebab mudah nak bawa berbanding dslr. ada juga pakai kamera iphone tapi saya tak ada share di sini hehe.
Kalau nak kualiti hampir setanding dslr, boleh la survey compact system camera. :)
Post a Comment