Awal bulan ni aku bercuti untuk ke sekian kalinya tapi mungkin yang terakhir untuk tahun ni.
Kali ni kami ke Pulau Mabul, Sabah. Aku memang suka laut so ni antara percutian yang amat ku nanti kan lah. Bertolak dari Ipoh pukul 7.30 pagi menaiki kereta. Member aku willing nak drive pulak. Tiket bas habis.
Sampai airport awal juga.. dalam 9.45 pagi. Flight kami tak sama. Ada yang berlepas pukul 12 lebih. Dan ada yang berlepas petang..dalam pukul 3. So member aku ni berlepas petang, dia drop aku kat LCCT then dia lepak rumah pakcik dia dulu.
Kaunter pun tak bukak lagi.. tunggu punya tunggu.. akhirnya aku check in luggage pukul 10.30 camtu. Boarding dalam kul 12.10 minit camtu. Perjalanan ke Tawau memakan masa kira-kira 2 jam setengah, kalau tak silap aku. Kami beruntung sebab flight attendants team untuk flight kami tu ialah 'Fun Team'. Adalah pengalaman baru dengan Air Asia ni.
Sejam selepas berlepas, masing-masing dah lalok.. tengah amik mood nak tidur la. Mana yang makan, lagi lah rasa berat je mata ni termasuklah aku. Tengah lentok-lentok tu, tiba-tiba je kedengaran,
"Every night in my dream.. I see you, I feel you.."
Kuat. Merdu. Aku terus terfikir, "Ya Allah, dah malam ke ni?"
Dengan mamainya aku bangun.
"...That is how I know you go on.."
Ok macam biasa ku dengar lagu ni.. siapa pulak gila glemer ni, tiba-tiba menyanyi atas flight. Kami dengan muka berkerut mata ala-ala kena gam, berpandangan sesama sendiri. Pastu kami dongak tengok ke depan..
Lahhhhh..
Pramugari ni menyanyi pulak dahhh.. Masing-masing tergelak pastu dengar je lah dia nyanyi sampai habis. Memang sedap suara dia. Dah habis, tepuk tangan la. Pastu, nak sambung tidur.
But it wasn't just that!
Rupanya tu mukadimah je. They started to introduce themselves as 'fun team', cuba untuk menghiburkan passengers dan taknak bagi kami semua tidur kebosanan. Tu dia la. Memang takde can la nak tidor ni..?
Then diorang conduct quizzes and simple games like catwalking, asking passangers to do pre-flight safety demonstration. Menarik la. Dan kebetulan ada sorang passenger tu birthday dia pulak. Kena la menyanyi lagu lullaby pastu kami pun nyanyi lagu birthday untuk dia.
|
Catwalking |
They ended the fun session with another song.. Kali ni flight attendant yang lelaki pulak menyanyi. Lagu Right Here Waiting by Richard Marx. Juga sedap. Boleh tahan la diorang ni. Talented.
Memang tak tidur la kami lepas tu sebab tak lama dah nak sampai destinasi. Sampai je airport, kami amik teksi ke pekan Tawau, pakcik teksi hantar kami gi makan dulu. I tried buttered fish fillet with rice and it was delicious! Just a little salty. I had it with cold chinese tea.. nalaa!
|
Menunggu makanan |
Lepas tu kami pergi Pasar Tanjung. Boleh kata setakat tengok-tengok je. Macam pasar kita. And since aku dah banyak kali gi Lumut, so nothing really special about this market. Except you could find amplang here, the famous cracker made from Spanish mackerel mixed with tapioca flour & spices. Memang sedap gila keropok ni but I didn't buy it. I had it before and it made my nose became so itchy and watery.. in other words, I am allergic to this cracker.
|
Masjid di pekan Tawau |
|
Pasar Tanjung |
|
The famous Amplang |
|
Inside Pasar Tanjung |
We decided not to buy anything since our trip just started. Kami pun pulang balik ke airport untuk berkumpul dengan kawan-kawan flight petang dan van Scuba Jeff datang pickup kitorang seperti yang dijanjikan. Punctual! I like.
Sepanjang perjalanan tu, lalu jalan biasa.. kiri kanan memang ladang kelapa sawit je. Teringat-ingat je peristiwa hitam di Lahad Datu. Cuak bila fikir, so lebih baik jangan fikir hehe. Kami sampai Semporna kira-kira pukul 9 malam. Fuh penat terasa. Tapi syukur selamat sampai.
Kami tidur di Dragon Inn Floating Resort. Hotel ni berdekatan dengan ofis-ofis resorts di Pulau Mabul. So senang la. Sebab sebelum bertolak ke Mabul, kami kena setelkan segala payment di ofisnya dulu. Malam tu diorang nak jejalan.. aku cakap sila kan tapi aku ingat nak makan di restoran hotel tu je. Sebab penat masih terasa. Lagipun nak jalan tu bukan dekat la. Menapak la jugak. Lepas tu ada yang dah berpesan-pesan, tak selamat sangat orang perempuan nak keluar malam kat situ. Apa lagi lepas tragedi tu kan.
Akhirnya, semua pun makan kat restoran hotel tu je. Lambat juga tutup.. tak silap pukul 11 malam kot. Jangan lupa ye, Sabah Sarawak punya waktu kan lagi cepat. Masakan di hotel ni.. hmm.. it's either biasa-biasa je, or memang tak sedap.
|
Dragon Inn Floating Resort |
|
Checking-in |
|
Bathroom. |
|
Dragon Inn |
Esok pagi, selepas sarapan kami pun berlepas lah ke Pulau Mabul pukul 9 pagi. Mula-mula terasa laju betul botnya. Perjalanan ke Mabul lebih kurang 45minit. Sampai di sana, masa tu tengah low tide. Slow je la bot bila dah dekat pulau. Air jernihhh.. oh excited!
|
Scuba Jeff |
|
Ok ini Uncle Chang's. Ada aircond u olls. Harap maklum :P |
Scuba Jeff ni letrik dia start pukul 6pm sampai 6pagi je. So lepas check in, solat dan makan, kami pun pergi snorkeling di Paradise 1. Balik tu, kami menyalaikan diri di sundeck. Cuaca suram je.. mendung so tak lah panas. Tapi sunburn tetap sunburn chor! Hahah. Kemudian gi jalan-jalan di perkampungan bajau laut.
Malam tu maybe sebab penat sangat, maka aku tidur agak lena la jugak. Suhu pun tak panas. Esok pagi, bangun membersihkan diri, jenguk tingkap, ada penyu u olls! Oh happynye!
|
Penyu kelihatan dari tingkap bilik. |
Second day, kami snorkeling di Pulau Kapalai. Kena caj RM70 seorang. Mahal la aku rasa. I heard Uncle Chang's only charge RM30. Boleh tahan cantik. Lepas tu ada pulak penyu pergi swimming just below my feet.. menjerit-jerit membe2 aku. Aku pulak tengah kuak-kuak kaki sambil kelam kabut pasang goggle. Dem. Bila aku tengok bawah, it was so close.. seronok mengejar penyu!!!
|
Ready to snorkel. |
|
Ok ni bukan penyu ye. |
Kami juga ada pergi snorkeling di Lobster Wall. Ok nama memang menarik la. Tapi area snorkeling ni ala-ala bahaya sikit sebab betul-betul sebelah laut dalam (boleh cecah 80m dalam). Masa kami dah nak pergi tu, angin makin kuat. Tapi pergi jugak la. Sampai kat situ, kami terjun. Snorkel di area yang tak dalam sangat dan penuh coral. Ada la below 20m je kot. Pastu dongak-dongak, kami dah nak hanyut.
Pastu aku pun rasa tak sedap nak snorkel. Bot makin jauh. Pastu aku tengok balik dalam laut, mak aihhh gelap tak nampak apeee.. ok dah hanyut ke laut dalam. Sekelip mata je kot kami hanyut. Aku dan membe aku yang boleh swim sikit ni pun cuba la tarik lagi dua kawan yang taktau swim. Tarik mendekati bot. Tapi, macam takde hasil. Nasib baik la anak buah Jeff ni ada. Ape lagi, suruh diorang tarik kami la. Diorang rilek je. Tapi kami nak snorkel ape nye.. dalam tu tak nampak apa.
Bila dah dekat dengan bot, masing-masing kepenatan. Last-last kami naik bot. Tak mau la snorkeling. Tenaga dah habis hahah. Balik snorkel tu, kami pakat main terjun tiruk pulak depan sundeck hahaha.. Seronok wo. Tapi aku dengan kawan yang boleh swim ni je la berani terjun. Mula dia goyang juge, tapi setelah aku cuba bagi motivasi, kami terjun sama-sama wahahaha. Pastu buat gaya solo pulak. Pastu... ketagih.
Malam tu ada BBQ.. dia jamu ikan tuna dan ayam. Bukan tuna dalam tin tu ye. Hehe.
|
Anak bajau laut @ sea gypsies |
|
Tapak si leman |
Esoknya kami dah nak bergerak pulang. Sekali lagi penyu menyapa selamat pagi pada ku! Aku je yang duk asyik nampak penyu haha. Pukul 9 pagi kami tinggalkan Scuba Jeff dengan hati yang berat (tapi yang tak sabar nak balik pun ada hahaha). Tak puas rasanya mandi laut ni. Aku dan kawan nak plan pergi pulau lain pulak pasni!
To be frank, mengikut pengalaman snorkeling.. personally I think Tioman offered the best view! Tercantik lah coral nya. Mabul tak boleh lawan. Redang pun lawa. Redang tu pun nak snorkel, jalan kaki dari pantai pun dah boleh jumpa snorkel tengok ikan-ikan cantik. Tioman tu coral dia boleh buat kita leka. Stunning view! So colourful! Tapi di Mabul, kelebihannya adalah penyu. Easily seen!
Terasa nak pergi Manukan pulak lepas ni. Aku pernah island hopping je masa pergi Kota Kinabalu. Tak pernah snorkel lagi kat sana.
Semoga ada rezeki untuk terus melihat ciptaan dan kebesaran Ilahi. InsyaAllah.
|
Dear Mabul, you will surely be missed. |