Wednesday, September 20, 2006

Why oh Why.



mood = biase-biase je.
music= maneater - nelly furtado.



I'm back from a short break. Hepi dan syukur dapat lepaskan kerinduan dan menunaikan impian ibu.

Not a single thing about me is changed. Except some craps and shits happening around me.

Oh well, that's a clue that this is not gonna be a cool entry uh?

Maybe it's because I just lost my good mood this morning cause I just realized I still can't get someone from my past out of my head. It's been five years now and I dunno how long do I have to linger around with this kind of bloody-stupid-suffering-plus-painful situation.

Oh dear Ayu, grow up!

As soon as I got back here at Cyberjaya, I received some unpleasant news.. something that I wished I heard it last.

Kenapakah orang Melayu suka merosakkan bangsanya sendiri?

I'm so damn angry but there's nothing I can really do.. and erghhh.. it's such a pain in the ass.

And.. herm.. lets see.. wuts more..

Oo.. yes yes..

PC tersadai.. Henpon jahanam... Digi Cam dah arwah...


Ow dear... I think I'm still in the dreamland. ZzZz....

Friday, September 15, 2006

Undecided Decision



mood: undefined. homesick.
music: kepadaMu kekasih - M. Nasir.


Petang ni, secara agak mengejutnya aku akan balik ke Terengganu untuk lima hari. Mujur tak collapse aku depan counter MAS masa beli tiket bila dengar harga yang melambung melampau-lampau. Dah ler tiket pun dah tuka guna kertas cikai je. Memang betul-betul bankrap diorang ni.

Patutnya weekend ni aku join geng silat yang lain untuk program ice breaking atau lebih dikenali sebagai Santai-Santai [yang mana last year digelar juga sebagai Bantai-Bantai]. Dari awal tahun lagi aku dan kekawan dah berangan nak buat itu ini masa program tu nanti. Ni la program feveret dak silat selain MSB. Tapi ye ler, aku ni merancang aje kan.. Senin lepas, ibu call.. tanya samada free atau tidak weekend ni. Aku pun bgtau pasal event tu.. then ibu pun bgtau pasal hasrat dia meminta aku pulang sebab nak aku perform untuk dinner dia.

Masa tu, terus aku cakap ok. Kalau bab parents ni, memang takde kompromi dah. Aku tak pandai nak menolak. Ye lah, sebagai seorang anak solehah [haha], I'd sacrifice anything for them. Bile end call, terus terbaring atas katil sambil mengadu dekat G dan Kakya.. huhu.. Buntu rasanye. Pas diskas dgn G, dpt lah satu penyelesaian.. di mana aku akan try pegi dedua event. Disebabkan Santai-Santai adelah pada hari Sabtu dan habis pada Ahad pagi, manakala dinner ibu pulak Ahad malam, jadi aku decide untuk terus ke KLIA pas abis Santai-Santai. Yelah journey dari KLIA ke Kuala Terengganu pun 45 minit je. Wahh bijak tak aku. Hahah. Kononlah. So aku pikir Senin dan Selasa, aku amek leave.

Esoknye, aku sms ibu, menyatakan plan aku tu. Ibu tak reply. Esoknya lagi baru lah ibu call. Masa tu aku tengah sibuk diskas dgn Faiz dan lelain pasal makanan untuk Santai2.

"Herm.. ibu rasa kalau kamu balik Ahad tu tak berbaloilah.. apa kata kamu balik Jumaat atau Sabtu?"

"Aa..Ermm.."

"Program kamu tu.. is it compulsory? Tak leh tarik diri ke?"

"Aaa.. err.. boleh je.. Takpelah, nanti Ayu bgtau diorang."

"Kalau kamu nak pergi, takpelah.. ibu tak kisah.. but this is my last event..."

"Tak-tak.. takpe. Ibu nak Ayu balik bile?" Terus potong cuz I know her tone very well.

"Habis tu, program kamu tu?"

"Alah takpe. Boleh kensel.."

Akhirnya, aku nekad nak balik je. Pas end call, aku pun gi kat diorang. Rasa sebak juga masa tu.. apa lagi time nak bgtau diorang yang aku takleh pergi. Dah la aku ditugaskan untuk bahagian makanan... nak kena pass over lak keje aku.. Sorry lah Eija ye! Kena take over keje akak.

Oklah, pada kekawan semua.. enjoy your Santai-Santai. Jaga diri leklok.. aku dengar situ banyak babun liar. Hahahaha.

Apalah malang tul PC aku rosak balik. Dem. Mujur tak rosak masa tengah sibuk buat video untuk Tapai aritu.. Kalau takkkk... ngamok lah aku seantero dunia.

Hrmm.. k lah.. tu je. Ade keje nak present depan s/visor nanti. Daa.


Monday, September 04, 2006

Kenangan Terindah


mood : happy. thankful.
music : cahaya cinta - siti nurhaliza.


skuad wajadiri MMU CJ 2006


Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi.. usaha kita membuahkan hasil.

First and foremost, aku nak ucapkan tahniah kepada semua pesilat skuad Wajadiri 2006 MMU Cyberjaya di atas kesungguhan dan semangat yang sangat tinggi untuk kejohanan kali ni. Sekalipun kita tak menang besar, tapi nyatanya kita adalah juara di mata sendiri.

Aku quote kata-kata Ratnor, "Kalau tak emas, perak... Kalau tak perak, gangsa.. Kalau tak gangsa, kita menang kenangan manis."

Memang betul pun.. setiap orang dapat kenangan manis.. Seronok.. nak nak yang first time masuk wajadiri macam aku. Sekalipun dapat injury dan exhausted gile.. tp kenangan dan pengalaman tu tak tertanding nilainye.

So di sini aku nak personally thank pada yang terlibat.

Tahniah pada peserta 10 buah jatuh.. Faralina, Simaa, Eija, Farahani dan Farah Nadia. Sekalipun kita sekadar menang gangsa, tapi sekurang-kurangnya kita dah berjaya pecahkan rekod kemenangan bagi peserta wanita MMU yang belum pernah menang lagi sebelum ni. Alhamdulillah. Terima kasih banyak di atas kerjasama yang diberikan.. sakit perit terhantuk kepala sampai menangis lah.. salah jatuh lah.. lutut lebam lah.. macam-macam lah! Dah lah first timer pulak tu semuanye.. hihi.. Tahniah!

Terima kasih pada semua yang terlibat dalam menyumbangkan buah fikiran... yang tolong pantau dan komen kitorang tu.. especially kak G, Tapai, Amam, Asmah, Bern, Shidi, Rizal, Arom, Ratnor dan ramai lagi lah [tak ingat kalau nak list semua]. Jasa korang memang tak terbalas lah. Tak lupa pada Kassim yang design formation tu.. kalau tak kerana sumbangan idea kreatif ko, susah kitorang nak menang. *wink*

Terima kasih jugak pada ahli skuad wajadiri yang lain terutamanye 5 serang 1 dan umum senjata. Sekalipun tak menang, tapi pengalaman dan kenangan tu yang mahal. *wink*

[photo removed]


Tahniah pada Amam dan Izmi untuk emas bagi sepasang tongkat dan tahniah kepada Bern, Fezal, Ezwan, Amam, Izmi dan Hakim untuk gangsa bagi papan sekeping tangan kosong lelaki.

Kepada skuad wajadiri, korang memang the best lah.. kalau ade pingat untuk team paling kecoh dan sengal, mesti kite dah menang kan? Hihi.. Memang havoc habis.. nak nak masa kat perbarisan tu.. kecoh macam majlis sendiri daa~

Kepada supporters! Yeah mane leh lupe korang... jerit pekik sorak korang tu memang pembakar semangat lah! I wish I could join y'all macam tahun lepas. Kepada Brahim dan Tapai, suara korang kuat gile!! Best gilo!!

Last but not least, kepada ibu dan abah yang merestui sepenuhnye penyertaan Ayu.. terima kasih banyak. Kejayaan Ayu untuk ibu dan abah jugak. Thanks for being super duper supportive!

[photo removed]


Personal message to Shidi dan Bern.. hasrat korang nak tengok aku tamat silat dah tercapai.. dan pingat tu untuk korang jugak. *hugs*

Jutaan tahniah jugak pada Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi MMU Cyberjaya kerana telah terpilih sebagai tuan rumah untuk wajadiri 2007!! I'm so proud of you! Jumpa lagi di wajadiri nanti insyaAllah..



Friday, September 01, 2006

All The Best!


mood : not good. in pain.
music : London Bridge - Fergie.


Sabtu ini akan berlangsunglah Kejohanan Wajadiri Silat Cekak Hanafi Peringkat IPT & Sekolah kali ke 11 di UPM Serdang. Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi MMU Cyberjaya akan menghantar peserta untuk semua kategori lelaki dan perempuan. Wish us luck!

Aku harap aku dapat berikan yang terbaik untuk pasukan MMU CJ. Mintak-mintak semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Semalam, last training.. ramai pulak yang injured termasuk aku sendiri. My thigh hurts so bad and my right arm is killing me. I still can walk but stairs currently is my biggest fear. When I got back from the training, I was damn frustrated..fearing that I wouldn't be able to make it. Mujurlah ada Ibu Ya dan Kak G kasik tiup semangat balik. Thehehe.

Apapun, kepada yang terlibat.. all the best. Stay cool and enjoy your performance. Menang atau tidak itu bukan isu.. yang penting, kita dapat hikmah di sebalik training dan injuries ni. *wink*

GOOD LUCK!



* * * * * *


Happy Belated Birthday to my dearest abah.. Semoga panjang umur dan hidup diberkati Allah sentiasa. So proud to be your daughter. *hugs*

Last but not least,

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke49 kepada semua warga Malaysia. Keranamu Malaysia - Misi Nasional Penjana Wawasan!