Undecided Decision
mood: undefined. homesick.
music: kepadaMu kekasih - M. Nasir.
Petang ni, secara agak mengejutnya aku akan balik ke Terengganu untuk lima hari. Mujur tak collapse aku depan counter MAS masa beli tiket bila dengar harga yang melambung melampau-lampau. Dah ler tiket pun dah tuka guna kertas cikai je. Memang betul-betul bankrap diorang ni.
Patutnya weekend ni aku join geng silat yang lain untuk program ice breaking atau lebih dikenali sebagai Santai-Santai [yang mana last year digelar juga sebagai Bantai-Bantai]. Dari awal tahun lagi aku dan kekawan dah berangan nak buat itu ini masa program tu nanti. Ni la program feveret dak silat selain MSB. Tapi ye ler, aku ni merancang aje kan.. Senin lepas, ibu call.. tanya samada free atau tidak weekend ni. Aku pun bgtau pasal event tu.. then ibu pun bgtau pasal hasrat dia meminta aku pulang sebab nak aku perform untuk dinner dia.
Masa tu, terus aku cakap ok. Kalau bab parents ni, memang takde kompromi dah. Aku tak pandai nak menolak. Ye lah, sebagai seorang anak solehah [haha], I'd sacrifice anything for them. Bile end call, terus terbaring atas katil sambil mengadu dekat G dan Kakya.. huhu.. Buntu rasanye. Pas diskas dgn G, dpt lah satu penyelesaian.. di mana aku akan try pegi dedua event. Disebabkan Santai-Santai adelah pada hari Sabtu dan habis pada Ahad pagi, manakala dinner ibu pulak Ahad malam, jadi aku decide untuk terus ke KLIA pas abis Santai-Santai. Yelah journey dari KLIA ke Kuala Terengganu pun 45 minit je. Wahh bijak tak aku. Hahah. Kononlah. So aku pikir Senin dan Selasa, aku amek leave.
Esoknye, aku sms ibu, menyatakan plan aku tu. Ibu tak reply. Esoknya lagi baru lah ibu call. Masa tu aku tengah sibuk diskas dgn Faiz dan lelain pasal makanan untuk Santai2.
"Herm.. ibu rasa kalau kamu balik Ahad tu tak berbaloilah.. apa kata kamu balik Jumaat atau Sabtu?"
"Aa..Ermm.."
"Program kamu tu.. is it compulsory? Tak leh tarik diri ke?"
"Aaa.. err.. boleh je.. Takpelah, nanti Ayu bgtau diorang."
"Kalau kamu nak pergi, takpelah.. ibu tak kisah.. but this is my last event..."
"Tak-tak.. takpe. Ibu nak Ayu balik bile?" Terus potong cuz I know her tone very well.
"Habis tu, program kamu tu?"
"Alah takpe. Boleh kensel.."
Akhirnya, aku nekad nak balik je. Pas end call, aku pun gi kat diorang. Rasa sebak juga masa tu.. apa lagi time nak bgtau diorang yang aku takleh pergi. Dah la aku ditugaskan untuk bahagian makanan... nak kena pass over lak keje aku.. Sorry lah Eija ye! Kena take over keje akak.
Oklah, pada kekawan semua.. enjoy your Santai-Santai. Jaga diri leklok.. aku dengar situ banyak babun liar. Hahahaha.
Apalah malang tul PC aku rosak balik. Dem. Mujur tak rosak masa tengah sibuk buat video untuk Tapai aritu.. Kalau takkkk... ngamok lah aku seantero dunia.
Hrmm.. k lah.. tu je. Ade keje nak present depan s/visor nanti. Daa.
No comments:
Post a Comment