Thursday, October 05, 2006

Jeberu.. Rebeju.. Bejeru..



mood = ceria seperti biasa.
music = nafas cahaya - misha omar.


Jerebu kat Putrajaya dah makin teruk. Cyberjaya turut kena tempias. Haih..

Teringat balik bulan Ogos tahun lepas bila MMU diumumkan darurat selama beberapa hari akibat haze yang melampau. Disebabkan aku ada asma, memang azab jugak lah masa tu. Masa tu aku duduk kat apartment Cyberia. So boleh nampak lah keadaan sekeliling yang sebetulnya tak nampak apa-apa pun.

Aku harap jerebu kali ni takde lah sampai tahap darurat. Sebab..... aku nak balik!! Uwaaa!! Nanti flight kensel... tak mahuuu!! Kalau delay takpe lagi.. huk huk..

Anywayy.. masuk hari ni dah 12 hari kita berpuasa. Dan 12 hari jugaklah aku menjalani ibadah puasa dengan keadaan serba tak sehat. But it's okay. Aku bersyukur jugak akhirnya aku dah berjaya menyukai kurma. Haha. Ramadhan yang lepas-lepas mesti kena paksa diri untuk makan kurma.. tak tau lah kenapa aku tak berapa gemarkan kurma sebelum ni.

Bila time puasa mesti ada menu yang menjadi favourite masing-masing. Aku sangat suka bubur lambuk tapi aku agak memilih lah kalau beli kat bazar, sebab bubur lambuk ni macam-macam gaya orang masak. Ikut selera, ikut negeri. Pastu bubur lambuk kat bazar tak raselah santannye... macam bubur biasa je. Ada yang taruk kacang.. huhuh.. tak bes..

Kalau kuih, aku sangat suka sum sum. Rasanye ramai tak tau kuih ni.. so far aku hanya jumpa kat kampung aku, Ipoh.. Kat KL pun ade tapi susah aa nak cari. Aku pun tatau camne nak describe kuih ni sebab aku tak sure buat daripada apa..rasanye tepung beras. Orang makan kuih ni dengan gula melaka. Ah well, found it in a blog. You can see it here. But the pic looks funny. Salunye sum sum dibentuk dalam acuan. Wahh siap ade resipi. Baguss!! Errhh.. I love it!!

Aisey.. tak sesuainye cakap pasal makanan sesiang ni..

Anyway, sape-sape rajin nak survey bazaar ramadhan area KL leh lah gi blog ni. Sure meleleh punye lah. Hahaha.


Wednesday, October 04, 2006

Tagged



Telah di'tagged' oleh miss chii. Heheh.. bes jugak buat survey raye ni... tapi soklan die sikit sangat aaa.. :P Takpe, nanti gwe cari lagi survey raye kalu rajin la.. hihi.


1) 1 Ramadhan 1427 Hijrah anda berbuka puasa dengan siapa dan dimana?

Berbuka di bilek hostel bersama roommates kesayanganku, kak G dan Kakya.




2) Apa persiapan anda menjelang hari raya?

huiii mustilah tukar segala perabot dan langsir. Hahaha. Takde pape pun.. macam biasa.. gantung kad raye, masak menu raye, buat biskut raye sket, beli baju raye, mintak duit raye...




3) Sepanjang sebulan berpuasa, agak2 kemana lokasi berbuka yang akan menjadi pilihan anda?

herm.. mane-mane pun tak kisah... tapi lebih selesa dalam rumah atau bilek hostel je.




4) Pendapat anda,berbuka puasa di Hotel?

aku tak suke sgt protokol kat hotel ni.. tp buke puasa kat hotel memang bes lah sebab buffet kan.. makan pun tak ingat dunia, semua nak rase. dan rase lagi bes bila berbuka dengan family.




5) Adakah anda suke menghantar kad raya (by pos) kepada rakan2, sahabat handai dan kekawan anda?

suka tapi malas nak pos. slalu suh abah je poskan.. mwahahaha.




6) Oleh itu kirimkan lah Kad raya anda kepada gwe di alamat berikut :-

halamak.. tak hapal aaa.. jap...

Ayu Fieda,
Lot 1690, Jalan Dato' Sagor,
Kg Seberang Sg Tapah,
30020 Ipoh, Perak.

p/s: sila jemput datang beraya skali ;)




7) Orang - orang yang namanya ada dibawah kena jawap entry nie. + with alamat ye..

huhuh.. ini survey agak felik lah.. Nway, here it goes.


Mereka yg bertuah ialah :- sha, fieza, temi, farah izzah, juju... dan sesape jer la yang rase nak buat (do let me know).

Beban atau bebal?



mood = undefined. tonsil masih aktif menyerang.
music = malin kundang.



Yeahhh... Tinggal dua hari je lagi akan tamatlah internship aku. Heheh.. Memang tak sabar dah ni.. Pegi ofis pun dah makin lambat dah.. kalau ikut hati jahat aku ni, maunye aku datang ofis bila dah tengahari. Haha. Tapi mungkin kerana syaiton telah diikat, maka hati ni ada sedikit baiklah.

Sebenarnya hati aku ni sedikit terasa bila ada sorang kawan aku ni yang datang kat aku hanya bila dia kesepian takde kawan. Mula aku tak kesah sangat.. yelah, kenal dah lama.. nak ambik hati pun rasa macam budak-budak je. Tapi lama-lama rasa lemau juga bila kita ni dah macam pit stop je untuk dia. Bila orang tu ada, memang hilanglah dia tanpa berita. Bertanya khabar pun jangan haraplah.. Bila dah tinggal sesorang, hahh bukan main lagi baik dan mesra..

Seriyes aaa mula aku tak kesah.. but lama-lama aku fed-up jugak. Aku ni pun manusia macam dia, bukannya malaikat, bak kata kawan aku sorang lagi. Kalau definisi kawan tu bagi kau hanya bila kau rasa sangap jer... baik ko kawan dengan tiang letrik. At least ko datang kat dia.. atau kau blah camtu jer.. dia masih setia terpacak lagi kat situ.

Ni lagi sorang manusia yang aku kenal.. ye aku tau sekarang ni kehidupan dia dah berubah, dan makin bahagia lah gamaknye ye. Sekalipun cara dia mencari kebahagiaan tu kurang beretika dan langsung tidak menghormati hati dan perasaan pihak lain, aku takdelah berdendam atau benci dekat dia.. sebab aku pun takde kaitan pape dengan apa yang berlaku. Cuma rata-rata yang mengenali pihak yang menjadi mangsa ni, sedikit sebanyak terkena jugak tempiasnye. Aku memang tak benci dia.. cuma aku tak suka langsung sikap dia yang berterus-terusan luhur (kononnye) dan langsung takde sekelumit pun rasa hormat pada orang lain. Terang-terang dia berbuat silap tapi masih jugak nak menyakitkan hati orang. Kenapa?

Janganlah jadi baik sangat kalau sampaikan perbuatan menyusahkan orang lain pun kau rase masih dalam kategori baik lagi.


Monday, October 02, 2006

La la la~



mood = good.
music = anugerah aidilfitri - siti nurhaliza.


Alhamdulillah.. pening kepala dah takde. Doktor cakap kepeningan aku ada kaitan dengan demam dan mata. Ahh... aku demam rupanya.. Macamane lah boleh tak prasan. Balik dari klinik, demam makin kuat.. tapi gagah je la sampai berbuka. Pening tu jangan cerita la. Plan nak berbuka ramai-ramai kat foodcourt terus kensel. Dan mata ni pulak, mungkin kerana rabun silau menyebabkan aku senang pening. Yelah ade spek, tapi tak suka pakai.

Demam aku pulak untuk ke sekian kalinya berpunca daripada tonsel. Al maklum je lah bila time puasa ni, kurang minum air.. tonsel pun datanglah. Apo nak buek..

Minggu ni akan habislah internship aku. Hoyeah!

Presentation dah buat. Report dah siap. Log book dah setel, which I got full mark from my supervisor. Supervisor evaluation form pun dah..which I got 19.5/20.. I was not supposed to know this.. hihihi.. la la la~ Presentation lak aku buat cincai jer... ngantok gile tunggu turn. Malam sblom present tu baru nak finalize slides, tu pun aku main buat je.. then terus fikir-fikir nak cakap ape.. then tidur. Sok paginye aku present zup zass.. done. Aku biasanye takde prasaan bile buat presentation sebab dah selaluuu sangat.. tiap semester mesti setiap subjek kena present. Tak meriangkan langsung.

Sedar tak sedar kita dah lapan hari puasa.. Huhu.. rasa macam sekejap je! Lagi seminggu je aku sambut puasa kat MMU. 8hb aku akan pulang ke desa tercinta. Tiket pun dah beli online.

Oh oh ohhh balik kamponggg~!!

Bolehlah aku menghabiskan duit membuat segala macam kuih raya yang niatnya lebih kepada nak main-main je. Hahaha.

"kuih dan muih beraneka macam.. Jangan lah jangan hanya dipandang~"


p/s: To all MMU students, good luck for your finals.