Saturday, January 21, 2012

This is Everything.



Every song you have ever loved and every song you have ever hated.

THIS. IS. EVERYTHING. LITERALLY.

ALL THE AWARDS.

Lucky - Britney Spears

Love Story - Taylor Swift

I’m Yours - Jason Mraz

Super Bass - Nicki Minaj

My Heart Will Go On - Celine Dion

I Want It That Way - Backstreet Boys

Escape - Enrique Iglesias

Paparazzi - Lady Gaga

Hot & Cold - Katy Pery

The Boy Is Mine  - Brandy & Monica

It’s Ok If It’s In a 3-Way - Justin Timberlake, Andy Samberg, Lady Gaga

Whatchu Say - Jason De Rulo

Baby - Justin Beiber

You Belong With Me - Taylor Swift

Take On Me - A-Ha

Jar of Hearts - Christine Peri

Torn - Natalie Imbruglia

Love the Way you Lie - Eminem Ft. Rihanna

Skyscrape - Demi Levato

Poker Face - Lady Gaga

3 AM - Matchbox 20

Airplane - B.o.B ft. Haylie Williams

Let It Be- THe Beatles

Party Rock Anthem - LFMAO

Don’t Stop Believing - Journey

She Will Be Loved - Maroon 5

Someone Like You - Adele

It’s All Coming Back To Me Now - Celine Dion

Apologize - One Republic

No Scrubs - TLC

Forget You - Cee Lo Green

Landslide - Fleetwood Mac

Who’s that Lady - Isley Brothers

All I Wanna Do -Sheryl Crow

Friday - Rebecca Black

Last Friday Night - Katy Perry


..basically the best thing ever.

(please ignore the gedikness of this girl.)



Thursday, January 19, 2012

Protokol dan Etiket Social.

Semalam dan hari ni aku telah mengikuti kursus protokol dan etiket sosial yang dianjurkan oleh syarikat aku.

Dah lama sebenarnya aku nantikan kursus macam ni sebab masa kat Univ dulu tak berkesempatan nak join masa MMU tawarkan kursus macam ni.

It's good to attend this kind of training. Sebab kita punya budaya makan ni tak sama dengan protokol di meja makan ketika majlis rasmi especially ketika majlis makan malam. Dan jugak adab-adab makan kita ada yang sedikit berbeza dengan cara Barat.

Contoh paling senang, bila kita makan di meja dengan tetamu yang lain, kalau makanan itu jenis hidang, selalunya perempuan yang akan tuangkan air dan lauk pauk kan? Itu mengikut budaya orang kita lah. Tapi cara barat, perempuan takyah buat apa-apa. Lelaki yang akan melayan kita. Tak kira pangkat tau. Gentlemen lah kirenye. :)


Nak cerita la pengalaman semalam dan hari ni. Kami diminta mengadakan satu lakonan dengan mengadakan satu majlis makan malam. So kena form lah beberapa orang penting yang wajib ada dalam sesuatu majlis tu termasuklah Event Manager, MC, ushers dan jugak VIP.

Semalam kami pun main tibai la dan aku volunteered untuk jadi VIP. Konon pikir setakat duduk bersenang-lenang je kan. Tup tup kena bagi ucapan plakkk.

So dengan hebatnye, tanpa rehearsal, kami terus jalankan simulasi tersebut. Apa lagi caca merba lah. Dengan MC tersalah pantun,

"Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita berjumpa lagi."

Lepas tu boleh plak majlis makan malam, VIP duduk atas pentas dan ada acara potong ribbon. Hahahaha.

Yang aku plak, bagi speech sebagai pengurus projek. Aku main reka je la projek empangan Sg Perak. Pastu di akhir ucapan, aku umumkan insentif tiga bulan gaji kepada semua staf. Berguling ketawa lah masing-masing sebab yang patut announce bukannya aku tapi itu tanggungjawab CEO. Terus aku membuat confession di atas pentas "Gila kuase." Lantas aku dicop sebagai PM yang gile kuase. Hahaha.

Banyak la adegan-adegan yang tak masuk akal telah berlaku. Menyebabkan perut krem dan air mata meleleh sebab ketawa tak henti.

Maka trainer tidak berpuas hati dan minta esoknya kami buat lagi sekali dengan perancangan yang lebih teratur.

So kami rombak sekali lagi siapa yang patut pegang jawatan dan tugasan yang diberikan. Semua ditukar kecuali aku sebagai Project Manager dan bos aku, En Azhar sebagai Event Manager dikekalkan.

Balik rumah, aku pun google la contoh-contoh speech PM yang aku boleh songlap kan. Buat homework sikit la. Tapi ayat-ayat tu aku create sendiri lah. Hahah.

So hari ni, kami adakan sekali lagi dan berkat kritikan pedas trainer, kami berjaya jugak lah adakan satu majlis makan malam yang boleh dikatakan membanggakan. Rupa-rupanya bukan aku je buat homework, ada yang buat program book, ada yang prepare persembahan (lagu Aci Aci Buka Pintu! Haha best gila), dan bos aku siap google lagi koleksi pantun yang boleh diguna pakai dalam majlis macam tu.

Bak kata Boboi Boy, "Terbaik~"

And they liked my speech very much. Siap dapat applause please. Hahahaha.

Usher aku cakap "Tak sia-sia aku escort ko. Memang the best lah ucapan!"

Hahaha. Tapi part paling tak boleh blah masa MC nak jemput aku untuk memberi ucapan. Sepatutnya dia address aku "Yang Berusaha" tapi end up jadi,

"Yang Berusia Pn Ayu.."

Hahahaha adeh.





(published using Blogger app)

Wednesday, January 18, 2012

2012!

Ok I know I've been neglecting my blog for quite some time and I am truly sorry to my friends who've been asking me to update it. My dear friend Azura even took the effort to send me an SMS asking me to start posting a new entry.

Yet I am glad to know that I still have readers eventhough maybe just a few but hey really, thanks to each and everyone of you.

So hey finally its the year people had been talking about! Well you'd know what I mean if you still remember a movie about this particular year and how the rumours were spread.

As a Muslim, I cannot believe such way especially when it came from people from other religion. Boleh terpesong akidah u ollss. Percaye akan AlQuran dan mukjizatnye. Bukan pada mereka yang percayakan Tuhan itu beranak dan diperanakkan.

Ok peace.

Soooo... I'm so not gonna talk about new resolutions. It never worked for me. So I'm gonna pass.

Actually aku ni update blog guna Iphone app je pasal kalau guna lappy, kemungkinan akan diserang writer's block atau pun penyakit bebelan tanpa henti lantas memakan masa yang panjang. Justeru menyebabkan entry tersebut terbengkalai.

This Blogger app is kinda cool though. I think I like it.

Anyway whats your plan for this year? I know lots of my friends are getting married. Congrats to all. Alhamdulillah sudah sampai jodohnye. Jodoh saya belum lagi dapat endorsement dari Pemilik Arasy yang Agung. So please kalau nak question apasal tak kahwin2, refer kepada Dia ye.

It's not like kitorang yang single ni sengaja tak nak kahwin. Some memang tak jumpa-jumpa. Some are waiting for someone who is not heading to the same path. Some are simply broken hearted and need time to heal. Some are trying hard yet it's still a NO from God.

So please understand guys. Haha.

And kalau boleh yang dah kahwin tu, elakkan lah daripada berkata "Cepat2 lah kahwin. Best woo kahwin ni. Rugi la sape yang tak kahwin lagi ni."

It can be very offensive to some single people. Even your own friends. :)

Ok lah nak cakap pasal planning tahun ni sebenarnya.

Every year aku akan target on two things. Satu, nak travel / melancong ke mana. Dan satu lagi, decide what to learn. Something new.

Alhamdulillah seawal 7 Januari aku dan famili berpeluang untuk gather and bercuti di Cameron Highlands. It's near to Ipoh and my mom was craving for steamboat there. Steamboat sana kan terbaik dengan sayur-sayuran segarnya. 

Bharat Tea Plantation



We stayed overnight at Hotel Country Lodge. Pretty comfy. The apartment was very spacious. We took 3 rooms apartment. Ruang tamu dia luass. Kalau bercuti dengan sanak sedara, boleh la tidur kat hall beramai-ramai. Since hotel ni atas bukit sikit kat Brinchang (tempat paling sejuk di Cameron) so bila bukak sliding door tu, fuhhh.. It was really windy. Sejuk! Best lah. 





But I think Tanah Rata lagi banyak hotel yang best. Cuma tak bape sejuk la dek non.

We came to Cameron for a small gathering. Sejak Along kahwin, tak pernah lagi gi bercuti bersama so Abah insisted us to go.

For steamboat, we went to Hotel Titiwangsa. I was quite worried if steamboat diorang ni takde sijil halal. But turned out they did have it and when we went there, 90% of the customers are Muslims. The best thing about this place is that you can eat as much vegetables as you want. The place is also very clean and comfortable.





Ibu muka excited.


Lepas steamboat, bantai aiskrim plak kat Rossa Passadena.


Then on 8th Jan kitorang balik ke Ipoh. Esoknye tu aku dan adik berangkat pulak ke satu lagi puncak iaitu Genting Highlands! Hahaha.

Kitorang amik agent untuk transportation. Naik van. Memang selesa dan tak payah serabut pikir nak drive. Kami pergi seramai 22 orang. Memang best!

We decided to stay overnight at First World Hotel because there was online promotion. The standard room was only RM48 per night. Totally worth it beb! Katil pun selesa (two super single beds), and the hotel is attached to the theme park. So takde hal la tibe-tibe nak balik bilik ke ketika berjimba-jimba di taman tema. 


(pergh ko bayangkan pakai tepon je pun gwa leh bebel panjang cenggini)

Tapi time kitorang pergi was during wet season. So kabus umakaihhhhh. Sampai ada yang pakai shower cap sebab rambut jadi berembun. It was very chilly and petang tu hujan renyai sikit.

Masa mula sampai, kabus tak teruk sangat.

Kabus mula kronik.


Tapi bila dah kabus, ada lah some rides yang ditutup atas faktor keselamatan. Tiket pun murah. RM50 then we got indoor ticket for free. Main la sampai midnight kalau nak.

But me and my sis gave up at around 10pm. Ye lah, duk main daripada pukul 12 tengahari. Ajew gileww.

The best ride was definitely Space Shot. It was our third ride. Punye lah excited.


Dulu aku dah pernah naik dua kali. So I could expect how worse it was gonna be. Tapi aku rase nak pengsan dah la ujung2 bila dah dilepaskan tu kan. If lama sikit lagi, mungkin dah pengsan kot. Bukan sebab takut tapi tak tahu lah kenapa ulu hati jadi senak gile. Dulu boleh je naik dua kali berturut-turut.

Turun je daripada ride tu, lutut longgar ler kan. Siap ada membe kitorang nangis. Hahahahaha. Kelakar plak bila tengok muka masing-masing.

Tapi yang paling best masa masuk rumah hantu. Yang ni berbayar so aku dan adik decide nak amik combo, sekali dengan pameran Ripley's. Yelah dah kata banyak rides tutup. So bayar je leeeee. 

Masa kami nak masuk, takde pulakkkk orang nak masuk. Aku bajet ok la tunggu lagi bagi coach tu penuh baru dia bawak naik ke rumah hantu.

Tapi orang tu suruh masuk je coach tu. so kami pun masuk lah. It's like a cage. Kami ingat coach ni akan masuk lah bawak kami pusing dalam rumah tu kan. End up dia bawak naik ke tingkat atas dan berhenti depan entrance rumah hantu tu.

Here's my problem. I have no fear with haunted houses in theme parks. Sebab dah sah-sah buatan manusia dan yang jadik hantu pun manusia. So dekat pagar entrance tu, ada lah 'hantu' yang tunggu. I couldnt stop myself from grinning at him.

Mamat tu buat muka toye la kan. Kami pun masuk and dia brief sikit do's n donts so time tu je mood creepy declining to the lowest level.

Alkisah panjang gak pathway rumah hantu ni. Tak tahu la berapa lama kami trapped inside. We walked slowly and tengok je lah apa yang ada.

Bum bam bunyi sana sini. But we already expected that. Then kami dikejutkan dengan lembaga-lembaga hidup. Tapi nak buat camne, aku duk ketawa je la sampaikan hantu tu pun ketawa sekali.

Last sekali dia sengih je, give up nak sergah.






Then we went straight to Ripley's exhibition. Lamaaaa kitorang dalam tu. Ada satu gate ni very tricky untuk dibuka. Aku siap google n view youtube okeh. Tapi tak berjaya gak.

Barcodes

Best pameran ni. Seriously. Especially bila nak keluar tu, kena lalu satu lorong. Bila lalu je, dinding dia berpusing so kami jadi pening gila dan mula berpaut pada pagar laluan tu. Padahal psychology semata as if path tu yang berpusing. Memang best!!


Anyway next plan maybe ke USS. tapi tengok pada rezeki. But we have started planning and finding some quotations. I really want to go! I missed our last trip because I was just discharged from hospital so I was not physically fit.

And bulan Oct ni pun ada plan berjalan juge. Kali ni jauh sikit. Perjalanan lebih kurang 8-9 jam kot menaiki flight. Tiket dah beliii ponnn. Ahahaha. Hopefully tak ada sebarang rintangan dan selamat semuanya.

Ok lah beb. Lapar plak. Hahhahaha. Sekian duluuuuu.





Thursday, December 08, 2011

December.


December has come!

So hard to believe, time flies so fast.

Kalau istilah mengejar masa itu boleh direalisasikan, aku kurus. Confirmed.

Bila dah masuk bulan Disember ni, otak mula mengorek rekod-rekod pencapaian sepanjang tahun. Agak-agak ada ke yang tercapai.

Resolusi macam terbiar hangit di celah ketiak.

Setiap tahun aku target untuk belajar sekurang-kurangnya satu benda baru. Alhamdulillah banyak jugak la benda baru aku belajar sekalipun tak baru langsung bagi orang lain. But this is about my personal achievement.

Antaranya aku belajar main tenis.

Sebenarnya dah lama nak main tapi takde kesempatan. Tempat kerja aku ni ramai perempuan minat sukan lain macam badminton, ping pong dan netball.

Netball. Jangan harap aku nak main sukan ni. Tak tahu lah kenapa aku tak suka sejak di kerusi sekolah lagi. The sport just isn't for me. Even to watch it pun aku tak minat.

Port kami di Stadium Ipoh.

So tennis ni mungkin bukan benda asing bagi orang lain, tapi aku rasa ramai jugak tak pernah main. Akhirnya aku berkesempatan untuk main sebab kawan aku seorang ni terbuka hati nak belajar. So ada geng la kan. Hehe. Bila dah beberapa kali datang main tu, akhirnya kami ingin bergiat secara lebih serius lantas membeli raket tenis! Hahaha semangat.

Boleh dikatakan tennis ni best jugak lah.  Tennis ni rally dia selalu pendek-pendek. Court pun luas. Jenuh kekadang penat kutip bola je. Hahaha.

Tapi aku lebih enjoy main badminton. Lebih pantas dan lebih banyak peluh yang keluar. Nak kutip shuttle pun tak susah kan. Haha.

Cakap pasal badminton, aku siap masuk tournament bebaru ni. Kejohanan Badminton Terbuka anjuran Kelab Sukan di office aku. Kategori ada satu je, beregu campuran. Memang mulanya takde terfikir nak masuk langsung sebab aku bukan hebat mana pun.

Tapi sebab ramai yang join, takpe la semangat kesukanan punye pasal aku join la. Mesti lah kalah kan. Takyah tanye plis.
Peringkat saringan

Antara injury yang paling tragis

Pengiraan mata menghadapi sedikit kesulitan


Ada jugak lah target yang aku nak capai tahun ni terkubur di longkang berdekatan hospital Ipoh.

Nak buat camne kan.. kita hanya merancang.. tapi Tuhan yang menentukan target nak kurus ku ini diluluskan atau tidak. Hahahahaha alasan.

Selain daripada kisah target ni, adalah benda-benda baru yang aku terpaksa hadapi dalam tahun ni. Rasanya dulu rajin gak aku cerita perihal penyakit-penyakit aku ni. Tapi sekarang ni pendam je lah dalam-dalam. Tahun ni aku didiagnosis dengan satu lagi penyakit baru.. yang kesannya amatlah besar dalam hidup aku.

Yang lepas-lepas tu tak settle lagi pun, datang yang baru lagi kan. Sekali lagi dikaitkan dengan pra-kanser so susah jugak lah nak cerita part ni.

Berat mulut nak bercakap, berat lagi bontot yang mengeluarkan angin kus kus. Haha.

Kadang-kadang bila member tegur, "Ayu apa khabar? Cemane dengan sakit you?", terpaksa tanya, "Sakit yang mana satu ek?"

Semalam follow up, dan aku sekali lagi di-refer untuk jumpa sejenis lagi pakar. Tahun lepas hematologist dah buatkan surat tapi aku taknak pergi. Tapi kali ni no excuse, dia reprint surat tu, tukar tarikh semalam dan suruh aku pergi jugak. Sobs. :'(

Apapun, aku redha dipilih menghadapi ujian ni. InsyaAllah ada jalan penyelesaiannya. Kena usaha lebih sikit. Doa lah untuk aku ye, kawan-kawan!

Abah dan ibu dah balik ke tanahair!! Alhamdulillah. Kami sampai di airport pukul 10.45 malam dan tunggu je la dalam kereta, agak-agak diorang dah nak keluar, kami pun pergi la ke arrival hall. Hall dah penuh dengan ahli keluarga yang nak menyambut kepulangan mereka yang tiba daripada Mekah.

Kami masuk je hall, adik aku terus nampak kelibat Abah yang baruuu je keluar. Pergh perfect timing woh. Dia dah teruja "Iena nampak abah! Tu tu! Iena nampak Abah!!" sambil tangan-tangan dia menepuk-nepuk belakang aku penuh excited. Sampai pakcik kat sebelah tergelak tengok gelagat dia (dia bukan sedar pun), "Ha pergi pergi."

KLIA
Muka penat dan lapar


Malam tu kami bermalam di hotel de Art, Shah Alam. Best woh hotel ni. Setiap bilik designnya unik. Tapi aku malas la nak buat review sekarang. Haha.

Ok nak pegi breakfast. Daa.