Friday, November 21, 2014

Almost.

Dah nak berakhir tahun 2014. 

Tahun ni ada beberapa perkara yang tak berapa biasa berlaku sebelumnya tapi berlaku pada tahun ni.

1. Selalunya setiap tahun annual leaves pasti habis atau kekadang rasa tak cukup. Tapi kali ni, AL aku melebih-lebih dan some of my leaves will be forfeited kalau tak spend by this year sebab dah terlebih daripada jumlah yang boleh dibawa ke tahun depan. 

2. So far, no MC taken. Yes. Alhamdulillah. Kesihatan tahun ni agak memberangsangkan. Syukur sangat. Takde MC tak bermaksud aku tak jatuh sakit langsung ye. Tapi samada jatuh sakit pada hari minggu atau memang malas nak ambil MC. 

3. Menari. Yes. Another thing that I had not done for yearssss but I did it this year. Truly memorable. Menari tarian2 dari era 50an hingga 80an termasuk twisr, rock n roll, cocok langit dan Thriller! Done this before but never thought I'd have the chance to do it again. By the way, we won 2nd place. 

4. Won a grand prize for lucky draw. Rarely happened. In fact, rasa macam tak pernah. Alhamdulillah rezeki. 

5. Kurang bercuti. Takde lah kurang sangat tapi tahun ni takde amik cuti panjang untuk melancong. Paling lama pun empat hari kot. 

6. Got myself a new phone. Setelah bertahun guna iPhone 4, akhirnya aku mengambil keputusan untuk memiliki telefon baru sebab iPhone tu dah nazak sangat. Memang menguji kesabaran sebab dah tak mampu bertindak laju. Alhamdulillah juga for this. (Sebenarnye guna tepon jugak la update belog ni pong)

7. Paling banyak join aktiviti syarikat dan kelab sebagai komiti. Kepercayaan diberikan so aku terima je lah. Tapi di hujung-hujung rasa dah senak juga la. Aku rasa salah satu punca juga la aku tak dapat nak ambil cuti sangat. 

8. Paling banyak menyanyi tahun ni in public. Adeh. Aku prefer menyanyi dengan kawan-kawan je pun time karaoke. Tapi tahun ni gila stage sikit kot hahahaha. Tak sedap mana pon. I don't have stage fright most probably because my mother used to encourage me to be on stage since I was 7 yrs old. Dari sekolah rendah dah meroyan nak perform kot hahahaha. Nasyid, short play, debate, story telling, dancing, pakaian beragam, main alat muzik, apa je aku tak buat haha. 

9. Paling kurang memasak tahun ni. Minat memasak ada sedikit menurun mungkin sebab almost everyday balik lambat sekarang. Weekend pun tak lekat kat rumah. So tak banyak try new recipes. Sobs. 

10. Rasanya tahun ni tahun paling happy aku bekerja di sini sebab dapat kenal true friends aka bff (breastfeedingforever?) dan juga dapat bergaul mesra dengan lebih ramai colleagues. 

Definitely lots more to say but cukup lah 10 points ye dokkk. 



Ok more craps in the next entry. Hahah. 

Tuesday, September 16, 2014

Friday, September 12, 2014

Mid-Autumn Festival


Terjebak dengan mid-autumn festival di tempat kerja aku bebaru ni.. 

Mula berdiri kat belakang dengan rakan-rakan, saja nak tengok apa diorang buat. Sekali kena tarik duk depan sekali. Dan akhirnya kena jadi judge untuk pertandingan cipta lantern menggunakan barang-barang terpakai.

Mak tak kesah, mak ok je hehe.

Layan je la gambar-gambar ni ye. 





Dalam kegelapan, terpalit cahaya. Puii..



Judges dapat lantern free hahahah

I love this piece so much. Using straws!


it's full moon


Bye bye~~

Tak sempat tukar setting hahaha











Monday, August 25, 2014

Cambodia Trip - Day 3 & 4


Ceritera untuk hari ketiga dan keempat ku gabungkan saja sebab day 4 takde buat apa sangat since dah nak balik.

Hari ketiga, kami banyak shopping je. So gambar tak banyak la on this day. Sebelum meninggalkan hotel, kami pergi urut kaki dulu.. sebab dapat pakej free massage. Pagi tu, kami sempat singgah di Wat Thmei (Killing Field). Killing Field ni ada yang lebih besar di Phnom Penh. Sini tak berapa famous sangat tapi kami singgah je la, nak tengok tengkorak punye pasal.








Tak lama kami di Killing Field, then kami memulakan aktiviti bershopping sehingga ke malam. 

Oh ye lupa pulak satu insiden yang berlaku ketika trip ni. Insiden yang mungkin tak berapa asing bagi travellers tegar. Haha. Member aku luggage nye tak sampai-sampai sejak kami mula landing di Cambodia. Jenuh tunggu, dan akhirnya aku cadang kat kawan aku supaya pergi buat report je. Esoknya baru lah dapat beg tu. Jenuh jugak lah sebab baju salin takde, so kena la beli baju baru. Hehe. Mujur lah ada sorang staf hotel ni very dedicated dan dia lah yang rajin follow up dengan airport. 

Aku penah juga terkena kes luggage tak sampai. Aku pergi Singapore, luggage pergi Thailand. I wrote about it here

Anyway layan je lah gambar-gambar di bawah hehe.  



Kedai makan yang halal dekat area night market ni. 

Untuk makan tengahari, kami try Wau restoran.. Sebelum ni dikenali sebagai D'Wau kot? Kami pergi ke Sorphoun Villa based on info yang kami dapat la. Tapi tutup. Kalau tengok kat Trip Advisor pun dah indicate tutup restoran ni. Pastu orang hotel tu explain kat abang tuk tuk kami, then diorang dapat find out lokasi baru bagi restoran ni di Angkor Shopping Arcade. Diorang pun tak pernah pergi sebab tempat baru, katanye.. Nasib baik jumpa!

Sini lah makanan paling sedap kami rasa sepanjang percutian kami di Siem Reap ni. So, it is highly recommended. Menu macam menu kita tapi rasa tak lah sama sangat. Sup ekor dia serius aku sangat suka hehe. 




Interior dia biase je. Tapi yang penting, sedap!

Restoran tu dalam kawasan ni.

Bersama abam-abam tuk tuk


Hari keempat, kami pergi central market jap sebab masih ada barang yang nak dicari dan dibeli, lepas tu kami pun berangkat pulang.


Sayonara, Siem Reap! Thanks for the memories :)