Ceritera untuk hari ketiga dan keempat ku gabungkan saja sebab day 4 takde buat apa sangat since dah nak balik.
Hari ketiga, kami banyak shopping je. So gambar tak banyak la on this day. Sebelum meninggalkan hotel, kami pergi urut kaki dulu.. sebab dapat pakej free massage. Pagi tu, kami sempat singgah di Wat Thmei (Killing Field). Killing Field ni ada yang lebih besar di Phnom Penh. Sini tak berapa famous sangat tapi kami singgah je la, nak tengok tengkorak punye pasal.
Tak lama kami di Killing Field, then kami memulakan aktiviti bershopping sehingga ke malam.
Oh ye lupa pulak satu insiden yang berlaku ketika trip ni. Insiden yang mungkin tak berapa asing bagi travellers tegar. Haha. Member aku luggage nye tak sampai-sampai sejak kami mula landing di Cambodia. Jenuh tunggu, dan akhirnya aku cadang kat kawan aku supaya pergi buat report je. Esoknya baru lah dapat beg tu. Jenuh jugak lah sebab baju salin takde, so kena la beli baju baru. Hehe. Mujur lah ada sorang staf hotel ni very dedicated dan dia lah yang rajin follow up dengan airport.
Aku penah juga terkena kes luggage tak sampai. Aku pergi Singapore, luggage pergi Thailand. I wrote about it here.
Anyway layan je lah gambar-gambar di bawah hehe.
Kedai makan yang halal dekat area night market ni. |
Untuk makan tengahari, kami try Wau restoran.. Sebelum ni dikenali sebagai D'Wau kot? Kami pergi ke Sorphoun Villa based on info yang kami dapat la. Tapi tutup. Kalau tengok kat Trip Advisor pun dah indicate tutup restoran ni. Pastu orang hotel tu explain kat abang tuk tuk kami, then diorang dapat find out lokasi baru bagi restoran ni di Angkor Shopping Arcade. Diorang pun tak pernah pergi sebab tempat baru, katanye.. Nasib baik jumpa!
Sini lah makanan paling sedap kami rasa sepanjang percutian kami di Siem Reap ni. So, it is highly recommended. Menu macam menu kita tapi rasa tak lah sama sangat. Sup ekor dia serius aku sangat suka hehe.
Interior dia biase je. Tapi yang penting, sedap! |
Restoran tu dalam kawasan ni. |
Bersama abam-abam tuk tuk |
Hari keempat, kami pergi central market jap sebab masih ada barang yang nak dicari dan dibeli, lepas tu kami pun berangkat pulang.
Sayonara, Siem Reap! Thanks for the memories :) |
No comments:
Post a Comment