Lets continue with Day 2!
Kami decide untuk tak pergi Tonle Sap walaupun ramai tourists akan ke sini. It's because the reviews weren't that great and I think we could expect what to see there. Nothing much. And you need to spend for a few hours just to visit the lake so malas lah.
On the second day, we called it our Angkor Archaeological Park Day sebab kena allocate one whole day to visit the temples. Luas tempatnya lebih kurang 400km persegi, so it's gonna be a tiring day!
Sebelum masuk Park, kena lah beli tiket dulu. Tiket ada untuk satu hari, tiga hari dan untuk tujuh hari kot. Tu lah punya besar kan.. kalau nak tour semua temples, satu hari tak cukup. Sangat memenatkan. Campur pulak dengan cuaca panas terik.
Bila nak print tiket, diorang akan amik gambar dulu to ensure setiap seorang tourist pegang tiket yang sah la kot. So muka kita ada lah dalam tiket kita. Mesti simpan elok-elok, jangan hilang (part yang aku paling lemah sekali, seb baik tak hilang).
|
Kaunter tiket. Kabur sebab lens aku berkabus kat dalam bila tinggalkan hotel. Hampeh tul. |
|
The ticket. Muka terpaksa dikaburkan kerana tak sesuai untuk tontonan umum hahahah. |
First place kami pergi ialah Angkor Thom (aku terpaksa google sebab dah tak ingat nama dia haha). Gambar sepanjang hari kami tour di sini memang sangat banyak tapi tak mampu la aku nak share banyak kat sini.
Untuk pusing satu park ni, boleh amik tuk tuk, van atau sewa lah basikal kalau rasa fit hehe. Kami pilih abam tuk tuk untuk bawa kami pusing.
|
South gate. |
|
A man who can fly ok! |
|
Tak ingat ni temple apa. Bayon ka? haha |
|
Baru satu temple, muka dah berpeloh-peloh. |
Kami juga ke Ta Phrom.. sini lah tempat shooting movie Tomb Raider tu. So sini lah paling crowded sekali. Mak aii.. susah aku nak gambarkan keadaannya hahaha. Sebab panas, campur kena menapak, campur dengan macam-macam bau peluh orang..
|
Diserbu. Aku siap record lg sebab aku rasa lucu tgk diorg menepis bebudak ni. But mmg best buy if u bargain cold-heartedly. |
|
The entrance. |
|
Dia sental2, pusing2, tempek2, jadi lah lukisan! $5 each. |
|
Full of Koreans! |
Dah pancit, kami ke Angkor Wat pulak. Fuh ni lagi la kena menapak jauh baru dapat masuk Angkor Wat tu. Panas dia bukan main-main. Naseb la bawak topi nyonya. Tu pun masih terasa kena salai hidup-hidup.
|
Ni daripada main road. Nak kena jalan merentasi sungai. |
|
Dan lepas sungai.. lagi kena jalan, merentasi daratan. Ala 500m je pon.. *nanges* |
|
So kalau lapar, boleh beli ni as ur snack. Sanggup ka? haha. |
|
Dalam ni kami jalan keliling temple.. aku taktau la berapa luas. Masa ni kaki macam rasa tak rasa je dah. |
Lepas dah penat dan kelaparan, kami pergi makan. Takde restoran halal rasanya dalam kawasan Angkor ni. So kami decide untuk habiskan tour dan lewat sikit makan tengahari di Restoran Muslim Kitchen. Berdekatan dengan restoran Cambodian Muslim tu.
Masa kami pergi, half of the restaurant tengah renovate. The smell wasn't really nice. Kurang fresh dan ada bau kucing.
Kami balik rehatkan kaki dan badan, solat dan malam tu kami keluar semula pukul 7.00pm untuk menonton
Phare, The Cambodian Circus show. Aku lah yang beriya nak tengok because of the great reviews. Tiket boleh dibeli dengan harga $15 (open seating) atau $35 (vip seating, front center row).
Apa yang menarik, show ni dibuat dalam khemah circus yang klasik tu, big top tent. Show yang kami tengok tu diberi nama Eclipse.
|
The cafe. Such a nice ambiance. Sekali lagi lens aku berkabus daa.. |
|
Uh too much testosterone! |
|
Cantik kan! |
Kami sangat berpuas hati dengan circus show ni. To us, it's totally worth it. Plus you get to take photos with the actors right after the show. Aku sempat berfoto dengan hero dia yang sengal tu tapi sebab gambar sengal sangat, aku tak boleh nak share kat sini haha.
So that's about it for day 2.
No comments:
Post a Comment