Ok trip ni dah lama sebenarnya. Bulan Jun yang lepas.
Tapi biasa lah nak update blog confirm ambil masa punya. Hehe..
I think people rarely read blogs now.. unless blog yang share info sensasi, tahyul, penuh provokasi dan malatop. Anyway, still not giving up on my blog though.. but yeah, lack of updates now I must agree.
Trip ni konon ala-ala budget tapi boleh tahan la aku shopping. Haha. Itu pun sebab dah ada limit untuk berat luggage kan. Kalau tak, sedap la aku memborong.
Mari bercerita sambil tengok gambar.. :P
So this is the airport. Memang sangat basic. Simple je.. teringat masa aku duk balik Kuala Terengganu dulu masa zaman belajar kat U. Haha. Sekarang airport KT dah cantik la aku rasa.
|
Muka girang. Dan tak mandi pagi. |
|
International arrival. |
|
Depan airport. Very basic. Tak macam airport haha. |
Then kami pergi check in Hotel Tara Angkor. Hotel ni kami purchase through Groupon je, nak try la reliable ke tak.. Tapi sebagai budget travellers, kami memang puas hati dengan hotel ni. Kami check in awal.. dalam pukul 9 pagi kot. Tapi hotel ni ok je, asalkan ada bilik kosong.
Hotel ni ada swimming pool, gym, spa..standard la untuk hotel 4 bintang. Ada jugak perkhidmatan sewa basikal for free.. tapi kena rebut la dengan guests lain hehe.
|
Perjalanan ke hotel. Diorang ni bawak slow gila........ sangat sempoi! |
|
Pasar harian la kot. |
|
The lobby. |
|
Sementara tunggu kunci, kami dihidangkan air serai kot... haha. |
|
The room. Ok la ni kan. Katil super single as requested. |
Kami rest jap sebelum keluar untuk makan tengahari. Maklum lah bertolak tengah malam daripada Ipoh then kena tunggu flight 3-4 jam. Lemau weh. Pastu takde lah berjalan sangat. Cambodian Cultural Village tu dah cukup besar untuk memancitkan kami yang sememangnya tak berapa nak sedar time tu haha.
So untuk first restaurant yang kami pergi ialah Restoran Cambodian Muslim. Kami amik tuk tuk je. Dan tuk tuk yang sama kami sewa sepanjang trip, bayar untuk sehari, berapa dollar aku pun tak ingat la.. $12 satu tuk tuk kot.. Sorry tak ingat huhu. So kalau tuk tuk naik 4 orang, boleh la bahagi2.. so murah je lah hehe. Pandai-pandai la bargain.. abam2 tuk tuk kami sporting jugak. Dan yang sorang tu his English was pretty good so tak lah macam ayam dan kambeng bercakap. John Legend kami panggil dia. Haha.
|
The menu |
|
Ini lah lembu naik bukit yang famous kat sini. Kebanyakan restoran memang ada aku rasa. |
|
Ini dia contact details. Tapi aku akan cerita satu lagi restoran Muslim yang lebih sedap di lain entry. |
Lepas lunch, kami decide untuk ke Cambodian Cultural Village. Sini macam perkampungan yang memperkenalkan budaya diorang la. Macam-macam ada kat sini dan korang akan dapat jadual cultural shows yang akan ditayangkan sepanjang hari. So timing kena pandai adjust sikit la untuk tengok semua shows. Kami select a few sebab tak larat nak menapak jauh dari satu tempat show ke tempat show yang lain. Ye, setiap show berbeza lokasi. Macam pergi zoo tuu.
Masa ni cuaca boleh tahan terik la. Kebetulan Malaysia pun tengah kemarau masa tu. So sini lebih kurang je la panasnya.. Waduhhh..
|
Singgah isi minyak yang dijual dalam botol. LOL |
|
Nganga jap tengok map dia ni.. sebab belum masuk, badan dah letih. Panas pulak tu. |
|
Ada patung lilin kat sini tapi creepy gila. I dunno why but it felt so eerie in here till I couldn't take the photos. |
|
Tarian "jom mandi kat sungai". |
|
"Hi.. I kat dalam pelukan gorila ni.." |
|
Dah la panas.. tourists makin ramai. Show ni terpaksa kami skip je. Couldn't stand the heat. |
|
Masing-masing tengah pikir nak beli ke tak gambar sbg souvenir.. Mahal ok! $5 kot haha. |
Malam kami pergi ke night markets.. ade banyak. Yang famous ialah Pub Street, Old Market, Noon Night Market, Angkor Night Market.. dan banyak lagi lah. Kebanyakannya berdekatan je. Ada adult shows kat sini so jaga-jaga na. Hahahah. Kalau nak pergi market camni waktu siang, boleh pergi ke Central Market. Tapi aku rasa harga mahal sikit. Yang penting, sila buat muka ketat dan bargain lah anda sehingga ke puncak jaya!
|
Peminat shawl mungkin sewel lima saat di sini. |
Untuk currency, memang digalakkan pakai USD. Aku try nak pakai currency diorang tapi seriously confusing sebab nilai yang terlampau besar. Macam ribu-ribu tu sama dengan berapa sen je. And please make sure you don't accept USD2 as a change. Bila dapat baki tu, cek balik. Kalau dapat USD2, sila tolak. Sebab bila nak bayar guna USD2, kedai-kedai taknak terima note tu. Macam-macam alasan diorang bagi. Katanya nanti bos marah lah.. tak laku la.. Kami pun tak pasti kenapa but my friend dah terkena. Perhaps if you know why, do share with us k.
So okay.. day 2 akan bersambung kemudian ye.......... Nak gi meeting. Daa.
No comments:
Post a Comment