Monday, June 07, 2004

Reviews..Reviews... [by..well..me]


SHREK 2




Review Date: May 15, 2004
Directors: Andrew Adamson, Kelly Asbury, Conrad Vernon
Writers: Joe Stillman, J. David Stern, David N. Weiss
Producers: David Lipman, Aron Warner, John H. Williams
Actors: Mike Myers as Shrek
Eddie Murphy as Donkey
Cameron Diaz as Princess Fiona
Genre: Animated Comedy
Year of Release: 2004



PLOT

After battling a fire-breathing dragon and the evil Lord Farquaad to win the hand of Princess Fiona, Shrek now faces his greatest challenge: the in-laws. Shrek and Princess Fiona return from their honeymoon to find an invitation to visit Fiona's parents, the King and Queen of the Kingdom of Far, Far Away. With Donkey along for the ride, the newlyweds set off. All of the citizens of Far, Far Away turn out to greet their returning Princess, and her parents happily anticipate the homecoming of their daughter and her new Prince. But no one could have prepared them for the sight of their new son-in-law, not to mention how much their little girl had...well...changed. Little did Shrek and Fiona know that their marriage had foiled all of her father's plans for her future...and his own. Now the King must enlist the help of a powerful Fairy Godmother, the handsome Prince Charming and that famed ogre killer Puss In Boots to put right his version of "happily ever after."

******



Shrek 2 memang klaka habis.. Asyik gelak je dgn lawaknya yang tersendiri. Tapi untuk plot, aku prefer lagi Shrek yg pertama. Tak tau lah nape.. Di akhir jalan cerite ni, aku agak tak selesa dgn situasi dan perjalanan cerita. Rasa lain macam bile tengok Shrek tibe-tibe hensem dan macho gile. Dan aku boleh agak apa yg berlaku seterusnyer...sbb one thing yg aku sentiasa ingat pasal Shrek, cerita ni seolah-olah mengeksploitasikan cite fairy tales yg lain.. [Snow White, Pinocchio, Red Riding Hood (betul ke?) dll)] So aku tau, ending dia takkan sama dgn macam fairy tales yg lepas-lepas.. Aku dah boleh agak, Shrek takkan kekal hensem.. dan diorg akan tetap hidup bahgie sebagai ogre.. ['live happily ever after?' Macam fairy tales jugak sudahnye~]






Pontianak Harum Sundal Malam




Plot


Paku Laris terkenal dengan Primadona Meriam, penari gamelan yang telah menawan hati ramai peminat di pasar dan di istana. Saudagar Marsani dan sahabat baiknya Danial di antara mereka yang berebut-rebut mencuri hati Meriam. Tetapi Meriam memilih Danial sebagai suaminya. Marsani yang lebih tampan terguris dan menyimpan perasaan cemburu.Meriam, Laila dan pembantunya yang separuh pekak, terjumpa Meriam yang mengandung anak sulongnya berlumuran darah tertikam di perutnya. Meriam tidak dapat diselamatkan. Kapal Danial pula karam di laut dan membawa maut. Kejadian aneh mula berlaku di Kampung Paku Laris. Ramai yang terbunuh terutamanya kaum keluarga dan orang-orang Marsani.. Orang kampung menuduh Meriam mengamalkan ilmu hitam dan kembali menjadi pontianak. Dalam ketakutan, Marsani menghadapi hari tuanya menunggu ketibaan Meriam kerana percaya Meriam akan menghapuskan keturunannya. Marsani melawan usia tuanya melalui rawatan ozon dan pembedahan plastik. Kemunculan Maria seiras Meriam dan bekerja di café Ana menjadi obsesi pada Marsani. Marsani melihat Maria sebagai Meriam dan percaya cucunya Norman bersama isterinya Ana akan menjadi mangsa dendam Meriam. Beberapa peristiwa mempengaruhi hidup Marsani, Maria, Norman dan Ana setelah terjumpanya kubur di tapak pembinaan tempat Norman bekerja. Maria semakin hari semakin merasakan dirinya berubah dan dia bukan lagi Maria. Dia menjadi takut kerana dituduh pontianak oleh Marsani setelah melihat tanda ditengkoknya. Marsani dan Asmadi cuba memberi amaran kepada Norman dan Ana bahawa Maria adalah Meriam yang kembali menjadi pontianak untuk membalas dendam tetapi tidak diterima oleh mereka. Marsani akhirnya memaksa Maria berhadapan dengannya bertarung bagi kali terakhir.




"Kau takkan aku lepaskan... kau boleh hidup dalam kematian..."


******


Pada aku, ni lah satu-satunye cite antu melayu zaman skrg ni yg leh diterima ramai [Masa aku kecik2 dulu, cite antu Melayu memang superb]. Rata-rata ramai yang puji cerita ni..dan aku rase filem ni memang berjaye dari segi penjualan tiketnye.. Alangkan aku tige kali pegi, baru dapat tiket..tu pun seat C! Nak reserve ade je problem. Payah tol. Lagipun aku tak bajet la cite ni laku sangat... Asyik full house je. Pergh~! Bukan senang cite Melayu nak laku camtu..nak2 cite antu. Ramai yang kritik cite antu Melayu kite ni tak best.. sbb mesti berakhir dengan mimpi. Pengarah takleh nak wat ape2.. sbb diorang terpakse ikut garis panduan yg LPF dah keluarkan :-

~ MESTI memasukkan elemen 'mimpi'.
~ Tidak terlalu seram
~ Tidak terlalu ngeri
~ Tidak terlalu ganas atau banyak darah
~ cerita mesti patuh kepada sensitiviti agama seperti tidak boleh menunjukkan mayat bangun dari kubur.
~ Mesti memperlihatkan sesuatu yang mulia atau elemen ‘kebaikan’ atau sistem falsafah yang berasaskan kepada fakta-fakta yang nyata di akhir filem.


Pada aku, rules yang diorg bagi tu terlalu sempit. Kadang2 aku rase macam LPF ni very narrow minded. Zaman sekarang ni, manusia lebih berfikiran terbuka.. Lainlah kalau zaman dulu, nenek moyang kite sering terikut2 pemikiran kolot.. terlalu taksub dengan kepercayaan karut yang rata-ratanye boleh merosakkan akidah kite sebagai umat Islam. Aku rasa ramai tak prasan dengan isu yg dianggap remeh ni. Contohnye, mase kecik dulu...aku ade dgr org berpesan, jgn diunjukkan jari/tangan kite ke arah pelangi..nanti kudung. Apelah karut betul. Mmg sejak kecik aku tak penah percaye. Lagi aku buat ade la. Seolah-olah pelangi tu ade kuase untuk kudungkan kite. Bukan ke tu dah menyimpang dari kepercayaan kita bahawa hanya Allah je yang Maha Berkuasa?

Apepun, cite Pontianak HSM ni punye mesej yang tersendiri dan pengajaran yang boleh kita ambil. Contohnye macam ape yang aku lihat..seharusnya kite sesama bangsa Melayu ni tak patut langsung menyimpan dengki dan dendam sesama sendiri..yang mana akhirnye, kite sendiri terkena bahananye. Jalan cerita filem ni ok gak la bagi aku.. Agak smooth dan tak terlalu lembab. Tak macam cerita hantu Melayu yg aku tgk sblom ni.. Nak tunggu hantu tu keluar, macam nak tunggu kucing bertanduk. Lepas tu sekejap2 je pulak tu.





Pengarah Pontianak HSM, Shuhaimi Baba memang bijak memilih tema lagu bagi filem ni.. Memang 'berhantu' lagu Pulangkan, dendangan Misha Omar. Misha tu pun takleh dinafikan kehebatan dia bermain dgn vokalnya. Satu lagi lagu yang sering dinyanyikan Maya Karin dalam filem tu... 'Gurindam 12'. Ni pun besh!

"Ingat akan dirinya mati
Itulah asal berbuat bakti
Akhirat itu telah pun nyata
Kepada hati yang tidak buta
Gurindam dua belas
Kini mohon berhenti"






THE DAY AFTER TOMORROW




Review Date: May 26, 2004
Director: Roland Emmerich
Writers: Roland Emmerich, Jeffrey Nachmanoff
Producers: Roland Emmerich, Mark Gordon
Actors: Dennis Quaid as Jack Hall
Jake Gyllenhaal as Sam Hall
Emmy Rossum as Laura Chapman
Genre: Thriller
Year of Release: 2004




Plot


Quaid plays a climatologist who tries to figure out a way to save the world from abrupt global warming. He must get to his young son (Gyllenhaal) in New York, which is being taken over by a new ice age. Rossum co-stars as the love interest of Jake Gyllenhaal's character, a member of an academic decathlon team.



******


Ni last movie yg aku tgk setakat ni.. Memanglah best dari segi special effects dan aku rase memane filem Hollywood pun macam tu. So, not a big deal lah kan? Sebelum pi tgk wayang ni, ade gak la kekawan yg pesan suh pakai baju tebal sket..sbb leh terpengaruh dengan 'kesejukan' yg melanda New York dan sekitar US yg terlibat dlm filem ni yg berada di bwh tahap beku yg sgt dasyat... [tibe2 aku terpakse slowkan kipas sbb trase sejuk]. Sebelum movie ni release, aku ade dgr kritik mengatekan filem ni takkan berjaye sbb dibayangi oleh filem yg satu lagi, Independence Day tak silap aku..[correct me if I'm wrong]. Dari segi perjalanan cerita, aku rase macam agak mengejut..sbb aku igt mcm lmbt lg bencana tu nk dtg.. Tapi awal2 dah ade hujan batu yg agak teruk kat mane tah..Jepun ke? China kot? [tak igt] Aku bukanlah peminat filem spesis macam ni.. tapi aku rase cite ni memang berbaloi utk ditonton.. Leher aku pun macam nak terkehel sbb dapat seat B. Gile ah~








HARRY POTTER AND THE PRISONER OF AZKABAN





Review Date: May 29, 2004
Director: Alfonso Cuaron
Writer: Steven Kloves
Producers: Chris Columbus, David Heyman, Mark Radcliffe
Actors: Daniel Radcliffe as Harry Potter
Emma Watson as Hermione
Rupert Gint as Ron
Genre: Fantasy
Year of Release: 2004




PLOT:
Harry Potter is put in jeopardy when a vicious murderer by the name of Sirius Black escapes Azkaban prison and is apparently on the lookout for all things Potter. Hermione topless...ensues! Just kidding, of course. The film essentially follows Potter and his two friends as they attempt to stay one step ahead of the baddie and try to figure out why the man wants Harry dead (other than the fact that the little wizard-kid's a billionaire, of course). The third installment of the obscenely popular Potter series ensues...
******


Well,well..wut can I say..as a Harry Potter's die-hard fan.. this is the best movie I've ever watched. Hehe.. Ok la.. ketepikan isu tu, overall cite ni agak mengelirukan penonton yg tak bace buku Harry Potter. Bg aku yg dah brape kali baca tak jemu2 gaks.. of coz aku tau setiap satu jalan cerita yg cuba disampaikan.. dan aku tau la ape yg akan berlaku sbenarnyer.. dan ape yg akan terjadi seterusnyer. Walaupun agak spoil sbb aku dah tau endingnya, tp cerita ni pada aku betul2 mengikut imaginasi rata-rata peminat Potter macam aku.. hehe.







Aku beruntung sbb dpt tgk tayangan perdana.. [ikut 'movie trip' yg dianjurkan MMU] Dah lah bayar duit tiket jer.. besh woo~ Takyah susah2 nk drive merempuh jem spanjang nak ke mid valley tuh.. [Macam pi reunion skolah smalam, naik krem kaki aku main gear]. Skang ni kat wayang, cite ni lah yg tgh panas..dan paling susah nk dpt tiket.. alangkan nk book pun perit kekadang tu. Smalam aku igt nk tgk lg.. alang2 dah lepak kat Mid Valley..tp spt yg diduga..mmg tak pat la..tiket abis. Pastu bajet nk book kat Summit USJ.. Pk pk Summit salu lengang.. pun habis jugak..ekeke. Biaselah, weekend. First week lak tu..

Apa yg leh aku katekan...filem ni agak memeningkan dan menimbulkan 1001 persoalan bg penonton yg tak bace buku die.. Sbenarnye, buku tu sendiri dah cukup memeningkan pembaca...inikan pulak filem yg hanye beberapa jam diperuntukkan utk menyampaikan plot mengikut buku tu. Susah, cayelah ckp aku..sbb penulis buku HP, JK Rowling ni bijak mengelirukan pembaca dan sentiasa lari dari prediction pembaca. Jd sedikit sebyk mempengaruhi gak la jln cerite filem ni. Kalau ikutkan, part masa kat Shrieking Shack [di ujung crite], memang lama gile.. sampai penat baca bab tu. Tp dlm filem, sekejap gile. Terlalu byk perkara yg patut di'reveal' kat situ, tp takde. Bukan salah pengarah.. sbb masa terhad. Pendek kate, director die, Alfonso seolah-olah menganggap semua penonton dah baca buku HP. Kecacatan filem ni banyak sbenarnyer... tp berjaya di'cover' oleh scene2 yg menarik..dan tak kurang jugak dialog klakar.. [esp. oleh pakwe aku, Ron.. hahah] Apa yg silap, Hermione lebih menonjol kehebatannya menangani masalah berbanding dgn hero cite ni, Harry Potter sendiri.. [Camne neh..kate Harry is a powerful wizard?] Tapi tetap ade gak lah scene yg tunjuk betapa Harry ni terer gile babas.. sbb die leh perform spell Patronus tu.. 'Expecto Patranum!' Ihiks.

Oklah, sesape yg tak paham mane2 part dlm filem tu, leh tanye aku..ahaks...sbb aku paham 100%. hehe~


***********************************


Psst :- Penat dowh aku nak siapkan entry nih... phewh...

No comments: