Friday, January 28, 2005


HOW TO TELL IF A GIRL LIKES A GUY



Hurrrmmm.. betoi ker ni? let see if this is true or not for me... ngeehehe~


1. The girl will laugh at all your jokes.
If me: Erm.. betul la kot. Dia tak buat lawak pun, aku gelak je. Ahahaha..igt aku gile ke?

2. She'll stare at you with a smile on her face.
If me: Hahaha..selalunye menda ni berlaku tanpa disedari.

3. She'll ask you who you like, continuously.
If me: Not continuously.. only once.


4. She might try to make you jealous.
If me: No no.. not me. Macam poyo jerk~


5. She'll beg that you do everything for her.
If me: Heehahahahah.. tah pape~ Who am I to put such a high hope?


6. She might start talking to your friends.
If me: Maybe..then I'll get the chance to know him better, aite?


7. She'll talk to you about the different varieties of guys.
If me: Ermmmmm... I seldom talk to someone I like. Nervous beb.. warkakak~


8. She'll always seem to be talking about how nice you are.
If me: Owh.. pujian dari ku agak mahal untuk insan bernama lelaki. Kecualilah kekawan yang close tu tak kisahlah.


9. She'll always be flirting with every other guy except you.
If me: Aku mane reti flirt. Aku gadis yang baik. Miaahahah~ Suddenly a cute guy come across me and I say, "Hey sexy~"


10. She'll always ask what to do in a bad situation.
If me: Only when I get the chance...



Ok so now.. has anyone got any clue yet? HEHEHEHE~~


Tuesday, January 25, 2005

Alhamdulillah...



Akhirnyer kembali juge aku ke pangkuan pc terchenta. Thanks to abah for the money. Sayang abah juta-juta.. I got myself a new LCD monitor (the cheapest I could find), a new keyboard, and a new optical mouse. Hehe.. konon macam trase pakai pc baru la tu.. Takde lah, pc aku tak canggih cam korang. Simple aje.

Oleh kerana, abah dah terlebih bagi duit, so dengan tak malunye aku pi shopping barang-barang lain.. ahahah. Tak taulah bape byk aku abis arini... takmau kire. Seram~ Ye lah, aku bukan jenis kaki shopping.

Arini aku demam pulak..dgn flu, sore throat n cough. Haih...saba ajelah yer.. Baru je baik demam aritu.. demam balik plak.. Tu lah akibatnye jika tidak mahu menghabiskan antibiotik yer.

Aaa.. tak lame lagi cuti tahun baru cina laks.. kebetulan dengan cuti midterm skali. great~! tak sabarnyer nak balik umah lagi~ Hehee~

Korang mungkin ada terdengar berita pasal pintu Kaabah tak boleh bukak,kan? Aaar.. tu bukan khabar angin.. tu memang berita sahih. Sama-sama lah kita renungkan yer..

Oklah... tu jer.. Assalamualaikum.


Can We Still Be Friends (Mandy Moore)

We can't play this game anymore
But can we still be friends
Things just can't go on like before
But can we still be friends
We had something to learn
Now it's time for the wheel to turn
Grains of sand, one by one
Before you know it, all gone

Let's admit we made a mistake
But can we still be friends (can we still be friends)
Heartbreak's never easy to take
But can we still be friends (can we still be friends)
It's a strange, sad affair
Sometimes seems like we just don't care
Don't waste time feeling hurt
We've been through hell together

La, la, la, la, la, la, la, la, la (can we still be friends)
Can we still get together sometime
La, la, la, la, la, la, la, la, la (can we still be friends)
You know
Life will still go on and on and on and on

We all woke from our dream
Things are not always what they seem
Memories linger on
It's like a sweet, sad, old song

Monday, January 24, 2005

Bad Day...



I'm having such a terrible flu and sore throat right now.

And it's killing me!! Dem.

Oooh my God.. where's my nose at?

Arini pas kuar dari menjawab test dengan keadaan blur dan ilang punca.. housemate aku ajak pi Alamanda jumpe kekawan (yg baru saje jumpe smalam right after balik drpd Tengganu).. tak kisah lah.. diorang pun dulu schoolmates aku. :P

Konon tanak makan pape arini... tapi bile dah lepak kat Secret Recipe.. bajet leh tahan ke tengok kek2 yg superb delicious tu? :P Aku taklah suke sangat kek ni.. but I never say no to cheese cakes! hahahah~

Then pi lepak food court lak.. membe2 nak lunch.. Lama jugak melepak.. Dengan keadaan diri yang merimaskan lagi melemaskan ni.. gagah kan jugak la.. Kalau duduk umah je, sah2 laa membuta sepanjang hari. Ingat arini nak pi lowyatt, tapi dah membe duk ajak jugak pi Alamanda, aku pun menangguhkan la plan nak mencari LCD monitor bagi menggantikan yang dah wassalam tu. Lagipun aku rase tak sedap ati nak pi arini... I dunno why. Wallahualam. Maybe sebab Nunu baru pas cite die eksiden teruk semalam.. Tetibe memori lama tu datang menghantui aku balik. seram jugak die eksiden.. Ye lah, tetahu kete dah terbalik tengah jalan sebab kena hentam dengan kete blakang.. Macam mimpi~

Well, I have my own experience.. and that's enuff. Such a nitemare. Tapi dah sebab Tuhan nak jugak panjangkan nyawa.. aku masih di sini.

Alhamdulillah.

Syukur jugak sebab Nunu tak apa-apa.. eventhough kete dia hancur.

Haaa.. raye aji korang camne? best ke? As for me, akhirnye dapat jugak aku balik umah.. beraye dengan family... Salu raye aji ni, aku miss. Tapi tak meriah pun.. biase jer.. aku bangun lambat lak tu.. hahah.. Ayah aku order nasi dagang, rendang dan lemang.. mak aku masak sampingan jer. Tak best la.. pasal masakan mak is always the best ler! hehe.. Tapi tiga kali jugak la aku makan nasi dagang aritu.

Ok lah.. I really need a rest. Ubat flu memang mengantukkan lah..

Daa~~




ZzZzZzzz...

Wednesday, January 12, 2005


Aku baru je sembuh dari food poisoning dengan demam yang secara tiba-tiba. Perut aku masih duk bunyi 'kruk-kruk' lagi.. cam ade kren yg dah berkarat lapanblas tahun tak bergilap. Anyway, I'm feeling much much better today compare to yesterday.. huh.. aku duk tido jer.. Doc pun suh aku balik umah and rest. Ibu aku lak duk risau, takut aku terkena denggi. Maklumlah, sekarang ni musim denggi kata orang. Alhamdulillah, aku tak terkena.

Just nak share some infos, sesape yang suka nak tau hal-hal berkaitan dengan Tsunami, korang leh layari banyak web.. ni antara yang aku dapat dari kawan-kawan lah.

--> http://globalsecurity.org/eye/andaman-sri-lanka.htm
Web ni ada banyak sangat info dan fakta-fakta pasal kejadian-kejadian Tsunami yang pernah berlaku, dan jugak ada banyak satellite images. So kalau nak tau lebih mendalam pasal Tsunami ni, leh layari web ni.


--> http://tsunamihelp.blogspot.com/
Ni adalah blog The South-East Asia Earthquake and Tsunami. Ni pun ada banyak info pasal Tsunami macam jumlah mangsa terkorban atau hilang bagi negara-negara yang terlibat. Tapi basically blog ni untuk mengumpulkan apa jua bentuk bantuan yang boleh dunia sumbangkan. Dalam blog ni, ada resource list.. kirenye link2 web lain yang ada kaitan dengan bencana ni gak.


--> http://www.flickr.com/photos/tsunami_tidalwaves/sets/79519/
Ni direct link untuk korang view gambar2 satelit yang diambil kat Penang.


--> http://www.tsunamihelp.info/wiki/index.php/Main_Page
Web ni ada macam-macam info gak. Ada banyak gambar.. gambar biasa, animation and videos. Tapi aku tak sempat la nak view semua. Korang view la sendiri.


Actually ada banyak lagi, rasanye korang pun dah puas dengar atau tengok hal-hal yang berkaitan dengan Tsunami ni kan? Ada gak aku jumpa kat satu web ipta ni, rakaman video camera tourists yang sempat rakam kejadian Tsunami. Tapi aku pun dah lupa la link dia. IPTA mane pun aku dah tak ingat. USM kot.

Apepun, aku harap segala apa yang dah kita tatap ni mampu mencelikkan hati kita yang buta atau menyedarkan diri kita yang dah lama hanyut ni. Wallahualam.






I'm truly sorry...
If I hurt you outside and inside..
I swear to God I never meant to dissapoint you...
I never thought we would go this far..
Never I realized I was this clueless..



God,
Only You can help me...




Sunday, January 09, 2005

Assalamualaikum n good day to all...


My life is getting better now.. Smalam aku pi tgk Kungfu Hustle.. cite tu mmg klakar but a bit disgusting gak ar. Maklum ler, cite Stephen Chow. Bile tgk bebetul, ensem gak die tu... hehe. Tp bile die mengarut.. aih, nyampah gak. Cuma cite die mcm diadaptasikan sesikit dr cite The Matrix. Overall, cite tu ok.. but tak kena dgn citerase aku.. sbb aku tak suke cite yang terlampau mengarut.

Aku dlm proses nak tuka blogskin baru.. Rase naik lemau tgk blog sendiri. Tapi payah sikit la sbb aku tak tuka monitor baru lagi.. tumpang pc housemate je ni. Tgk ar camne..aku akan tuka as soon as possible. Dah dekat setahun aku pakai skin ni.. busan da.

Sedar tak sedar dah lebih seminggu kita masuk tahun baru.. Masing-masing ada azam sendiri.. tapi aku? Aku tak mau buat azam tapi sudahnya aku lupa macam tu jer. Aku ade azam sendiri tapi biarlah aku simpan dalam ati je. Orang kata tak elok diwar-warkan azam kita, takut nanti tak menjadi pulak. Dalam kata lain, cakap kosong ah tu. Tak kisahlah, apa yang penting, kita dah niat... segalanya bermula dengan niat, kan? Tertunai atau tidak, itu bergantung la pada usaha masing-masing. Tapi pada aku, bila-bila kita nak berazam pun boleh.. bukannya setakat nak mulakan tahun baru, baru kite nak berazam.. salah konsep la kalau macam tu.

Skang ni... aku dalam dilema jugak. Haih.. (Ayu, tak baik mengeluh!). Entah la.. susah jugak ni.. Mesti korang salu dengar orang cakap, lebih baik terima orang yang menyayangi kite.. sbb bile kita syg org tu, tak semestinya org tu akan syg kite balik sepenuh hati. Hurm.. betul ke? Leh trime ke? Cam takkk je.

Tak tau la... I'm lost.

Aku bukan jenis yang senang terima orang... dan bukan senang jatuh cinta. Tiap kali ada orang yang ikhlas dengan aku, aku mesti payah nak terima dia.. Susahnya! Aku tak boleh paksa-paksa. Dan aku tak boleh senang-senang nak cuba. Orang cakap aku memilih... tak, aku tak memilih! Aku rase aku tak jumpa lagi...

The fact is.. I love being single.

Aku tak leh buang ar prinsip yang satu ni.. Aku tak sedia nak terikat dengan mana-mana komitmen. Aku tak kisah pun orang lain bahagia.. orang lain kemaruk bercinta.. I love the way I am.. macam sekarang.. But at the same time, I keep breaking innocent hearts. Tak baik la!!

Awak, saye tak tau nak cakap camne.. Susahnye.. Kite memang serasi, tapi serasi tak semestinya bersatu... Saya betul-betul minta maaf kalau layanan saya disalah-tafsirkan.. tapi saye tak penah terfikir kite akan pegi sejauh ni... I'm truly sorry..








Wednesday, January 05, 2005

Totally messed up...



Is it me? Or is it my life? Perhaps both.

Sejak kebelakangan ni... aku ditimpa macam-macam masalah.. sampai dah tak larat nak pk.. Rase cam tired sangat.. Lepas satu, satu... Daripada shocking news yang aku trime mengenai cousin aku yg terkena buatan org.. kete aku yang ade problem.. sampailah LCD monitor aku meletup.. macam-macam lagi lah.. dan segalanya berterusan.. macam x nak kasik aku hidup senang je. Terlalu banyak masalah... Selalu macam ni la.. bile datang satu masalah, mesti bertimpa-timpa masalah lain yang datang.. Haih...

Last week, aku terus decide nak pi Melaka jumpe kekawan lama.. Nak carik ketenangan jap.. lupekan segala masalah. Alhamdulillah.. aku happy jap kat sana. Bile balik sini, nak tanak aku kena face jugak la kan.. Dada ni pun rasa nak pecah jer.. I dunno wut exactly I should do.. My own bestfriend seems to be running away from me.. and I wonder why.. Ada masalah ke dia.. atau aku puncanya? Wallahualam. Aku terlalu banyak menda nak settle down... bukan masa untuk aku pk pasal masalah orang lain.

Disebabkan masalah-masalah tu gak yang membuatkan aku tak berkesempatan nak update blog ni.. Ye ar... PC pun tade ni. Aku mulenye tanak bgtau ayah aku.. tp aritu ibu aku call.. tanye pasal keadaan aku.. Yeah, naluri keibuan tu terlalu kuat. Selalu die datang, time aku memerlukan. I love you, Ibu.. Dah duk mengadu tu, aku bgtau la skali hal PC bertuah aku tu. Tp aku cakap jgn bgtau abah. Hehe.. but then ibu cakap, "Abah dengar apa yang ibu cakap.. Abah kat sebelah je.." Haarrhahah. Padan muka aku. Dua kali kantoi dengan abah.. First, masa nak pi Melaka.. aku sms ibu, mintak izin nak ke sana.. aku siap bgtau ibu, jgn bgtau abah.. sbb sah2 la nanti dpt red light punya.. But then, rupa-rupanya abah yang bacakan sms tu. Serve me right.

But alhamdulillah..abah tak marah pun... but seems like his money is flying awayyy.. hahaha. Tp yang klakarnye, abah ingat monitor tu rosak sbb aku terhempaskan monitor tu.. Well die cakap camtu sebab aku br tuka handphone atas alasan tu.. Ngeh ngeh.

Pikir pikir balik.. bukan aku jer yang ditimpa masalah.. Negara kita.. Dunia kita ni.. lagilah teruk.. Semua orang dah sedia maklum pasal tsunami. Aku percaya banyak blog yang dah cerita hal ni.. Sebab tsunami gak, rata-rata daripada kita dah pikir macam-macam.. nak nak kite yang beragama Islam ni..

Daripada satu artikel aku baca kat akhbar aritu.. ramai membuat tanggapan, tsunami ni satu pembalasan daripada Allah Taala. Tapi kalau nak tanye aku, aku takde hak nak pandai-pandai buat assumption macam tu.. tapi sedikit sebanyak, bencana ni betul-betul memberi kesan yang mendalam dalam diri aku. Artikel tu menafikan kejadian tsunami tu satu malapetaka sbb katanye, kalau betul ia satu kemurkaan drpd Allah.. kenapa tak diturunkan kepada negara lain yang lebih banyak melakukan kemungkaran dan menindas negara lain terutama negara Islam? Hmmm.. bukankah Allah selalu memberi peringatan pada orang-orang yang menyujud padanya agar tak jauh tersesat? Aku ada jawapannya sendiri.. tapi biarlah masing-masing renungkan hal ni.. bukan ape, ini semua untuk kesedaran sendiri.. sampai bila kita nak menafikan.. sampai bila kita takut untuk terima kebenaran.. dan kenyataannya, dunia ni bukan untuk selama-lamanya. Segalanya sekadar pinjaman je.

Wallahualam...