...Membasuh luka bersama air mata.
Selumbar Api
Melihat memandang mencari erti
Kecamuk hati dihimpit bingung
Utasan jalinan lurus mengapa perlu terputus
Seri sinar itu padam kelam tidak semena
Sehalus selumbar kau diumpama
Tampak lurus nyatanya bengkok
Mencari simpang engkau membelok
Hakikat kenapa perlu kau tangkis?
Tirus engkau menusuk isi
Terbenam panas bagaikan api
Hinakah diri disakiti begini
Hilangkah sudah kewarasan diri?
Betapa kotor peribadi mu
Memijak yang benar
Menjulang yang batil
Keji dan jijik niat hati mu
Menabur duri selumbar api
Di dalam tangis diam meraba
Mencari permata di timbunan serpihan kaca
Cuba menggenggam permata bersinar
Pasrah sekalipun jemari terluka
16/08/2006 [11.30am]
"Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya ialah kebaikan dan tidaklah berlaku perkara ini melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka menjadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah maka dia bersabar lalu menjadikan pula musibah itu sebagai kebaikan baginya." (Hadith sahih riwayat Muslim no. 2999).
p/s : pantang terlepa, bergenang air mata..
No comments:
Post a Comment