Thursday, December 14, 2006

Cinta Cicakman


Aritu tengok cite Cicakman kat Times Square. Actually plan nak tengok Cinta ramai-ramai. Tapi atas masalah teknikal, terbeli 6 tiket Cicakman. So aku, G, Kakya, Shidi, Bern dan Zura decide nak tengok cite tu, manakala yang baki lagi 11 orang tak silap aku, gi tengok Cinta.

Masa masuk wayang, aku dah set mind tak harap apa-apa yang menggempakkan sangat dari filem ni sekalipun aku tengok dalam web dan trailer dia, macam agak gempak la. Yelah filem Malaysia lah katekan.. bukanlah aku kata filem Malaysia takde kualiti, tapi kita bukannya mampu pun nak buat gempak dan hebat gile macam Hollywood. Ye ler, bajet ciput je.. plus market bukannye besar mana.

Tapi bila dah tengok, aku berasa puas hati lah dengan filem tu. Lebih-lebih lagi effort Yusri KRU (director) untuk cipta negara sendiri, Metrofulus. It's totally different from Malaysia. Tapi sebijik macam kat US atau oversea la. But I think that's great enough. Since hero cite tu Saiful Apek, so kita memang dah leh expect lawak-lawak best dari dia. Cuma part Ginger 1 & 2 (Adlin & AC Mizal) tu tak berapa kelakar lah bagi aku eventhough they're trying too hard nak kasik orang gelak.

Pastu selang dua hari, gi tengok cite Cinta pulak sebab semua orang yang dah tengok suruh pegi tengok. Semua orang cakap cite tu bes gile, touching.. ade yang kata, satu wayang nangis, satu wayang jugak gelak. Memang meninggalkan kesan yang mendalam lah. So, kitorang semua pun pegi lah book tiket dan tengok kat Times Square lagi.

Cite Cinta pulak, bagi aku, okay. Just, okay. Cite tu ade kelainan tapi permulaan dia agak slow. Biasalah nama pun cite cinta. Memang ade part yang touching, contohnya scene anak Rashidi tu menangis sebab kena tinggalkan ayah dia. Tapi, takdelah sampai menangis! Aku pun tak sure part mana yang depa duk sedih sangat tu, sampai kuar wayang pun muka sugul je. =P Sedangkan kitorang duk gelak-gelak tengok cite tu. Maybe ada yang terlampau dibuai perasaan sangat sampai part lawak langsung diorang tak cerita. Haha.

Nak kata kitorang tak pandai menyelami cerita tu, orang lain dalam wayang tu ramainye gelak jer.. ade sorang mamat ni, gelak kuat dan nyaring gile.. kekadang part tu tengah sedih.. sampai kitorang pun gelak sekali. Aku ingatkan mat rempit, rupenya orang biase jer. Aku takleh imagine lah kalau mamat tu tengok Cicakman macamane.

If you ask me which film I'd suggest for you guys to watch, I'd definitely go for Cicakman.

Tadi aku pegi derma darah lagi.. kali ke-11 di mana 5 kali dah kena reject. But this time memang aku agak konfiden aku pass punye. Yeah well I did! Ikutkan aku dah takleh derma for my entire life due to my health problem, but come on lahhh bebeh.. tipu sana sikit, tipu sini sikit, setel.

Al-kisahnye aku derma guna tangan kanan since budak-budak Red Crescent tu kata derma ikut tangan mana yang tak digunakan untuk menulis. Aku rasa macam dah tak bes sbb bg aku tgn yg salu guna tu lah tgn yg lebih kuat. Tapi aku menurut je lah. Nurse tu cucuk-cucuk, cungkil-cungkil.. darah tak kua pulak. Dia pun macam agak serba-salah, die panggil nurse sorang lagi.. korek-korek, tak kua jugak. "Urat tu lari, tak sempat nak kejar." "Erm.. rasa macam dah kena ni, tapi tak kua pulak.." Aku diam je lah.. besnye lah mase tu, rasa nak pengsan pun ade sebab lama sangat diorang godek-godek. Tangan aku sampai dah kebas gile.

Oleh kerana aku rase begitu horror sekali, seraya aku berkata, "Err.. ape kate kite tuka tangan kiri pulak?" Tapi diorang try lagi takleh gak, pastu nurse tu pun agree. "Ok lah, kite tuka. Dah lama sangat ni." Huhuh. Nice.

Anyway it went well with my left hand walaupun mulanye darah tak jalan. Tapi yang lebih-lebih lenguhnye tangan kanan. Tu laaa kalau aku cakap awal-awal tadii, takde jadi camni. Nway, janji aku pass!!

Yesterday I had this little conversation with my bestfriend, Syakiera. She told something that she had kept for so long. Something yang begitu touching.. something yang aku tak tau, something she heard from my mother..something about my future husband. ERghh.. rasa begitu sedih skali bila dia cerita apa harapan dan doa ibu aku selama ni, untuk anak dia yang sorang ni!! Aku hanya tau ibu aku harap suami aku tu someone yang leh didik aku.. tapi aku taktau ade lagi kriteria yang dia nak. It's for my own sake.. something yang ibu aku tak dapat nak bagi bila aku dah jadi isteri orang.. Haih.. I nearly cried..

Wut the heck.. panjang gile. OK till then.. sayonara asta la vista to berambuss~

No comments: