Monday, December 11, 2006

Ranting dan Pokok



Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan
antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya
boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana.
berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur.
kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu
mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya
kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama
dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang
ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu
rantng saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh
mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah
berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan
tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di
hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu
saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling
menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi
saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada
gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah
kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur
ke belakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan
tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut
adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana
kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama,
dia datang semula dengan membawa sepohon kayu,
walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik
dan tinggi pada padangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon
seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku
sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan
tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan
kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon
ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya
adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu
kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...


maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

tamat....

No comments: