Friday, October 30, 2009

Struggling with nightmares.





So ok, lagi kisah aku yang entah ape-ape.

Sejak akhir-akhir ni, wisdoom tooth aku yang satu ni memberi sedikit masalah terutama apabila aku nak makan. I can still bear with the pain, but kadang-kadang rasa seperti bengong sedikit so aku decide untuk pergi cabut.

Maka semalam aku dengan berbekalkan azam yang jitu, pergilah menuju ke satu klinik gigi berdekatan dengan rumah ku. Untuk pengetahuan, aku tak pernah cabut gigi (kecuali masa kecik-kecik dulu).. tampal gigi pun tak pernah.

Lepas amik x-ray, dentist tu cakap no need minor surgery since takde tulang yang menghalang. Kalau ade, dia buang sikit je la. *gulp* So terus la nak cabut.

"Awak alergik ponstan?" dia tanya. Aku angguk je.

Then doc nak inject bius tu, aku tanya dulu, "Err..sakit tak?" Sebab aku selalu dengar orang cakap, bius tu sakit. Dia jawab, "Takpe, kita bius je dulu."

So ok, dia inject bius, aku tak rasa sakit pun. Tipu laa korang ni! Bikin cuak je. Rasa cam terbakar je la. Tapi takde laa sakit.

Lepas dah bius, dia tanya, "Nak kumur dulu tak?"

Aku yang dah kebas sebelah mulut ni respon, "Entah?" Sebab aku tak rasa apa-apa. I felt numb.

Dia gelak. "Ha sukati la nak kumur ke tak."

Aku pun kumur je la. Mak ai.. patut lah suruh kumur. Dah keluar darah rupanya. Apasal tak bagitau.. I kan first timer. Ngehh~

Pastu tiba-tiba time aku tengok sinki kecik tu, aku rasa cam berpinar-pinar. Aku tak fobia darah, itu aku sangat pasti kerana I used to be a blood donor, 7 times. Then aku rasa heartbeat aku makin lama makin laju. Wui.. aku gugup ke ni?

Pastu jari-jari aku tiba-tiba je menggigil, terketar-ketar. Aku dengan blurnya tanya doc, "Err... memang macam ni ke?"

"Maksud awak?"

"Apsal saya menggigil?"

"Hah? Awak stress kot. Rileks dulu."

I think I would be able to tell when I'm stressed. Aku perhatikan jari-jari aku. Uish.. macam kena nebulizer. Then, aku rasa mata aku makin sempit.. ehh...

"Err..saya rasa saya alergik la.."

"Hah?" Dia macam terloncat.

"Saya rasa satu muka saya cam dah swollen ni.. Ke memang macam ni?"

Dia terus cabut mask dan cakap, "OK. Saya tak boleh teruskan. Awak kena terus pergi hospital sekarang jugak. Jangan delay."

"Ha?" Aku pulak blur. Dia bangun dan pergi tulis nama ubat yang dia letak dalam bius tu, aku pun bangun dari kerusi. Wooo..melayang. Mujur aku tak rebah siyal. Terus aku pegang dinding.

Sementara dentist tu siapkan referral letter, aku start calling kekawan yang boleh tolong hantarkan ke hospital since dia tak bagi aku drive. Gila susah nak bercakap bila mulut dah kebas ni.

"Err..saya drive sendiri, boleh kan?" aku tanya dentist tu sebab aku tak pasti seteruk mana allergy ni akan jadi.

"Tak. Tak boleh. Awak call kawan awak atau sesapa sekarang jugak." (Ha terima kasih ye, Shidi. Jasamu dikenang.)

"Ok."

"Jangan garu!" dia tegur bila aku dah start garu-garu muka yang makin gatal.

"Tak tahan..." aku mengeluh.

Sampai hospital Serdang... ya Rabbi.. ramainya~~ Macam pasar.. Bising! Then aku terus dapat anti-allergy injection.. aku pun tatau apa menda, sampai dua botol. Aku dah tergaru-garu macam monyet masa tu.

"Kesian. Gatal ek?" MA tu tanya.

"Ha'a. Tapi ni mujur tak teruk la."

"Ini tak teruk??"

"A'a. Kalau saya kena Ponstan, memang tak serupa orang dah."

Dia gelak. "Makanan ade allergy?"

"Ada... Erm.. Ketam..." Aku cuba pikir.. Tp MA tu dah tergelak, "Kesiannya awak."

Lepas dapat injection, slowly kegatalan aku tu hilang. (lain macam je ayat)

Masa register, mamat-mamat kaunter ni boleh ayat-ayat pulak. Kata mata aku cantik la.. aku ni comel la. Aku rasa nak lepuk je. Tapi diorang ni kelakar la. Pastu salah sorang tu buat lawak. Belek IC aku.. Pastu tanya soalan. "Apasal dalam IC ni muka putih... Yang ni muka merah?" sambil tunjuk muka aku.

"Saya tengah alergik ni okk."

"Oh..hehe.. Patutlah."

Nak tunggu turn jumpa doktor tu adui hai. Lebih kurang sejam setengah aku rasa. Peritnya. Shidi dah kelaparan dah tu. Kesian dia. Bila nombor aku naik, terus "Yess!! Nombor aku wei! Cayalah!" macam kena loteri.

Bila dah consult doctor tu, aku tanya lah habis-habis. Especially soalan pasal camne aku nak tau aku ni alergik apa. Aku tak tahan la tiap kali consume ubat tu, baru aku tau aku alergik. Dia jawab dengan best sekali, "There's nothing you can do. You've to try and error."

Pastu dia kata boleh buat skin test.. tapi complicated procedure, so kat blah-blah Western, kat US ada. Duh.. takkan kat Malaysia takde! Dia suruh find out kat hospital swasta ke mana-mana. Tah pape. Takkan la tak ade.

Then doc nak inject satu lagi.. tapi ubat tu sleepy. Terus aku object.

Doc bagi ubat gatal dengan steroid. Masa pharmacist tu cakap 'steroid', aku terus "Hah? steroid?" Aku ingat salah dengar.

Fine. Dipendekkan cerita, pagi tadi kat ofis, aku makanlah steroid tu. Kena makan 2 biji, 3 kali sehari. Selang beberapa minit, aku rasa dada aku ketat. Sekali lagi, aku rasa heartbeat aku jadi laju. Macam nak terkeluar jantung.

"Ah sudahhhhh.." aku mengeluh sorang-sorang.

Mula lah aku batuk tak henti-henti sebab aku makin susah nak bernafas. Adoi, cuak..cuak. Ofismet aku yang duduk depan aku dah sound-sound, "Ayu, apsal awak tiba-tiba batuk teruk ni?" Ye tak ye, aku terus IM ofismet aku sorang lagi mintak bawak ke klinik.

Steroid pun aku alergik. Anti-allergy pun aku alergik, camne tu??

Haihh...

Semua gigi bongsu punya pasal. So sekarang nak cabut ke tidak? Apa kata anda?


7 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
faizal norrahma said...
This comment has been removed by a blog administrator.
@yU said...

atas sebab2 berwaspada, i've to delete your comments. I'm sorry.

faizal norrahma said...

walau sekuat mana kita menolak...sejauh mana kita menafikan..tapi kalu dah itu titik pertemuan...maka ia akan tetap bersatu menjadi satu.. :p

@yU said...

hahahaha..
ko niii..
kalau berbicara mmg kalah semua orangg.

ye lah aku faham.. :P

Pailang said...

Wei!...pegi kat BP jalan Kampar, buat full screen test tuk darah tu.....huhuhu...ketam sedap wo!..

@yU said...

tq.. takpe ekoran daripada kejadian, aku dah consult immunologist. dan sebelum ni dah consult hematologist.

so no worries.

tq. :)